Resepi Buah Melaka Lembut, Ada Langkah Bergambar Senang Nak Buat

Thursday, August 09, 2018

Resepi buah melaka lembut ini saya warisi dari ibu sendiri. Bahan-bahannya mudah dan cara nak buat pun mudah. 

Cuma kalau untuk pertama kali tu mungkin agak 'tricky' sebab tak tahu macam mana nak masukkan gula dan bulatkan semula dengan elok.

Oleh sebab itu, saya kongsikan resepi buah melaka lembut ini lengkap dengan gambar bagi setiap langkah. Insyaallah, kalau tak pernah buat sebelum ini pun boleh buat.

Ada satu keistimewaan resepi ini tau, saya hanya gunakan daun pandan 100%. Langsung tak guna pewarna makanan. Sejak tahu bahan-bahan dalam pewarna makanan, saya jadi takut nak guna.


Oklah, jom saya tunjukkan bahan-bahan dan terus cara-cara nak buat.

Cara Buat Kuih Buah Melaka

 Resepi ini saya gunakan daun pandan sepenuhnya. Ada banyak khasiat si daun pandan ni.
15 helai daun pandan saya kisar dengan secawan air.

Kemudian tapiskan. Daun pandan ini bukan saja buat warna buah melaka cantik, tapi harum semerbak.

Tumbukkan gula nisa atau gula melaka. Nak hiris pun boleh. Asal boleh jadikannya saiz kecil-kecil.

Inilah tepung pulut pilihan saya. Guna yang ini tau, lembut.

Masukkan dalam bekas 1/2 bungkus tepung pulut.

Inilah hasil tapisan air pandan. Tuang sikit-sikit ye...kang terlebih lembik pula. Tapi kalau terlembik, tambah saja sedikit tepung.

Uli sampai bekas tepung bersih.Tak ada saki baki tepung.

Panaskan air, letak sedikit garam. Api sedang-sedang je tau.

Taburkan 1/2 biji kelapa parut putih (ambil yang putih saja...kalau parut dengan tempurungnya nanti gatal tekak masa makan) dalam pinggan. Letak juga sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak.

Cubit adunan tepung.

Bulatkan sebesar duit syiling 50 sen lama.

Buatkan lubang ditengah, gunakan jari.

Isikan gula, sedang elok je. Terlalu banyak nanti susah nak bulatkan semula.

Cantum-cantumkan tepung bahagian atas, lepas tu golekkan atas tangan untuk bulatkan semula.

Air dah mendidih, baru masukkan buah melaka yang sudah diuli.

Nampak adunan dah terapung, angkat dan tapiskan.

Tuang dan golekkan onde-onde dengan gembira. Orang Kelantan panggil kuih ini kekokcer.

Tadaaa..inilah rupa yang sudah siap. Sepinggan ni lesap sekelip mata. Elok juga dibuat untuk minum petang. Alahai terliur pula.

Senang saja kan? Saya yakinlah, mesti korang boleh buat.

Dah buat nanti hantar sepiring kat rumah saya ye. Hehe.

Selamat mencuba resepi buah melaka lembut ini ya. Bye-bye.

Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube