4 Cara Hilangkan Kedut Bawah Mata, Tak Perlu Cara Merepek
Wednesday, August 08, 2018
Kedutan adalah musuh wanita. Makin banyak kedut, muka akan nampak lagi tua..lebih-lebih lagi di kawasan mata. Ini ada empat (4) cara untuk hilangkan kedut bawah mata yang boleh dicuba.
4 Cara Hilangkan Kedutan Bawah Mata
1- Buat 'Face Mask'
Ya buat sendiri di rumah, banyak bahan yang boleh digunakan. Paling popular adalah putih telur. Tapi jika anda mahu sesuatu yang baru, boleh cuba 'tea mask'.
Campurkan serbuk teh hijau dan perahan lemon. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sedang-sedang saja.
Kenapa serbuk teh hijau?
Ini kerana teh hijau mengandungi bahan anti oksidan. Sangat baik untuk memerangi penuaan kulit yang berlaku sebelum waktunya. Bonus untuk campuran perahan lemon, ia akan memudarkan bintik hitam dan kulit di sekitar maka akan bertambah cerah.
2- Lihat Gaya Hidup Anda
Matahari zaman sekarang tidak sama dengan 5 tahun atau 10 tahun dahulu.
Sinar UVA dan UVB dari matahari akan merosakkan kulit muka dan menyebabkan kedut bawah mata. Oleh itu, cara terbaik pastikan anda memakai krim pelindung sinar matahari (sunscreen) dengan SPF 30.
Sapukan juga di bahagian bawah mata.
Atau lebih mudah lagi, gunakan krim pelembap yang mengandungi pelindung matahari, seperti Age Defense Moisturize - SPF 50 dari produk rangkaian YOUTH.
Selain itu, pastikan juga anda membuang semua habit yang buruk seperti merokok. Hindari juga makanan yang tinggi gula. Anda tahu bukan yang gula juga boleh jadi penyebab kedutan?
3- Tukar Gaya Makan
Cuba buka almari dan peti sejuk di dapur anda. Ada banyak makanan sihat atau tidak?
Jika tidak, adalah lebih baik anda buat perubahan segera. Krim mata atau krim anti penuaan hanyalah penjagaan luaran yang sementara. Apa yang lebih penting, anda perlukan makanan yang bernutrisi bagi mengatasi masalah-masalah penuaan, seperti mahu hilangkan kedut awah mata.
Makanlah makanan yang kaya dengan vitamin D seperti susu, telur dan keju. Asid lemak omega 3 dari ikan salmon atau tuna. Usah lupakan vitamin D seperti dari sumber keledek, bayam dan lobak.
Lebihkan sayuran dan buah-buahan dari diet harian. Minum juga paling kurang 2 liter air sehari, kekurangan air membuatkan masalah kedutan bertambah teruk.
Cuba anda lakukan perubahan ini selama dua minggu berturut-turut. Saya jamin anda akan merasakan perubahannya.
4- Patuh Pada Rutin Penjagaan Muka
Saya yakin anda pasti ada rutin penjagaan muka bukan?
Lakukan rutin ini setiap hari tanpa gagal ya. Jika anda sering malas atau tidak sempat ia akan memberikan kesan buruk pada kulit muka. Terutamanya pada kawasan kulit mata yang sensisif.
Cuci muka dua kali sehari. Pakailah toner untuk menyegarkan muka dan sapukan krim pelembap yang ada SPF 50.
Pastikan juga sebelum tidur, sapukan krim malam. Supaya bila bangun pagi, kulit kembali cantik. Kerana sudah dapat 'makanan' yang cukup semasa tidur.
Tiada jalan pintas untuk cantik. Kalau ada yang kata ada, baiklah sedilik sebelum membeli dan menggunakannya. Bukan apa, cuma takut mengundang bahaya.
Nak cantik, tapi padah lain pula yang hinggap.
Lakukan konsisten dan sabarlah menanti perubahan, pasti hilang kedut di bawah mata.
0 comments