5 Cara Mudah dan Lembut Cerai Susu Badan Anak 2 Tahun
Wednesday, December 02, 2015Assalamualaikum,
Syukur atas rasa tenang dan gembira yang hadir dalam diri pagi ini. Dah senyum? Kalau belum, pandang cermin, senyum pada diri sendiri.
Cerai susu badan bila anak dah masuk 2 tahun adalah salah satu cabaran buat ibu-ibu yang menyusukan anak. MakDara(MD) juga sedang hadapi perkara yang sama.
Oh sungguh mencabar. Mungkin anak lelaki, manjanya lebih.
Terfikir juga nak letak halia atau pewarna merah supaya dia terus berhenti. Tapi MD tak nak pula secara mendadak. MD lebih suka wean off yang berperingkat.
Supaya bila berhenti sepenuhnya, kami benar-benar rela. Hahaha. Hanya ibu yang menyusukan anak yang tahu perasaan bila nak pisah susu badan ni.
Cari punya cari, akhir MD terjumpa dengan mamanatural yang berkongsikan 5 Cara Mudah dan Lembut Cerai Susu Badan Anak 2 Tahun. Ilmu kan elok dikongsi, mesti ada ibu-ibu yang baca blog MD pun tengah buntu nak selesaikan masalah ini kan?
Jom kita tengok bagaimana Puan Genevieve lakukannya.
1. Wujudkan Pengganti
Menyusu selama 2 tahun telah membuatkan ianya satu rutin dalam kehidupan seorang anak. Samalah juga seperti orang yang makan nasi.
Bagi orang yang mahu menurunkan berat, ia perlu wujudkan pengganti kepada nasi. Proses ini juga sama dengan anak yang mahu bercerai susu.
Wujudkan pengganti susu ibu buat anak. Mungkin ibu boleh gantikan dengan susu segar ataupun minuman yang disukai anak.
Tawarkan kepadanya. Mungkin diawalnya anak kurang suka dengan pengganti yang diberikan. Jangan berhenti lakukannya. Terus tawarkan pengganti susu ibu.
Berikan pilihan kepada anak, samaada ia mahu sejuk ataupun panas. Seperti yang Puan Genevieve lakukan, anaknya Griffin memilih susu panas. Kemudian dia cuba berikan lagi satu pilihan kepada anaknya. Samaada untuk susu panas atau 'nummies' (susu ibu)?
Griffin pilih susu panas. Usah biarkan anak minum sendirian. Temanlah dia minum, mungkin sambil bacakan satu cerita untuk dia.
Apabila susu sudah habis. Letakkan dia dan biarkan dia bermain sendirian.
Mudahkan? Ulang proses ini, dan mungkin adakalanya gagal. Tapi jangan putus asa.
2. Hadkan Tempoh Menyusu
Tips yang kedua ini MD sedang lakukan. Kalau sebelum ini anak akan dapat 'full and exclusive access' untuk menyusukan. Bila-bila mana dan di mana saja.
Jadi sudah sampai masanya ibu ajarkan tentang hadkan tempoh menyusu. Macam biasa, Ruwayfi akan minta disusukan bila 'napping time'. Pernah MD cuba tak bagi terus, tapi 'end up' dia mengamuk dan tak tidur pun.
MD cuba tips yang kedua ini. Memang menjadi. Anak 2 tahun faham apa yang ibu minta atau arahkan. Beritahu dia hanya 2 minit sahaja untuk menyusu.
Kalau mahu lebih kreatif, dodoikan dengan selawat atau lagu pendek dan minta dia berhenti menyusu bila anda habis mendodoi.
Tips paling win buat MD.
3. Ambil Masa
Hati seorang ibu, kata di mulut nak anak bercerai susu badan. Tapi bila anak dah kurang menyusu jadi sedih pula. Siapa yang sama macam ini?
Yelah, menyusukan anak itu sesuatu momen yang sangat indah. Sangatlah sukar untuk terus hentikan serta merta.
Ambil masa untuk melakukan proses ini. Tak apa kalau sesekali anak minta disusukan di waktu awal pagi atau sebelum tidur. Usah menolak.
Kesian anak, pasti dia rindukan waktu berkepit menyusu.
Cerai susu badan serta merta boleh menyebabkan anda menghadapi masalah bengkak susu. Dan ia pasti sesuatu yang sukar.
Oleh itu lakukan perlahan-lahan, susu ibu akan berkurang bila permintaan juga semakin kurang. MD pun tak menghadapi sebarang masalah bengkak susu.
4. Libatkan Ayah
Anda pasti perlukan bantuan si ayah. Seperti yang dilakukan Geneieve.
Setelah 2-3 minggu menggantikan penyusuan malam dengan susu hangat kegemaran anaknya. Maka bermulalah tugas si ayah untuk membantu.
Minta bantuan suami untuk menidurkan anak di malam hari. Usah harapkan anak redha dan pasrah. Dia mungkin protes di awalnya.
Tapi ia bukan alasan untuk berhenti berusaha.
Ayah juga mesti kreatif sama. Ajak anak untuk nikmati susu kegemarannya dan bacakan cerita yang dia sukai. Pasti dia terlupa nak menyusu.
Selain itu, ayah juga perlu bangunkan dan bermain dengan anak di awal pagi. Ubah rutin anak.
Apabila dia sudah menerima sepenuhnya rutin yang baru, ibu boleh kembali untuk menidurkan anak dan bangunkannya di awal pagi. Sudah pasti tanpa susu ibu lagi.
MD sedang juga lakukan yang ini. Tapi masih belum berkesan lagi. Kena teruskan usaha ni.
5. Buat Keputusan
Ini adalah tips akhir dan yang penting bagi mencapai matlamat cerai susu badan. Dan ianya pasti adalah yang paling sukar buat ibu.
Iaitu membuat keputusan sepenuhnya.
Ada ketika menyusukan anak adalah penawar yang terbaik. Seperti bila anak mengamuk, atau dia terjatuh menyusukan akan menbuat dia tenang.
Apabila anak kurang sihat menyusukan akan buat dia kurang meragam. Dan masa itulah anda mahu berikan extra antibodi dan nutrisi yang ada dalam susu ibu.
Waktu inilah anda perlu bertegas dengan keputusan yang telah diambil. 'No more turning back'.
Simpan rasa rindu untuk menyusukan anak dan jadikan ia sebagai kenangan terindah.
Walaupun anak telah berjaya cerai susu badan sepenuhnya. Ada ketika dia akan minta disusukan. Gantikan ia dengan pelukan, urutan atau nyanyian. Atau apa saja yang boleh membuatkan dia tenang.
Sangat setuju, tips yang kelima inilah yang paling sukar. Tapi takkanlah nak anak menyusu selamanya kan?
Jangan lupa berdoa juga. Supaya proses ini menjadi lebih mudah.
MD target Muhammad Ruwayfi akan bercerai susu badan sepenuhnya dalam tempoh 3-6 bulan lagi. Biar kami sama-sama enjoy proses ini.
Dan sudah pasti, MD tetap akan rindu untuk menyusukan anak lagi.
1 comments
ia sukar perlu pelajari juga alahai doakan ya sis bagi pihak saya mebgharungi semua dugaan ini huhu..
ReplyDelete