5 Tips Pisah Susu Badan. Berjaya! Hanya 14 Hari Sahaja.
Wednesday, December 30, 2015Assalamulaikum,
Inilah pengalaman pisah susu badan yang paling mencabar. Dan juga menyedihkan. Berbeza semasa anak yang pertama dan kedua.
Mungkin sebab dia anak lelaki.
Atau mungkin dia anak yang bongsu.
Keputusan pisah susu badan ini terpaksa dibuat. Bukan sebab dah cukup usia Ruwayfi dua tahun. Tapi sebab tak tahan dia asyik nak menyusu.
Baru susukan 1/2 jam dah minta lagi. Tak nak duduk, nak suruh juga ibu dia baring. Bila dah baring, dah tentulah ibu juga tertidur. Lagipun bulan September 2015 hari tu dah genap dia dua tahun.
Jadi eloklah berpisah, walaupun dalam hati kecil ada rasa tak rela. Perasaan ini hanya ibu-ibu menyusukan sahaja yang paham.
Alhamdulillah, dalam masa 14 hari Ruwayfi dah berhenti menyusu sepenuhnya.
Tanpa membuang masa lagi, berikut 5 tips yang MakDara (MD) lakukan untuk cerai susu badan:
1- Berhenti Menyusukan Untuk Tidur
Oh ini MD paling rindu sekali. Senang je nak ajak anak tidur, baring atas katil dan susukan sampai dia tertidur sendiri.
Jika ibu-ibu benar nak cerai susu, inilah perkara pertama yang mesti dilakukan. Tiada lagi 'nen' sebagai ubat tidur.
Nampak mudah tapi bahagian inilah yang paling mencabar. Bayangkan dah dua tahun Ruwayfi menyusu untuk tidur. Jadi mestilah dia terperanjat dengan perubahan ini.
Akibatnya dia merajuk dan mengamuk sebelum tertidur. Jangan biarkan anak mengamuk, pujuklah dia. Beritahu yang dia sudah besar, dan kena berhenti menyusu.
Tak lama pun, hanya dua hari pertama yang dia bantai mengamuk. Masuk hari ketiga dia mula paham, dan tidur selepas minum air Vico.
2- Hadkan Masa Menyusu
Tiada lagi menyusukan tanpa had. MD kenalkan had menyusu kepada Ruwayfi.
Sebelum menyusu MD pesan "Sekejap saja ye, ibu kira sampai 30 lepas tu dah ye." Kali pertama buat dia buat tak reti.
Ulang berkali-kali, akhirnya dia paham.
3- Pastikan Anak Kenyang
Ruwayfi ni, bila dia lapar terus nak minta susu. Jadi MD akan pastikan dia kenyang sepanjang hari.
Suapkan makan pagi dan makan tengahari. Masak apa yang dia suka.
Bila kenyang dengan sendirinya dia kurang nak menyusu.
4- Hati Kena Kental
Sejak dia nak kena pisah susu badan, dia makin manja dengan MD. Ayah dia nak dukung pun tak mahu.
Tips minta bantuan ayah tak dapat dilakukan. Terpaksalah kentalkan hati bila dia mengamuk-ngamuk nak susu.
Jangan pernah mengalah.
5- Jangan Main Tarik Tali
Bila sudah buat keputusan nak pisah susu badan, maka berpeganglah pada keputusan itu.
Kalaupun rasa rindu nak menyusukan anak, buat derq saja perasaan itu.
Bila nak berhenti menyusu, lepas tu ibu tawarkan pula bila anak mengamuk atau sakit. Ia akan mengundang kekeliruan bagi si anak.
Dari elok-elok dia dah berhenti, dia minta pula disusukan. Lagi sekali ibu perlu berhadapan dengan amukan dan rajuk si anak nanti.
Jadi bila sudah kata berhenti, maka berhentilah.
Perubahan paling ketara, makin banyak dia makan sekarang.
Gembira hati bukan kepalang bila tengok anak berselera makan. Kalau dulu rela tak makan asal dapat menyusu.
MD bagi Ruwayfi makan Vitalea for Children untuk lengkapkan nutrisi hariannya. Yelah kalau dulu susu ibu dah 'cover' keperluan nutrisi hariannya. Ikhtiar supaya anak kekal sihat, aktif dan bijak.
Lagi satu perubahan, Ruwayfi makin manja. Ini pun dia tengah duduk beriba. Tinggal sekejap pun dah meraung ibu. Nasib baiklah ibu awak ini kerja dari rumah saja.
Buat ibu-ibu yang sedang cuba pisah susu, MD ucapkan selamat berjaya. Boleh juga ke sini untuk lebih tips cerai susu badan.
1 comments
moga kekuatan dapat saya hadapi dengan kuat dan tabah pada masa dan tu nanti ...amin..amin
ReplyDelete