Kehebatan Seorang Isteri Yang Tak Mungkin Suami Boleh Tandingi

Thursday, March 05, 2015

Percaya tak ada satu kehebatan seorang isteri yang tak mugkin dan mustahil untuk suami tandingi. Yelah, kalau mungkin selama ini anda rasa anda tak sehebat suami. 


Tapi mungkin lepas tonton video di bawah, anda akan senyum dan mengaku bahawa anda seorang isteri yang hebat.

Kehebatan Seorang Isteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu



Pernah juga dengar orang kata yang seorang isteri boleh hidup tanpa suami. Tapi suami, jarang-jarang yang boleh hidup tanpa suami. Sebab itulah biasa anda lihat, suami bila isteri meninggal (tak meninggal pun) dah cari isteri baru. Di situ pun dah nampak kehebatan seorang isteri.

Kita tak pelik kalau suami tanya isteri kat mana stokin dan spender. Tapi jadi pelik kalau isteri yang tanya perkara yang sama pada suami. Setuju?

kehebatan seorang isteri, isteri ku hebat, rahsia isteri hebat, wanita bekerja di rumah


Teringat pula, ada seorang suami kata. Dia pelik tengok isteri dia buat magic. Dekat restoran tengah makan, anak pula menangis. Isteri minta suami carikan puting dalam beg anak. Berkali-kali suami belek tak jumpa. Tiba isteri, sambil susukan anak seluk beg terus jumpa puting tu.

Tak payah tengok pun tapi isteri tahu dah. Terus dia mengaku kehebatan isterinya itu.

Sebab itulah isteri atau ibu digelar MOM (Master of Multitasking). Isteri kalau di rumah, boleh jaga anak, kemas rumah, masak, sidai baju dan buat kerja-kerja bisnes di rumah dalam masa yang sama.

kehebatan seorang isteri, isteri ku hebat, rahsia isteri hebat, wanita bekerja di rumah

Tapi suami, kalau isteri tinggalkan sekejap dan pesan tolong tengokkan anak. Memang anak sajalah yang dia jaga. Rumah macam kapal terbalik. Nasib baik isteri dah masakkan sebelum keluar rumah. Kalau tak mahu lapar sampai ke petanglah.

Tak hilang penat lagi, terus isteri sambung kemas rumah dan mandikan anak. Layan suami.

Tanpa mengeluh, itulah kehebatan seorang isteri yang tak mungkin boleh ditandingi oleh seorang suami.

Oleh itu janganlah dipersia kelebihan multitasking yang ada pada seorang isteri. Selain kerja rumah dan menjaga anak gunakanlah kelebihan kita untuk majukan bisnes. Tulis blog, buat promosi dan paling penting baca buku.

Disini ada 5 tips untuk isteri yang bekerja di rumah @ Work at Home Mom (WAHM) untuk lebih maju dan efisyen:

1- buat target tahunan, bulanan dan juga harian
2- tidur lebih awal
3- bangun awal sebelum Subuh
4- jangan anggap anak sebagai beban, dahulukan keperluan anak
5- buat To-Do-List sebelum memulakan kerja rumah

Percayalah wahai isteri, anda mampu capai apa saja yang dimahukan. Kerana anda wanita, dan sememangnya anda hebat. Teruskanlah kehebatan sebagai seorang isteri, supaya menjadi pelengkap terbaik buat suami anda.

You Might Also Like

2 comments

  1. Very good sharing...salam kenal dari blog http://nadiah245.blogspot.com
    #done follow...;)

    ReplyDelete
  2. ibu dan wanita memang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.. wanita memang hebat!

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube