14 Tips Berpantang Sendiri Di Rumah. Jangan Sampai Meroyan!

Friday, December 18, 2015

Assalamulaikum,


Dah jangan sedih! Anda insan terpilih untuk berpantang sendiri di rumah. Usah cemburu pada mereka yang boleh bawa mak dari kampung. Ataupun balik kampung untuk berpantang.


Anda masih mampu menikmati waktu berpantang yang indah. Walaupun terpaksa jaga diri dan jaga anak sendiri. Chin up!

Ini adalah 14 top tips berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang lalu. They are survived dan tak ada seorang pun yang meroyan.

berpantang sendiri, tips berpantang sendiri, berpantang sendiri di rumah, cara berpantang sendiri di rumah, berpantang sendirian


1- Kuatkan Semangat

Beritahu pada diri sendiri 'aku pasti boleh pantang sendiri'. Jangan ikutkan rasa sedih di hati. Berpantang sendiri sesuatu perkara yang OHSEM.

Nanti kalau ada yang tanya berpantang mana? Dengan rasa bangga "aku pantang sendiri je kat rumah" sambil tersenyum.

2- Bangun Awal

Jangan tidur sampai ke tengahari. Bangun awal-awal supaya banyak perkara boleh diselesaikan.

Bagi yang ada anak lebih besar, boleh siapkan terlebih dahulu sarapan mereka. Tak payah beriya masak, awak tu pantang.

3- Mandi Awal

Bila dah bangun tu mandilah sekali. Jangan tangguh scroll FB dulu. Mentang anak tidur lagi kan?

Mandi cepat-cepat, masa nilah yang nikmati mandian herba. Jangan lupa pakai stokin lepas mandi.

Ingat, mandi tak payah basah rambut. Guna air suam. Jangan memandai guna air sejuk, nanti bentan pula.

4- Pakai Bengkung

Siapa kata tak boleh pakai sendiri? Ada cara dia.

Bila dah tahu terpaksa berpantang sendiri, cepat-cepat belajar cara nak ikat bengkung. Ada banyak di Google.

Kalau payah sangat, mintalah tolong en suami ikatkan sebelum dia pergi kerja.

5- Makan Pagi

Dan siap pakai bengkung bolehlah sarapan. Ambil yang ringkas dan mengenyangkan.

Macam Energizing Soy Protein, shake dan terus minum. Kenyang sampai ke waktu makan tengahari.

Badan pun rasa bertenaga je. Bayi pun kenyang menyusu.

6- Biarkan Rumah Bersepah
Kalau berpantang anak pertama mungkin perkara ini tak penting. Tapi kalau ada anak-anak yang lebih besar, yang tengah suka sepah rumah.

Biarkan saja. Tak apa rumah bersepah. Elakkan dari terjerit-jerit marah anak ye, ini boleh meroyan nanti.

Tunggu je suami balik, nanti dia kemaslah.

7- Upah Orang Jaga Pantang

Ini jalan yang paling mudah. Upah orang jaga masa berpantang.

Tapi kosnya agak tinggi. Ikut pakej. Siap ada yang masak, mandikan bayi, urut badan dan tungku.

Kalau rasa berkemampuan, upah sajalah. Tak payah stress.

8- Cari Orang Urut

Baik cari awal-awal, masa belum bersalin lagi.

Takut nanti dah kalut sibuk pantang sendiri, sampai lupa nak berurut. Badan nak pakai lama dik ooi.

Masa tengah berurut tu, minta anak yang lebih tua jagakan adiknya. Kalau tak, tunggu waktu suami cuti.

9- Mandikan Bayi

Eloknya mandikan bayi masa waktu Dhuha. Dalam pukul 10-12 macam tu.

Letakkan besen mandi bayi atas meja, atau tempat yang separas pinggang. Isikan air sikit-sikit guna gayung. Campur sikit air panas, biar hangat air tu.

Rasa dengan siku.

Lepas tu mandikan bayi dengan cara berdiri. Jangan cuba-cuba untuk cangkung!

Masa suami cuti, mintalah dia tolong mandikan.

10- Siapkan Baju Bayi

Bila nak mandikan bayi, siapkan dulu baju dan alatan-alatan mandi yang digunakan.

Barulah tak kalut.

Letak dekat dengan tempat mandikannya tadi.

11- Susukan Lepas Mandi

Bayi biasalah lepas mandi mesti nak menyusu. Ambil peluang berehat masa susukan dia.

Jangan stress pula kalau anak jenis mengempeng. Tak apa. Layan je dia menyusu sambil elus-elus rambut pipi dia yang gebu.

12- Masak Makan Tengahari

Masak sekali untuk makan malam. Pilih menu yang sesuai untuk semua orang dalam rumah. Lagipun sekarang ni dah macam-macam lauk pantang yang sedap.

Orang tak pantang pun makan bertambah-tambah.

13- Basuh Kain

Ini boleh minta pertolongan suami. Jangan nak tunjuk kuat, tak nak orang tolong.

Insyaallah mesti dia nak tolong. Atau lagi mudah, hantar saja ke dobi.

14- Serah Kerja Pada Suami

Bincang awal-awal dengan suami. Kerja-kerja seperti sidai baju atau kemas rumah tu serahkanlah pada suami.

Suami kena main peranan penting kalau nak isteri bahagia berpantang sendiri.

Tapi kalau dapat suami yang buat tak reti, jangan sendu. Buatlah setakat mana yang anda boleh buat.

Apa-apa pun utamakan kesihatan diri ye.

Insyallah 14 tips sangat membantu bagi anda yang kena berpantang sendiri. Ikut elok-elok supaya taklah meroyan nanti.

Siapa yang pernah berpantang sendiri bolehlah komen entry ni. Sama-sama kita kongsi pengalam, buat rujukan kawan-kawan lain.

You Might Also Like

3 comments

  1. Saya baru berpantang 2minggu. Saya juga berpantang sendiri,mkn mnum,aktivti,semua sya yg jaganya sendiri. Larang dan perlu semasa berpantang sya yg jaga dan prlu tahu,mklum ank prtama. Suami pula krja kadang outstation,jd berpantang sendiri shaja.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete
  3. in sha allah boleh buat..pertama kali nak pantang sendiri. thank atas tips yang berguna itu :-)

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube