Anak Obes! 9 Tips Mudah Anak Berjaya Turunkan Berat Badannya

Thursday, May 26, 2016

Assalamulaikum,

Usah pandang ringan dengan masalah anak obes. Baru tadi Eray terbaca seorang ayah bercadang nak jual buah pinggang sebab nak rawat 3 anaknya yang obes. Obesiti inilah yang menjadi penyebab utama anak terkena penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.


Anda sebagai ibu ayah, sanggupkah membiarkan anak yang kita sayang jadi gemuk dan obes? Sampai akhirnya terlantar sakit dihospital. Waktu ini nak salahkan diri sendiri pun dah tak berguna lagi.

Bertindaklah segera, bantulah anak anda menjadi anak yang lebih sihat dan cergas. Apa yang perlu dibuat? Anda boleh cuba 10 tips mudah untuk turunkan berat badan anak obes ini:



1- Sayang Anak Biar Bertempat

Ada dikalangan kita yang menggunakan makanan untuk tunjukkan kasih sayang. Ada pula nak yang senang kerja, beri saja makanan sebagai umpan anak senyap.

Sudah tentulah makanan yang diberikan itu bukan makanan yang baik. Tak kesiankah dengan anak? Tak dinafikan, anak-anak memang suka makan makanan rapu. Tapi takkanlah kita nak ikut saja apa yang anak mahu.

Biarlah dia menangis sebab tak dapat makan, daripada dia menangis sakit di hospital. 

2- Tunjukkan Contoh Baik

Ibu dan ayah adalah contoh terdekat anak-anak. Apa yang kita buat, anak akan buat. Apa yang kita makan, anak pun akan makan.

Jadi makanlah makanan yang baik. Kalaupun anda tak suka, berkorbanlah. Makanlah sayur dan buah depan anak anda. Nanti mesti anak pun nak cuba makan. Percayalah.

3- Tetapkan Peraturan Makanan

Ya, makanan pun perlu ada peraturan. Lagi-lagilah untuk anak obes. Anda perlu beritahu apa makanan yang boleh dimakan. Juga makanan yang tidak boleh dimakan.

Lebih baik lagi kalau anda berikan 'reason' kenapa boleh dan tidak boleh. Contoh, tak boleh makan gula-gula sebab boleh merosakkan otak dan tak pandai. Macam mana nak tahu semua perkara ini? Hah, anda mestilah mula membaca. Tak kisah, baik dari buku atau rujuk saja di Internet.

4- Makanan Rapu di Hujung Minggu

Amalkan makanan yang seimbang dari Isnin sampai Jumaat. Makanan rapu seperti gula-gula atau aiskrim hanya diberikan sewaktu hujung minggu atau bercuti sahaja.

Secara tak langsung, anda juga dapat memupukkan sifat sabar dalam diri anak. Bagus bukan?

5- Beriadah Setiap Hari

Tetapkan masa untuk anak beridah, paling baik 60 minit sehari. Tak kisahlah apa mainan yang dia pilih. Main kejar-kejar dengan anak jiran ke atau berbasikal. 

Satu lagi cadangan, anda pun mainlah sama dengan anak.

6- Hadkan Waktu Menonton TV dan Telefon Bimbit

Hiburan di TV dan di telefon bimbit membuatkan anak malas nak bergerak. Kalau dibiarkan sehari suntuk pun anak sanggup. Ibu dan ayah mesti hadkan waktu ini. 

Kedua-dua ini boleh menjadikan anak menjadi MALAS dan menjadi anak OBES.

7- Sediakan Snek Yang Sihat

Snek ataupun makanan di antara waktu makan adalah pencetus utama yang menyebabkan anak obes. Oleh itu, sediakan snek yang sihat seperti buah-buahan, sandwich atau bijirin.

Paling mudah, tak perlu beli dan buat stok snek yang tak sihat ini. Lebih mudah anda mahu mengawal cara pemakanan anak anda.

8- Buang Tabiat Lama

Cuba anda kaji balik apakah tabiat yang dilakukan sampaikan anak menjadi gemuk dan obes. Buangkan tabiat lama yang tak baik ini. 

Rangka dan mula lakukan tabiat baru sehingga ia menjadi rutin harian anda dan anak-anak.

9- Perlu Rasa Tanggungjawab

Tanggungjawab kesihatan ini adalah 100% milik ibu ayah. Usah harapkan pihak lain seperti sekolah, taska mahupun orang gaji. 

Jika anda benar-benar sayangkan anak anda, pastikanlah berat badan anak juga dalam kawalan anda. Jangan sampai anak jadi ANAK OBES!

Terdapat juga beberapa supplemen yang dapat membantu anda melalui proses menurunkan berat anak anda. Antaranya adalah Meal Shake dan Omega Guard. Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai supplemen ini, boleh WA terus Eray di 016 773 1892.

Eray Majid
Pengedar Shaklee Pilihan Anda
Shaklee ID 840943
016 773 1892

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube