8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Mula Relaktasi Susu Ibu
Friday, May 13, 2016Assalamulaikum,
Setiap kali bila dapat Whatsapp atau SMS dari ibu yang mahu relatasi susu ibu, hati Eray jadi tersentuh. Tersentuh, melihat kesungguhan mereka mahu menyusukan anak semula. Dan juga kekesalan mereka hentikan penyusuan dahulu.
Terdapat banyak faktor mereka hentikan penyusuan, antaranya tak cukup ilmu, tak dapat sokongan, terpaksa kembali bekerja dan susu tidak cukup. Tapi akhirnya, terdetik kembali di hati mereka mahu berikan susu ibu semula.
Cuma apa yang Eray khuatir mereka tak tahu apakah yang bakal mereka lalui. Relaktasi susu ibu tak semudah yang disangka. Tapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Oleh itu, Eray mahu kongsikan sedikit perkara berkaitan relaktasi susu ibu. Supaya membantu mereka mendapat gambaran relaktasi yang lebih jelas.
1. Fahami Relaktasi
Relaktasi susu ibu adalah proses penghasilan semula susu setelah berhenti menyusu atau mengepam. Bagi sesuatu tempoh tertentu.
Secara umumnya terdapat 2 perkara yang saling berkaitan untuk menjayakan relaktasi susu ibu. Pertama mengadakan semula susu ibu. Dan yang kedua membawa kembali anak menyusu pada payudara.
Jika kedua perkara ini dapat dilakukan, proses relaktasi pasti akan berjaya.
Satu kajian di dalam Journal of Tropical Pediatric menyatakan, 92% ibu berjaya relaktasi sepenuhnya dan 6% ibu berjaya relaktasi walaupun tidak sepenuhnya.
Lihat peratusan ibu yang berjaya, relaktasi susu ibu bukanlah sesuatu yang mustahil bukan?
2- Cara Relaktasi Susu Ibu
Mulakan untuk kembalikan anak menyusu di payudara. Mulut bayi adalah perangsang susu ibu yang paling baik. Ia mungkin memerlukan proses yang berulang-ulang kali.
Selain itu, anda boleh menggunakan pam susu bagi meransang susu terhasil. Cuba untuk pam 2-3 jam sekali. Dan jika anak menyusu, pam sebentar dalam 10 minit selepas penyusuan.
Bagi kes anak tidak mahu disusukan semula. Kerapkan skin-to-skin dengan bayi anda. Bukan saja dapat meransang hormon penyusuan, tetapi mungkin juga anak akan kembali menyusu. Apa kata cuba saja dulu?
3- Faktor Kejayaan Relaktasi
Ya anda boleh berjaya menyusukan anak semula. Cuma ianya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya usia bayi yang lebih muda, 'lactation gap' jarak antara berhenti menyusu dan relaktasi, kebersediaan bayi menyusu di payudara dan bantuan dari keluarga dan kawan-kawan.
Kesemua faktor di atas menjadi penentu samaada anda berjaya atau tidak.
4- Bila Susu Kembali Ada?
Nancy Mohrbacher, IBCLC menyarankan ibu-ibu yang mahu relaktasi untuk cuba proses ini dalam masa satu bulan.
Ada kemungkinan susu akan keluar semula lebih awal dari tempoh sebulan. Apa yang penting ibu mahu mulakan dan konsisten berusaha. Juga berdoa minta bantuan Allah SWT, kerana rezeki menyusukan anak adalah dariNya.
Ada kemungkinan susu akan keluar semula lebih awal dari tempoh sebulan. Apa yang penting ibu mahu mulakan dan konsisten berusaha. Juga berdoa minta bantuan Allah SWT, kerana rezeki menyusukan anak adalah dariNya.
5- Ukuran Kejayaan Relaktasi
Ini adalah sesuatu yang umum. Ianya berbeza antara satu ibu dan ibu yang lain. Ada yang dapat menyusukan kembali sepenuhnya.
Begitu juga ada ibu yang berjaya relaktasi tanpa menyusukan terus anaknya. Dan terdapat juga ibu yang hanya mahukan ikatan penyusuan susu ibu, tak kisahpun cukup atau tidak susunya.
Jadi apapun tujuan anda relaktasi, yakinlah ia adalah satu sifat yang sungguh murni. Bukti kasih sayang ibu kepada anaknya.
6- Dapatkan Sokongan
Tanpa sokongan kemungkinan besar relaktasi susu ibu tidak berjaya. Anda boleh merujuk kepada pakar laktasi, rakan penyusuan susu ibu atau mungkin rakan rapat yang juga menyusukan anak.
Usah sembunyikan keputusan relaktasi dari pasangan. Beritahu padanya dan minta dia menyokong keputusan yang telah anda buat.
7- Sebab Berhenti Menyusu
Ini juga perlu diambil kira. Anda perlu memikirkan kembali mengapa anda menghentikan penyusuan.
Sekiranya sebab puting luka dan sakit, maka belajarlah lekapan yang sempurna. Atau mungkin susu anda tidak cukup, maka belajarlah teknik untuk tambah penghasilan susu.
Jadi mengapa agaknya anda berhenti menyusukan?
8- Penggalak Susu Ibu atau Supplemen Penyusuan
Kedua benda ini bukanlah magic. Ia tidak akan membuatkan anda berjaya untuk relaktasi susu ibu tanpa berusaha.
Namun pengambilan penggalak susu dan supplemen penyusuan sangat penting. Ini kerana ia menyokong proses penghasilan susu semula. Sepanjang proses relaktasi ini anda pasti mengalami stress dan keletihan yang melampau.
Dan jika masalah ini dibiarkan, ia mempengaruhi proses relaktasi secara keseluruhan. Ditambah lagi susu anda yang masih belum keluar secukupnya. Mungkin anda akan putus asa dan berhenti untuk relaktasi.
Tapi Eray yakin, itu adalah perkara yang terakhir akan anda buat bukan? Anda pasti akan terus berusaha.
Kasih sayang ibu memang tiada tandingan. Sekalipun tidak dapat menyusukan semula, anda tetap ibu yang terbaik untuk anakmu. Jangan sesekali meraguinya.
Anda boleh WA Eray di 016 773 1892 jika anda perlukan supplemen penyusuan. Atau pun sekadar ingin berkongsi dan bertukar pengalaman menyusukan anak.
Disclaimer: ErayMajid bukanlah seorang pakar laktasi atau rakan penyusuan yang berdaftar. Dia hanyalah seorang ibu yang obses dengan penyusuan susu ibu dan berjaya menyusukan ketiga-tiga orang anaknya. Dan dia mahu membantu ibu-ibu lain, supaya akhirnya semakin ramai anak-anak disusukan dengan susu ibu.
0 comments