Anak Sembelit Teruk Sampai Suami Kena Seluk Tangan Nak Korek, Apa Nak Buat?

Wednesday, March 25, 2015

Kesian sangat, sampai menangislah ibu tengok anak sembelit teruk. Ayah pula sampai garu kepala buntu tak tahu nak buat apa. Blur jadinya. Nak bagi julap, ish boleh ke budak-budak. Kang lain pulak ceritanya.


Bukan tak bawak pergi jumpa doktor. Dah makan pun ubat pelembut najis. Tapi tak jalan. Terpaksa juga guna ubat sabun yang pancit ke dalam dubur tu. Aduh kesian anak meronta sakit, pedih tu. Sampai terpaksa pula seluk tangan korek nak bagi najis keluar.

Kesian anak kita. Sampai trauma dia nak buang air besar. Nak makan pun dia jadi takut. Lepas tu badan pun makin susut.

Puan Farhana, anak kedua sembelit teruk. Punyalah teruk sampai suami dia standby sarung plastik kat tangan nak korek keluar najis. Tengoklah sendiri apa yang puan ini sanggup lakukan, sebab dia dah tak sanggup melihat anaknya terseksa sebab sembelit teruk.




Mencegah lebih baik dari merawat. Samalah dalam kes anak sembelit teruk. Jangan tunggu anak sembelit baru nak bertindak.

Cara mencegah adalah dengan berikan anak makanan-makanan yang berkhasiat tinggi dan penuh serat.

anak sembelit teruk, anak sembelit sampai berdarah, anak sembelit tukar susu, anak susah buang air besar, anak susah berak

5 Cara Paling TOP Elak Anak Sembelit Teruk


1- Prune
Mengapa prune? Sebab di dalam prune mengandungi serat yang dapat menyerap air. Dan selanjutnya membantu melancarkan proses buang air besar.

Lagi pun rasa prune yang manis dan masam sedikit sesuai dijadikan snek untuk anak-anak. Gantikan snek yang berkarbohidrat tinggi, terutama makanan segera.

2- Ajar Anak Minum Air
Air di sini bermaksud air yang tanpa kalori. Lebih dikenali sebagai air kosong. Kurang minum air boleh membantutkan proses membuang air besar.

Gantikan air manis dengan air kosong dalam diet anak-anak. Lagipun gula adalah sangat tak bagus untuk perkembangan otak anak. Anak boleh menjadi hyper dan susah dikawal.

Caranya buat rules, hanya air kosong di rumah. Air manis mungkin sekali sahaja sehari. Anak jika dia haus dan tiada pilihan, akhirnya akan minum air kosong.

Beritahu juga pada anak kebaikan minum air kosong. Dan kita pula sebagai ibu bapa tunjukkan contoh yang baik.

3- Jaga Diet Anak
'Takpelah, yang penting dia makan'. Jangan asal makan dalam memberi anak makanan. Pastikan apa yang masuk mulut anak adalah yang berkhasiat untuknya.

Pemberian makanan segera yang kerap juga boleh menganggu proses pembuangan air besar. Pastikan anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang.

Jika anak sudah terbiasa dengan nuget atau sosej. Tukarkan kepada yang lebih sihat. Show them who is the bos here.

Jangan kalah dengan kata anak dan ikut apa yang dia mahu. Sebab anak belum cukup berakal menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.

Selain itu, boleh berikan anak supplemen bagi melengkapkan keperluan vitamin dan mineral seperti Mealshake. Bukan itu saja, ia juga membantu menambah selera anak dan juga ada kandungan fiber yang tinggi bagi merawat masalah anak sembelit teruk.

4- Elak Makanan Penyebab Sembelit
Kenal pasti apakah makanan yang boleh buat anak sembelit teruk. Selepas kenal pasti, pastika yang makanan ini tidak masuk dalam diet anak.

Gantikan atau kenalkan anak dengan makanan lain untuk mengelak dia dari terkena sembelit.

5- Elak Menahan Buang Air Besar
Anak kalau tengah main, bukan saja makan pun tak nak. Rasa nak buang air besar pun dia boleh offkan sekejap.

Oleh itu beritahu anak, jika dia rasa nak membuang air besar terus saja ke bilik air. Beritahu dia apa akan jadi dia menahan.

Rujukan: www.webmd.com 

Atau jika anak yang masih kecil. Kerap ajak anak ke tandas untuk rutin buang air besar.

Teringat Mak Dara masa Rayna baru stop susu ibu. Teruk betul sembelitnya. Tangan suami MD lah yang banyak berjasa nak bolehkan dia berak tu.

Sampailah MD kenal Mealshake, barulah lega hati ni. Tak payah menangis meronta. Elok je buang air sendiri.

Oh nak order Mealshake boleh SMS/Whatsapp MD 016 773 1892. Kalau nak share cerita or nak tanya-tanya pun boleh.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube