Apa Itu Sinus, Sama Ke Dengan Resdung?

Tuesday, July 10, 2018

"Doktor saya ada sinus, asyik bersin-bersin dan gatal mata ni". Sebenarnya sinus ini bukan sejenis penyakit, jadi apa itu sinus?

sumber: https://inhabitat.com/inhabitots/neti-pots-for-kids-are-you-kidding-me/


Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. 

Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.


Semua manusia normal ada sinus ini, jika tiada mungkin mereka dalam kategori makhluk luar biasa. 

Sinus yang sihat ianya kering dari mukus atau lendiran. Tetapi sinus yang bersaiz kecil dan kedudukannya kurang elok, boleh menimbulkan keradangan.  Hasilnya mukus itu akan tersumbat dan sukar dikeluarkan.

Ini saya kongsikan rupa sinus yang berada di tengkorak kita.



Kalau Bukan Sinus, Habis Tu Resdung Ke?



Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Jadi sinus bukan, resdung pun kurang tepat!

Rhinitis Alahan


Inilah sebenarnya salah satu penyakit yang sering dipanggil sebagai sinus atau resdung. Macam mana nak tahu sama ada betul ke anda ada penyakit ini?

Salah satu caranya adalah dengan cara mengenalpasti simptom-simptom, jika anda sering mengalami;

  • gejala sumbat hidung
  • hingus yang jernih (‘rhinorrhea’)
  • bersin-bersin
  • dan gatal hidung, kadangkala mata atau tekak

Kemungkinan besar anda adalah penghidap rhinitis alahan.

Ia boleh berlaku jika anda alah kepada habuk, cuaca sejuk, aircond, atau sesetengah makanan (seafood yang tidak segar).

Saya sarankan jika anda mahukan kepastian, buatlah temujanji dengan Doktor ENT. Ini kerana doktor biasa mungkin kurang arif dan boleh menimbulkan kerisauan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, ada satu lagi penyakit.

Sinusitis


Gejalanya berbeza dengan rhinitis alahan. Antara gejala-gejalanya adalah;

  • hingus hijau atau kuning
  • kemungkinan bercampur dengan darah
  • sakit kepala teruk, terutama pada dahi atau muka (terutamanya di bahagian tengah hidung dan pipi)
  • hidung sering tersumbat
  • dan demam

Jika anda mengalami kesemua perkara di atas, seeloknya pergilah berjumpa dengan Doktor ENT. Anda akan menjalani pemeriksaan tertentu bagi mengesahkan ianya sinusitis atau bukan.

Sinusitis ini mungkin nampak remeh, akan tetapi ianya boleh menimbulkan komplikasi sehingga memerlukan anda melakukan pembedahan.

Berjumpalah segera dengan pakar ENT dan dapatkan rawatan yang bersesuaian.

Selain itu, ubah pemakanan yang lebih sihat, jadi lebih aktif dan amalkan suplemen yang bersesuaian.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube