9 Panduan Berpuasa Pesakit Kencing Manis
Tuesday, May 24, 2016
Assalamualaikum,
Jika anda seorang pesakit kencing manis, tentu sekarang anda sudah mula risau dan takut untuk menghadapi kedatangan Ramadan. Berpuasa ini sendiri boleh mendatangkan masalah, jika anda tidak tahu panduan yang betul.
Panduan ini amat penting buat pesakit kencing manis. Supaya anda boleh mengelakkan diri dari risiko terkena hipoglisemia, hiperlisema dan dehidrasi. Malah lebih teruk lagi, anda boleh pengsan atau koma.Panduan Berpuasa Khusus Buat Pesakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis ini sudah menjadi penyakit lazim bagi kita orang Malaysia. Menurut statistik 2013, seramai 2.6 juta orang telahpun menjadi pengidap penyakit ini. Di mana jumlah terbesarnya adalah dari kalangan umat Islam.
Oleh itu, apa yang menjadi persoalan sekarang adalah adakah pesakit kencing manis boleh berpuasa? Sedangkan anda terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan dan suntikan insulin?
Jawapannya ialah YA anda boleh berpuasa. Anda hanya perlu tahu cara yang betul. Berpuasa tanpa merisikokan kesihatan diri. Berikut adalah 9 panduan buat anda:
1- Jangan Tinggal Waktu Bersahur
Bangunlah bersahur, sebaiknya lewatkan makan sahur sebelum waktu imsak. Lagipula ini adalah sunnah Rasulullah SAW.
Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang. Pilih makanan yang berindeks glisemik (IG) rendah seperti oat atau nasi. Alternatif lain, anda boleh cuba Energizing Soy Protein (ESP). IG nya yang rendah membantu menstabilkan gula dalam darah untuk jangka masa yang lama. Ia juga mengelakkan anda dari mengalami hipoligsemia atau hiperligsemia.
2- Jangan Melambatkan Waktu Berbuka
Seiring dengan apa yang Nabi Muhammad SAW ajarkan, percepatkanlah waktu berbuka. Usah terus makan hidangan utama. Tetapi mulakan dengan 3 biji kurma dan air kosong dahulu.
Kurma ini dapat memulihkan tenaga dengan pantas. Air kosong pula akan memberikan rasa segar, membantu pencernaan dan juga mengeluarkan racun dari badan.
3- Ambil Hidangan Utama Setelah Solat Maghrib
Tangguhkan untuk makan hidangan utama. Selepas berbuka dengan kurma dan air kosong, solat Maghrib dahulu.
Ini juga dapat membantu anda mengawal nafsu makan. Selain itu, menjadi lebih tenang sewaktu menikmati hidangan utama.
4- Jangan Lupa Moreh
Moreh atau makan dan minum selepas solat terawih. Ini seperti mengisi semula 'minyak' selepas keletihan berterawih.
Minum susu dan makan biskut adalah pilihan menu yang baik. Atau cubalah makan epal atau sepotong betik.
Minum susu dan makan biskut adalah pilihan menu yang baik. Atau cubalah makan epal atau sepotong betik.
5- Hidangan Sayur dan Buah Sewaktu Berbuka dan Bersahur
Ramai yang tidak tahu bahawa di dalam sayuran dan buah-buahan terdapat karbohidrat komplek. Pilih sayuran dan buah yang rendah kanji dan tinggi fiber. Contohnya brokoli, bayam dan terung.
Sebagai cadangan, ambil 1/4 pinggan karbohidrat yang berkanji (seperti nasi atau kentang) dan 1/2 pinggan karbohidrat tak berkanji (sayur-sayuran). Manakala 1/4 pinggan lagi isikan dengan protein yang sihat seperti dada ayam atau ikan.
6- Hadkan Makanan Bergoreng dan Berlemak
Bagi pesakit kencing manis, makanan yang bergoreng dan berlemak hanya akan memudaratkan kesihatan.
Gantikan dengan cara memasak yang lebih sihat seperti memanggang, merebus atau mengukus. Sebagai cadangan masaklah menggunakan Air Fryer, dengan itu anda dapat menikmati makanan bergoreng tanpa minyak.
7- Hadkan Pengambilan Garam
Kandungan garam paling tinggi adalah dari makanan segera dan makanan proses yang telah disejukbekukan. Jika anda penghidap kencing manis, elakkan dari makan makanan ini.
Garam yang tinggi berisiko untuk membuatkan anda mengalami dehidrasi. Ketika memasak gunakan garam pada kadar yang rendah. Pilih garam yang lebih natural seperti garam bukit.
8- Minum Air Secukupnya
Anda disarankan untuk minum paling kurang 2 liter sehari. Ataupun 8 gelas sehari.
Sebagai contoh, ambil segelas air sebelum dan selepas solat Maghrib, solat Isyak, solat terawih dan bersahur.
9- Pengambilan Supplemen Ketika Berpuasa
Pengambilan supplemen di bulan puasa bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Set Ramadhan adalah satu set supplemen yang lengkap dan sangat bersesuaian buat pesakit kencing manis.
Selain ia padat dengan vitamin dan galian yang diperlukan, ia juga amat mudah disediakan. Di dalam Set Ramadan ini mengandungi:
Kandungan soya asli ini mengandungi indek glisemik rendah. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah sewaktu berpuasa.
Ia juga membuatkan anda berasa kenyang. Paling penting ia melepaskan tenaga secara berperingkat, membuatkan anda rasa bertenaga sepanjang menjalani ibadah berpuasa.
Meal Shake
Lengkap dengan 19 jenis vitamin dan mineral penting. Ini membantu pesakit kencing manis untuk rasa lebih sihat.
Kaya dengan fiber dan protein yang sihat. Selain itu, kalsium dan vitamin D di dalam Meal Shake ini dapat membantu anda menyeimbangkan paras gula di dalam darah. Secara tak langsung dapat mengelakkan risiko hipoglisemia semasa berpuasa.
Performance Drink
Dehidrasi adalah masalah bagi kebanyakkan pesakit kencing manis. Kekurangan bendalir di dalam badan menyebabkan dehidrasi ini terjadi.
Optilyte yang terdapat dalam supplemen ini membantu anda untuk kekal terhidrat secara optima. Kesannya kulit dan bibir tidak menjadi kering. Ibadat berpuasa dapat dijalankan dengan lebih baik.
Selain itu, Lecithin juga sangat baik diambil ketika berpuasa. Kandungan kolin di dalamnya membuatkan anda menjadi lebih 'alert'. Dan ini juga melancarkan sistem pencernaan. Maklumlah bila berpuasa anda kurang minum air bukan?
Lecithin
Selain itu, Lecithin juga sangat baik diambil ketika berpuasa. Kandungan kolin di dalamnya membuatkan anda menjadi lebih 'alert'. Dan ini juga melancarkan sistem pencernaan. Maklumlah bila berpuasa anda kurang minum air bukan?
Ikhitar Supaya Ramadan Ini Lebih Baik dan Ceria
Dengan pengawasan yang baik, serta ditambah dengan pengambilan Set Ramadan. Ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit kencing manis.Paling utama, pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka dan bersahur. Juga dapatkan nasihat doktor mengenai dos dan waktu pengambilan ubat atau suntikan insulin.
Selain itu, anda juga perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Jika masalah ini berlaku, segeralah berbuka puasa.
Anda mahu cuba Set Ramadhan ini? Boleh hubungi Eray Majid di 016 773 1892. Setiap pembelian layak mendapat bimbingan cara makan yang betul. Turut disertakan adalah resepi-resepi enak bancuhan ESP, Meal Shake dan Performance Drink.
Eray Majid
Pengedar Shaklee Pilihan Anda
Shaklee ID 840943
016 773 1892
0 comments