Ketahui Apakah Kolagen Terbaik & Tiga Fungsi Utama
Thursday, December 03, 2015Assalamualaikum,
Pelbagai jenis kolagen yang ditawarkan di pasaran. Tetapi tahukah anda apakah kolagen terbaik?
Kolagen yang terbaik adalah yang menggunakan ikan sebagai sumber utama.
Selain dari ikan, antara kolagen yang mudah terserap adalah lembu, ayam dan terutama sekali kulit babi. Jika dibandingkan antara kolagen ikan dan kulit babi, kolagen ikan 7 kali lebih mudah tercerna dan terserap oleh badan manusia.
Kalau ikut logik, ikan lebih mudah dikunyah berbanding dagingkan?
Oleh itu, kolagen ikan adalah sumber kolagen terbaik.
3 Fungi Utama Kolagen Ikan
Bila sebut kolagen ia sering dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tetapi ianya lebih dari sekadar itu. 3 kebaikan kolagen:
1- Meningkatkan Fungsi Sistem Tubuh Badan
Terdapat pelbagai sistem di dalam tubuh, dan ianya dapat berfungsi dengan optimum jika kadar kolagen mencukupi.Apabila umur mula menjangkau 25 tahun, kolagen di dalam badan akan mula mengurang. Antara kesan kekurangan kolagen adalah tanda penuaan di muka.
Pengambilan supplemen atau makanan yang berunsurkan kolagen terbaik dapat mengimbangi kehilangannya.
Selain dari memelihara sistem tubuh supaya dapat berfungsi dengan baik. Ia juga akan membaiki kerosakan sel dan sistem dari dalam.
Kesannya anda akan memiliki tubuh badan yang sihat.
Serbuk kolagen yang mengandungi kaya asid amino glysine sangat baik untuk fungsi metabolisma. Ia juga baik untuk proses detoksifikasi.
Bagi memastikan kolagen dapat berfungsi dengan baik, pengambilan ketika perut kosong sangat digalakkan. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu makan.
2- Kesihatan Sendi
Kolagen mempunyai peranan penting dalam membina dan menyokong kesihatan sendi.
Kekurangannya enyebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada sendi. Ini sering dikaitkan dengan masalah osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
Terdapat atu kajian dari ‘Journal of the International Society of Sports Nutrition’ telah dibuat pada 2013. Bertujuan untuk melihat kesan kolagen kepada mereka yang ada sakit sendi.
Sebanyak 55 orang yang sihat tapi sakit sendi telah dipilih. Selama 4 bulan mereka telah diberi supplemen kolagen secara konsisten.
Hasil kajian mendapati:
sendi lebih mudah bergerak, tidak keras
kurang rasa sakit pada sendi ketika melakukan aktiviti fizikal
tidak lagi merasa sakit buat masa yang lama
Lebih lagi kajian diperlukan, tetapi kajian ini telah membuktikan kepentingan pengambilan kolagen bagi merawat dan mengelak masalah sakit sendi.
Jika anda mahu mengambil kolagen, pastikan ia dari sumber yang terbaik. Kolagen dari sumber ikan.
3-Kulit Sihat
Kolagen sering dirujuk sebagai ‘gam kulit’. Tanpa gam yang cukup kulit akan mengendur.Ia juga termasuk bahagian payudara dan bahagian badan yang lain.
Kolagen berfungsi untuk menguatkan kulit, menjadikannya gebu, lembut dan tegang.
Antara faktor utama kehilangan kolagen adalah faktor penuaan dan juga cahaya matahari. Kesannya kulit nampak tua dan mula berkedut.
Pengambilan supplemen kolagen meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan. Ia juga menguatkan bahagian dermis kulit.
Dan juga, itu ia mengekalkan kelembapan kulit dan nampak lebih gebu.
Nampak tak betapa banyaknya sumbagan kolagen untuk kulit kita.
Selain itu, terdapat beberapa kajian lain telah membuktikan bahawa kolagen dapat:
menebalkan rambut
mengelakkan masalah kuku
meningkatkan sistem imunisasi
mengimbangi gula dalam darah
mengurangkan masalah orang yang sukar tidur
membantu dalam penyembuhan luka
dan juga dapat mengurangkan keradangan
Semak dahulu sumber kolagen yang diambil. Pastikan ianya adalah kolagen terbaik.
Kolagen Shaklee Terbaik Dalam Pasaran?
Motto utama Shaklee adalah Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Oleh itu sudah pasti bahawa kolagen Shaklee adalah yang terbaik.
Diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Sumber utama kolagen ini adalah dari ekstrak sisik ikan merah (Red Snapper Scale).
Berat molekular Shaklee Collagen Powder (SCP) adalah sekitar 1,000 dalton. Ianya sangat rendah. Lebih rendah molekular, lebih baik penyerapannya ke dalam badan.
Ia juga meningkatkan kesan sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit.
Kolagen terbaik ini digabungkan dengan bahan-bahan bermutu tinggi ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, elastin kolagen ikan, Vitamin B dan C, ekstrak kekerang dan Lactobacillus acidophilus. Ia memberikan kesan yang sungguh hebat pada sesiapa yang mengambilnya.
Masa Terbaik Untuk Nikmati Kebaikan SCP?
Bermula dari 1-31 Disember 2015, Shaklee telah melancarkan promosi SCP. Ia adalah peluang yang baik bagi anda yang mahu mendapat kebaikannya.
Dengan pembelian 6 kotak SCP, anda bakal mendapat SEMUA TAWARAN HEBAT di bawah:
Belian pada HARGA AHLI (sangat menjimatkan)
PERCUMA 1 kotak SCP, bernilai RM298.00
PERCUMA keahlian Shaklee, bernilai RM65.00
PERCUMA kos penghantaran
Layak menerima BONUS TUNAI RM114.20 pada awal tahun 2016
Usah lepaskan peluang ini. Hadiahkan kolagen terbaik buat diri anda atau orang yang tersayang.
Mahu membuat pembelian? Anda boleh SMS/WA Makdara di 016 773 1892. Setiap pembelian layak menerima konsultasi dan bimbingan cara makan yang tepat.
Bertindak SEGERA!
0 comments