Tekak teringin nak makan ikan tenggiri sambal, tapi lada boh pula habis. Cari punya cari, akhir terjumpa resepi ringkas tapi sungguh menyelerakan.
Semak bahan-bahan, semua ada dalam peti sejuk. Apalagi? Terus ke dapur memasak.
Rasa terlebih rajin, maka Eray buat video cara nak masak. Lengkap dari A-Z.
Moga bermanfaat ya.
Lepas up gambar sekuali tomyam tak guna pes hari tu, ramai kawan-kawan yang tanyakan resepinya.
Sejak saya mula kuruskan badan 2 tahun lepas dengan diet eat clean, jarang-jarang sekali saya beli pes yang ‘ready made’. Sebab biasanya barang-barang masakan yang ‘ready made’ ini ada banyak gula dan garam yang tersembunyi.
Rugi kalori! Gula tinggi kalori, tapi tak kenyang. Baik saya ganti kalori tu dengan lebih mengenyangkan.
Kebanyakan menu yang saya masak di rumah hanya guna bahan-bahan yang segar. Termasuklah tomyam ni.
Sejak saya mula kuruskan badan 2 tahun lepas dengan diet eat clean, jarang-jarang sekali saya beli pes yang ‘ready made’. Sebab biasanya barang-barang masakan yang ‘ready made’ ini ada banyak gula dan garam yang tersembunyi.
Rugi kalori! Gula tinggi kalori, tapi tak kenyang. Baik saya ganti kalori tu dengan lebih mengenyangkan.
Kebanyakan menu yang saya masak di rumah hanya guna bahan-bahan yang segar. Termasuklah tomyam ni.
Bahan-bahan Resepi Tomyam Tanpa Pes
- 5 batang serai (ambil yang bahagian lembut)
- 4 biji tomato besar warna merah
- Air secukupnya
- 5-7 helai daun limau purut
- 4 pokok daun ketumbar
- 1 bawang holland besar
- 1 ekor ayam saiz sedang
- 2 biji limau nipis (ambil jusnya saja)
- Cendawan
- Bunga kobis
- Lobak
- Garam secukupnya
Kalau korang nak tambah sayuran lain macam kobis ke 'baby corn’ silakan.
Cara nak masak pun senang yakmat. Menu tomyam tanpa pes ini sudah menjadi menu kegemaran kami sekeluarga.
Mula-mula masukkan air, serai dan tomato dalam pengisar. Kisar sampai lumat. Lepas tu masukkan dalam periuk atau kuali besar. Jangan lupa buka api.
Biarkan memdidih, lepas tu masukkan daun limau purut, akar daun ketumbar dan bawang holland. Biarkan mendidih sekali lagi.
Lepas tu masukkanlah ayam. Ini kalau korang nak ganti haiwan lain pun boleh. Macam udang ke sotong ke. Janji bukan dinasour. Hambar tak? Masukkan juga jus limau nipis, kalau suka masam-masam tambah je lagi.
Ok lepas tu biarkanlah ayam masak. Lepas tu campaklah pula sayuran yang keras macam lobak dan bunga kobis tu. Sekali lagi biar sampai masak.
Akhir sekali masukkanlah cendawan dan daun ketumbar. Letak juga garam secukupnya. Dah siap.
Saya memang tak letakkan cili api, sebab anak-anak nak makan sekali. Jadi apa saya buat, saya letak cili api yang dah tumbuk dalam mangkuk saya je.
Nanti cuba ya, InsyaAllah resepi tomyam tanpa pes ini pun akan menjadi menu kegemaran anda juga.
Resepi buah melaka lembut ini saya warisi dari ibu sendiri. Bahan-bahannya mudah dan cara nak buat pun mudah.
Cuma kalau untuk pertama kali tu mungkin agak 'tricky' sebab tak tahu macam mana nak masukkan gula dan bulatkan semula dengan elok.
Oleh sebab itu, saya kongsikan resepi buah melaka lembut ini lengkap dengan gambar bagi setiap langkah. Insyaallah, kalau tak pernah buat sebelum ini pun boleh buat.
Ada satu keistimewaan resepi ini tau, saya hanya gunakan daun pandan 100%. Langsung tak guna pewarna makanan. Sejak tahu bahan-bahan dalam pewarna makanan, saya jadi takut nak guna.
Lebih baik guna sumber semulajadi.
Oklah, jom saya tunjukkan bahan-bahan dan terus cara-cara nak buat.
Cara Buat Kuih Buah Melaka
Resepi ini saya gunakan daun pandan sepenuhnya. Ada banyak khasiat si daun pandan ni.
15 helai daun pandan saya kisar dengan secawan air. |
Kemudian tapiskan. Daun pandan ini bukan saja buat warna buah melaka cantik, tapi harum semerbak. |
Tumbukkan gula nisa atau gula melaka. Nak hiris pun boleh. Asal boleh jadikannya saiz kecil-kecil. |
Inilah tepung pulut pilihan saya. Guna yang ini tau, lembut. |
Masukkan dalam bekas 1/2 bungkus tepung pulut. |
Inilah hasil tapisan air pandan. Tuang sikit-sikit ye...kang terlebih lembik pula. Tapi kalau terlembik, tambah saja sedikit tepung. |
Uli sampai bekas tepung bersih.Tak ada saki baki tepung. |
Panaskan air, letak sedikit garam. Api sedang-sedang je tau. |
Taburkan 1/2 biji kelapa parut putih (ambil yang putih saja...kalau parut dengan tempurungnya nanti gatal tekak masa makan) dalam pinggan. Letak juga sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak. |
Cubit adunan tepung. |
Bulatkan sebesar duit syiling 50 sen lama. |
Buatkan lubang ditengah, gunakan jari. |
Isikan gula, sedang elok je. Terlalu banyak nanti susah nak bulatkan semula. |
Cantum-cantumkan tepung bahagian atas, lepas tu golekkan atas tangan untuk bulatkan semula. |
Air dah mendidih, baru masukkan buah melaka yang sudah diuli. |
Nampak adunan dah terapung, angkat dan tapiskan. |
Tuang dan golekkan onde-onde dengan gembira. Orang Kelantan panggil kuih ini kekokcer. |
Tadaaa..inilah rupa yang sudah siap. Sepinggan ni lesap sekelip mata. Elok juga dibuat untuk minum petang. Alahai terliur pula. |
Senang saja kan? Saya yakinlah, mesti korang boleh buat.
Dah buat nanti hantar sepiring kat rumah saya ye. Hehe.
Selamat mencuba resepi buah melaka lembut ini ya. Bye-bye.
Terima kasih.
Semalam lagi Sofhea merengek nak bawa mee merah (read: spaghetti bolognese), jadi pagi ini saya masaklah untuknya.
Tapi kali ini saya tak guna tomato puri dalam tin. Saya guna buah tomato.
Bahan-Bahan Sos Spaghetti Bolognese Homemade
Resepinya saya guna;
- 1 bawang merah besar (bawang holland lagi bagus)
- 1 labu bawang putih
- 1 lobak merah
- 10 biji tomato (saya kelar separuh, rebus sampai kulitnya tercabut, sejukkan dan buang biji & saya jadikan puri)
- 3 dada ayam cincang (daging lagi sedap)
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar Italian Herbs
- 1/2 sudu bes serbuk cayenne (tak letak pun tak apa, nak bagi warna naik)
- 2 sudu besar tepung gandum (pekatkan sos)
- Garam & gula
- Sedikit mentega & minyak untuk tumis
Cara Masak Sos Spaghetti Bolognese Homemade
Cara masak macam biasa.
Tumis bawang-bawang, masuk Italian Herbs & lada hitam. Sampai naik bau.
Masukkan ayam, biar sampai separuh masak. Masuk lobak yang dicincang. Buh tepung gandum & godak. Lepas tu, masukkan puri tomato. Dan perasakan dengan gula dan garam.
Biarkan ia masak dengan air sederhana sampai sebati.
Letakan spaghetti dan fresh Basil dari kebun mini. Curahkan kuah. Wow rasanya perfecto!
Tak jauh beza dengan puri dalam tin tu. Kenapa tak guna je puri tin?
Sebabnya canned tomato ada garam yang tinggi. Tahu BPA kan? Bekas tin yang digunakan untuk letak puri tu ada kandungan BPA juga tau. Bukan bekas plastik je.
Tambah bahaya sebab sifat berasid tomato itu sendiri. Ia akan hakis BPA lining dan diserap ke dalam puri.
Oleh sebab itulah saya guna buah tomato. Semalam beli 10 biji, RM3.20.
Khas buat pengamal diet eat clean, Eray mahu kongsikan satu resepi yang WOW. Rasanya manis, pedas dan segar sekali.
Nama diberi Ayam Masak Daun Selasih. Resepi asalnya Chicken With Thai Basil. Tapi itulah mana ada selasih Thailad, itu yang ubah nama tu. Kalau Ayam Masak Daun Selasih Malaysia pun ok juga kan?
Bahan-bahan pun mudah untuk didapatkan. Berikut bahan-bahanya:
Cara nak masak, rujuk saja gambar di bawah ada lengkap dengan cara-caranya sekali.
1-Ikutlah nak potong macam mana, kuali dah panas masukkan segala benda tu. Masukkan juga garam masa ni. Fungsi garam selain buat makanan sedap, ia melayukan bawang dengan cepat.
Nama diberi Ayam Masak Daun Selasih. Resepi asalnya Chicken With Thai Basil. Tapi itulah mana ada selasih Thailad, itu yang ubah nama tu. Kalau Ayam Masak Daun Selasih Malaysia pun ok juga kan?
Bahan-bahan pun mudah untuk didapatkan. Berikut bahan-bahanya:
- 1 dada ayam
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji lada kecil merah
- sedikit garam
- Secawan daun selasih
- 1 sudu besar minyak zaitun/minyak masak biasa
Cara nak masak, rujuk saja gambar di bawah ada lengkap dengan cara-caranya sekali.
1-Ikutlah nak potong macam mana, kuali dah panas masukkan segala benda tu. Masukkan juga garam masa ni. Fungsi garam selain buat makanan sedap, ia melayukan bawang dengan cepat.
2- Saute sampai coklat begitu. Bawang merah ada rasa manis semulajadi.
3- Lepas tu masukkan ayam yang dah dipotong kecil.
4- Ayam dah masak, masukkan daun selasih. Ini selasih tanam sendiri, habis sudah ku cabut semua. Kena semai yang baru.
5- Tadaa! Dah siap. Ambil pinggang dan susun cantik-cantik. Boleh makan dengan nasi panas dan sayur timun begitu. Insyaallah kenyang perut.
Ini antara menu yang Eray suka sangat. Sebab utamanya adalah kerana ianya pedas berapi, kalah tu Ayam Spicy Mc Chicken.
Boleh juga kalau skip cili api, atau ganti cili merah besar tu....cuma nanti rasanya boleh jadi tah hapa-apa. Tapi kalau nak juga ganti nak buat macam mana kan?
Kalau dah cuba nanti kongsikan rasanya ye.
Assalamualaikum,
Semperna esok nak pulang ke Kota Bharu, maka ibu siapkanlah Nugget Ayam Tempura.
Anak-anak ni suka menyanyi-nyanyi minta makanan dalam kereta. Lagipun,
suami tercinta dah minta.
Walaupun mood masak dah bungkus gantung tinggi kat atap rumah. Terpaksalah jua Eray gagahkan. Biasalah hati mak-mak ni. Tak sampai hati kalau tak buat. Korang pun mesti macam ini juga kan?
Senang saja nak buat nugget ni. Buat sekali banyak-banyak boleh simpan bekukan. Nak makan goreng saja.
Lagilah musim cuti sekolah ni. Makanan 24/7 kena ada. Barulah aman rasanya.
Dah jom Eray senaraikan bahan-bahan nak buat Nugget Ayam Tempura. Oh ini resepi paling basic. Kalau korang suka, boleh pelbagaikan.
Ada yang letak lobak, cheese, daun sup. Pandai-pandailah 'adjust' ikut selera tekak masing-masing.
1- dada ayam 5-6 keping
2- 2 sudu besar tepung gandum
3- 2 sudu besar tepung ubi
4- 5 ulas bawang putih
5- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
6- 1 sudu kecil garam
Ini pula bahan untuk adunan tempura. Bila dah siap goreng, rangup sangat tau.
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1/2 cawan tepung jagung
3- 1 biji telur
4- 1/2 sudu kecil baking soda
5- 1/2 sudu kecil garam
6- 1 1/2 cawan air sejuk
Ok ready? Let's go tengok cara nak jadikan Nugget Ayam Tempura.
Eray kongsi gambar langkah demi langkah. Barulah senang korang nak buat nanti kan?
1- Kisar dulu ayam guna food processor. Kalau tak ada, boleh cuba guna blender. Tak pun cincang saja pun ok.
2- Alihkan masuk dalam besen berwarna pink. Ini supaya mood nak mengadun naik.
3- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam & lada hitam. 1,2,3 gaul sekarang! Guna tangan saja.
4- Beginilah rupanya.
5- Campur semua bahan nak buat tempuranya.
6- Gaullah sampai begini. Guna garfu sudah.
7- Tips tak nak melekat, basahkan sikit tangan tu. Lepas tu gentellah. Bentuk? Ikut suka hati.
8- Letak & golek sampai molek.
9- Minyak panaskan dulu, sila mulakan gorengan. Guna periuk mudah.
10- Goreng 1/2 masak je kalau nak simpan. Kalau nak makan gorenglah sampai masak.
Betul tak Eray kata senang saja nak buat nugget ayam tempura ni? Kalau korang tak suka tempura, boleh je jadikan nugget biasa.
Celup dalam telur, lepas tu golek sampai molek dalam breadcrumbs.
Ikutlah mana suka, janji orang yang nak makan tu suka. Kang buat beriya, anak-anak tak makan. Kecil pula nanti hati tu. Hehehe.
Kalau nak cuba, bolehlah kongsi hasil kejadiannya kat komen ye.
Bye!
2- 2 sudu besar tepung gandum
3- 2 sudu besar tepung ubi
4- 5 ulas bawang putih
5- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
6- 1 sudu kecil garam
Ini pula bahan untuk adunan tempura. Bila dah siap goreng, rangup sangat tau.
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1/2 cawan tepung jagung
3- 1 biji telur
4- 1/2 sudu kecil baking soda
5- 1/2 sudu kecil garam
6- 1 1/2 cawan air sejuk
Ok ready? Let's go tengok cara nak jadikan Nugget Ayam Tempura.
Eray kongsi gambar langkah demi langkah. Barulah senang korang nak buat nanti kan?
1- Kisar dulu ayam guna food processor. Kalau tak ada, boleh cuba guna blender. Tak pun cincang saja pun ok.
2- Alihkan masuk dalam besen berwarna pink. Ini supaya mood nak mengadun naik.
3- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam & lada hitam. 1,2,3 gaul sekarang! Guna tangan saja.
4- Beginilah rupanya.
5- Campur semua bahan nak buat tempuranya.
6- Gaullah sampai begini. Guna garfu sudah.
7- Tips tak nak melekat, basahkan sikit tangan tu. Lepas tu gentellah. Bentuk? Ikut suka hati.
8- Letak & golek sampai molek.
9- Minyak panaskan dulu, sila mulakan gorengan. Guna periuk mudah.
10- Goreng 1/2 masak je kalau nak simpan. Kalau nak makan gorenglah sampai masak.
Betul tak Eray kata senang saja nak buat nugget ayam tempura ni? Kalau korang tak suka tempura, boleh je jadikan nugget biasa.
Celup dalam telur, lepas tu golek sampai molek dalam breadcrumbs.
Ikutlah mana suka, janji orang yang nak makan tu suka. Kang buat beriya, anak-anak tak makan. Kecil pula nanti hati tu. Hehehe.
Kalau nak cuba, bolehlah kongsi hasil kejadiannya kat komen ye.
Bye!
Assalamualaikum,
Kawan-kawan apa khabar? Eray baru nak sihat kembali. Tekak sakit sampai hilang suara. Semalam pergi makan tomyam kat kedai. Nak order pun minta tolong suami cakapkan.
Cuba juga order sendiri, puas budak kat kedai makan tu tengok mulut nak fahamkan apa yang Eray nak order. Bila dah hilang nikmat begini, barulah terasa. Berharganya suara ni kan. Pahamlah sedikit perasaan orang yang tiada suara.
Ini ha...nak kongsi resepi muffin labu. Hari tu beli setengah biji, buat pengat labu. Ada lebih...tak tahu nak buat apa, Eray cuba buat muffin.
Oh not bad juga rasanya....lemak-lemak manis rasanya.
Resepi muffin labu yang Eray guna ni, tak guna banyak gula. Lagipun manis dari labu sendiri pun dah ada.
Sesuai buat minum petang. Yelah...kan anak-anak bercuti, rumah 24 jam kena ready makanan kan?
Bahan-bahan simple sangat, meh tengok;
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 sk baking powder
- 1/4 sk baking soda
- 1/2 sk garam
- 1/2 cawan labu lecek
- 1/4 cawan yogurt
- 2 biji telur
- 1/4 cawan minyak
- 1/3 cawan gula
- sedikit vanilla essence
- coklat chip untuk hiasan
Jom tengok bagaimana Eray sediakan muffin labu yang senang dan sedap ni.
Oh, sebelum buat Eray nak rebuskan labu dalam 1/4 biji siap-siap. Panaskan sesiap oven. Gunakan 190 darjah kepanasan. Elok oven panas, adunan resepi muffin labu pun siap.
Dalam bekas yang sama, ayakkan sekali tepung gandum 1 cawan. 3/4 sudu kecil baking powder dan 1/4 sudu kecil soda bikarbonat. Dan sudah ayak, masukkan 1/2 sudu kecil garam. Eray guna garam bukit, lebih berkhasiat. Dah siap, letak tepi.
Step kedua, ambil blender basah tu. Eh make sure tak ada bau bawang ye. Nanti spoiled muffin labu berbau bawang pula. Macam mana nak hilangkan? Senang je, Eray guna Shaklee Dishwasher. Memang pantas hilangkan bau-bauan tak sedap. Masukkan 1/2 cawan labu dah rebus, 2 biji telur, 1/3 gula perang dan1/4 cawan yogurt. Jangan lupa sedikit essen vanilla. Kisar sekejap sampai bersatu semua bahan.
Tuangkan bahan yang dah dikisar tadi ke dalam tepung.
Tak payah guna mixer, guna je senduk nasi pun boleh. Guna teknik kaup balik. Buat dalam 15 kali je. Bergentel-gentel tu biarkan saja. Ini buat muffin bukan cupcake...adunan tak payah licin.
Bubuh paper cup dalam muffin try. Sendukkan 1 sudu besar adunan muffin dalam paper cup. Letaklah 3-5 ketul chocolate chip untuk hiasan. Bakar dalam 15-20 minit. Kalau bau dah mengharum satu rumah tu, tanda dah masaklah muffin tu.
Dah siap dah. Wangi betul baunya. Suka makan masa panas-panas. Sedap.
Kalau anak korang jenis tak suka sayur, jangan beritahu ada labu dalam tu. Tricks satu lagi, letaklah coklat chips lebih lagi barulah anak-anak teruja.
Resepi ni Eray ambil dari pembuat muffin tegar Izzah Muffin Lover. Boleh tengok blognya untuk macam-macam lagi resepi muffin.
Oh dah alang-alang cakap pasal anak susah makan sayur. Mana tahu kut anak korang pun termasuk dalam golongan ini, bolehlah ikhtiar berikan Mealshake.
Eray pun memang bagi kat anak-anak. Bagus sebab cukup kandungan vitamin dan mineral. Oh fiber pun cukup. Taklah risau sangat bila anak-anak makan tak ikut piramid makanan sangat.
Ada lagi yang best, anak-anak sihat gembira. Masalah sembelit pun hilang. Mudahlah kalau ajak-ajak makan ke mana-mana....tak picky sangat.
Selamatlah mencuba resepi muffin labu senang dan sedap ini.
Salam.
Assalamualaikum,
Aik, resepi lagi? A ah..tengah gian memasak gamaknya. Hari ini berjaya bakar kek butter simple. Dah seminggu anak-anak menyanyi nak makan kek.
Sebagai ibu yang prihatin dan penuh kasih sayang. Maka terjadilah kek butter ini.
Patut 15 minit je boleh siap masuk oven. Tapi dah sampai tiga orang nak jadi assistant chef...dekat 45 minit baru siap.
Sorang nak godak, sorang pecah telur. Kena juga bagi. Habis tu nanti, bila Eray dah tua nak harapkan siapa lagi kan?
Hahahaha.
Ok dah sudah. Panjang sangat intronya ni.
Kejap...sebelum itu, nak ingatkan. Hari ini kan Jumaat...ada masa lagi nak baca surah Al Kahfi ini. Jangan lupa selawat sebanyaknya. Banyak pahala boleh kumpul.
Dah ini bahan-bahan nak buat kek butter simple;
- Butter 1 buku (250 gram)
- Gula kastor 180 gram
- Telur 4 biji
- Tepung gandum 250 gram
- Baking powder 1 sudu kecil
- Susu segar 1/2 cawan
- Chocolate Chips (tak letak pun tak apa)
Gila tak simple...6 bahan je. Tapi Ya Rabbi....sedapnya. Dah 5 ketul masuk perut. Diet? Hari ini declare cheat day.
Pilihan butter yang biasa Eray guna Tatura. Anchor pun ok juga. Cuma dia ada dua timbangan, satu 227 gram satu lagi 250 gram.
Tepung gandum Eray guna jenama Faiza, sebab non bleached. Maknanya tepung gandum ini masih ada nutrisi.
Gula kastor pula ganti dengan gula organik. Beli kat Mydin murah sikit RM10.00 sekilo. Kalau kat Jusco sampai RM16.00. Kalori sama saja. Cuma kek tu jadi ada khasiat lah. Bagus untuk anak-anak dan suami.
Telur ayam kampung. Sepapan RM14.00 kat sini. Lagi tinggi kandungan Omega 3 nya. Lebih organik gitu.
Sambung cara nak jadikan kek butter simple ni, cara-caranya;
- Lembutkan sebuku butter. Kalau nak buat petang, pagi tu dah keluarkan. Terus masuk dalam mixer bowl siap-siap.
- Panaskan oven 180°C.
- Masuk gula kastor tadi. Ambil mixer dan pukullah sampai menggebu. Lebih kurang dalam 5 minit gitu. Macam mana nak tahu? Warna kuning putih tu jadi semakin cerah dan adunan tu fluffy.
- Lepas tu masukkan telur. Jangan bubuh 4 biji telur. Satu demi satu tau.
- Oh tepung gandum dan baking powder tu ayak dulu tau. Bagi tekstur kek tu lagi ringan. Eray ayak sekali je.
- Dah ayak, masukkan tepung gandum berselang-selang dengan susu segar tadi. Buat sampailah habis. Kalau betul caranya, korang akan dapat adunan kek yang sangat gebu.
- Eray bubuh chocolate chip sikit. Balik kaupkan adunan.
- Dah siap, bolehlah bakar.
- Eray bakar dalam paper cup, guna muffin tray. Masa bakar tu dalam 15-20 minit.
- Kalau guna loyang kek, alas dulu dengan baking paper. Bakar dalam 30-40 minit.
Tak sempat nak tunggu kek butter simple ini sejuk. Keluar oven je kami anak beranak nak makan. 3 biji sekali hadap.
Tapi sebenarnya kek butter lagi sedap makan masa dah sejuk. Terasa sangat kementegaannya tu. Eh perkataan apa tu?
Serious korang kek mentega simple ini sumpah sedap. Dah 5 biji dalam perut, malam ni wajib detox. Detox ini bagus untuk kekalkan berat badan. Kalau nak kurus pun, elok buat detox ini dulu.
Barulah lebih lancar.
Kek tak jual, tapi Set Super Detox Eray jual..hehehe. RM123.00 sekali pos. WA je 0167731892 kalau nak.
Ini bukan resepi turun temurun. Eray ambil dari blog Azie Kitchen.
Apa lagi...kalau ada bahan, sila godak. Sekejap je dah boleh makan kek super sedap ni.
Kalau dah cuba nanti bagitahu Eray ye.
Bye!
Assalamualaikum,
Maklumlah suami tersayang cuti lama hari tu. Macam-macam resepi Eray masak. Termasuklah resepi udang butter ni.
Rumah pula dekat kawasan tepi laut. Nak dapat makanan-makanan laut segar pun senang sangat.
Murah pulak tu.
Udang laut saiz L, sekilo RM35 saja. Dulu duduk Ampang, udang ternak kolam tu pun dah RM30. Ini udang laut...sedapnya.
Eray pernah cuba masak resepi udang butter ni. Tapi kali ini paling senang.
Rasanya pula...Ya Allah sedapnya. Ala-ala macam makan dekat restoran seafood gitu.
Ke sebab udang tu fresh? Hehehe.
Jom tengok bahan-bahan yang digunakan:
- 1/2 kilo udang
- 9 ulas bawang putih
- 15 biji cili api
- 3 batang daun kari
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/4 cawan butter (agak-agak ye pun ok dah)
- 3 sudu susu segar
- 3 biji telur kuning
- garam secukup rasa
Basic saja bahan-bahannya. Eray tak guna apa-apa MSG.
Mari kita masuk ke cara-cara nak masak resepi udang butter ni.
- Dah asingkan telur? Ingat ambil yang kuning saja. Kacau sikit-sikit...tak payah beriya sangat.
- Panaskan minyak dalam kuali, masuk sekali butter.
- Ambil senduk....ok ini bahagian paling susah. Pusingkan minyak dalam kuali tu tadi. Jangan berhenti. Agak-agaklah ye. Jangan sampai terpercik minyak panas.
- Telur tadi tuh tuang dalam minyak yang tengah dipusing tu. Kejap-kejap, telur tu biar dari aras yang tinggi. Barulah cantik bertali nanti. Usah dicampak selepuk, apa kau ingat ni nak buat telur dadar? Hehehe.
- Masak telur tu sampai berbuih-buih. Tengok dah tukar warna kuning kecoklatan boleh angkat dan tapiskan. Bagi tos minyak tadi.
- Jangan..jangan buang minyak tadi. Ambil dalam satu senduk untuk sesi menumis pula.
- Bawang putih tadi chopped. Cili api potonglah ikut suka. Eray potong bulat-bulat. Minyak dah panas, masukkan dua ni.
- Agak dah garing sikit. Masuk daun kari tadi. Masuk dengan batang-batang..barulah naik bau dia.
- Tunggu layu daun kari.
- Masukkan udang yang dah dibasuh bersih tu. Nampak dah setengah masak, letak susu segar tu tadi. Kalau suka basah dan berkuah, letaklah lebih. Eray buat yang kering.
- Gaul mesra. Masukkan telur setengah telur kuning tadi. Gaul. Masuk garam secukupnya.
- Golek-golek udang sampai masak. Kemudian, tutuplah api.
- Hidang dalam pinggan yang paling cantik. Telur kuning lebih tadi, letakkan kat atas. Barulah nampak lebih menggoda.
Ok seterusnya......apa lagi, makanlah. Oh pastikan nasi dah masak awal-awal tau. Terbuat resepi udang butter ni gara-gara nampak status FB Tuan Khairul Hakimin Muhammad.
Kawankan dengan tomyam. Pergghhh mau habis nasi 3 pot yang dah masak tadi.
Udang ni tak elok makan banyak-banyak tau. Kolestrol tinggi. Sesekali bolehlah.
Eray memang dah ready awal-awal Phytocol ST untuk 'block and ditch' kolestrol yang baru nak masuk. Omega Guard turunkan kolestrol jahat dalam badan. Maklum lah dah umur 34 tahun ni, makin bersemangat nak jaga kesihatan dan kecantikan. Hehehe.
Senang saja kan resepi udang butter ni? Cubalah...nanti kongsikan hasil masakan korang kat komen entry ini ye.
Oh kalau nak order Set Kolestrol Jahat ni, SMS/WA Eray 0167738192.