Biskut Raya
Resepi Biskut Double Chocolate Chip Ala Famous Amos Terasa Puas Coklatnya!
Sunday, August 16, 2015
Siapalah yang tak suka biskut Famous Amos kan? Tapi tulah bayar mahal dapat berapa ketul je. Jadi raya baru ni, gigih Mak Dara (MD) cari resepi biskut double chocolate chip di Internet.
Tapi malangnya, takde satu pun yang kena dengan apa yang dicari. Yelah, MD duk bayangkan biskut yang warna gelap dan bila makan rasa penuh coklat dalam mulut.
MD ada rujuk resepi AzieKitchen dan beberapa lagi resepi orang lain. I dare myself to take the risk by mix all the recipes and make my own edition of biskut double chocolate chip.
Alhamdulillah, cubaan pertama not bad. Cuma warnanya tak gelap, masih light brown. Teruskan pencarian ke kedai baking dan cuba serbuk koko yang lain.
Dan akhirnya, menjadikan biskut gelap penuh coklat yang dibayangkan.
Jadi MD rasa ada lagi baik untuk dikongsikan bersama resepi ni. Yelah, moga lebih ramai yang boleh makan biskut sedap ni. Dan paling penting homemade. Dibuat penuh zikir dan kasih sayang.
Resepi Biskut Double Chocolate Chip Ala Famous Amos
Bahan-bahan:
Bahan A:
1- 1/4 cawan gula kaster
2- 1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah ye)
3- 1/2 cawan mentega (guna pure butter jenama Anchor)
4- 3/4 cawan minyak masak
5- 1 biji telur Gred A
6- 1/4 sudu garam
7- 1/2 sudu besar susu segar / susu tepung
8- 1/2 sudu kecil essen vanilla
Bahan B:
1- 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
2- 3/4 cawan tepung jagung (diayak)
3- 3/4 serbuk koko (diayak)
5- 1/2 sudu kecil soda bikarbonate (diayak)
6- 1/2 sudu kecil cream of tar tar (diayak)
Nota: Bahan B 1-6 diayak bersama
7- 1 cawan serbuk oat (kisarkan rolled oat sampai dapat satu cawan)
8- 1 cawan chocolate chip (guna semi-sweet jenama Hersey)
9- 1/2 cawan rolled oat
10- 1/2 cawan almond nib (bakar sekejap dalam 3-5 minit)
Cara-cara:
1- Panaskan oven 160C.
2- Campurkan semua bahan A dan gaul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
3- Masukkan sedikit-sedikit bahan yang telah diayak tadi. MD guna tangan sebab berat kalau guna whisker. Ingat basuh tangan bersih-bersih.
4- Bila dan sebati masukkan chocolate chip, rolled oat dan almond nib. Dan gaul rata.
5- Tutupkan adunan dan masukkan sekejap dalam peti sejuk. Dalam 10 minit supaya adunan senang dibentuk.
6- Boleh guna ice cream scoop yang kecil untuk dapatkan saiz yang sama. Tapi MD takde scoop tu. Lalu cuba gunakan sudu tapi rasa tak laju pula. Akhirnya MD guna jari saje. Cubit adunan besar syiling 0.20 lama dan bulatkan sedikit. Dan susun atas loyang. Ingat jarakkan ye sebab nanti biskut ni mengembang.
7- Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.
Satu adunan dapatlah dalam 90 biji biskut lebih kurang.
Tips Tambahan:
1- Almond nib boleh digantikan dengan chopped almond ataupun guna kekacang lain macam walnut. Ikut suka-suka hati.
2- Jangan lupa panaskan dulu oven untuk dapatkan biskut double chocolate yang cantik.
3- Kalau tak siap nak bakar semua, balutkan adunan dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.
Biskut ni bila keluar dari oven ia agak rapuh. Jadi biarkan sejuk sekejap dalam loyang. Lepas tu baru pindahkan ke atas cooling tray supaya sejuk sepenuhnya.
Bila dah sejuk biskut akan mengeras. Bila digigit ia rapuh diluar dan agak chewy di dalam. Dan paling best, coklat chip tu cair bila dimakan. Terasa puas coklatnya.
MD ada juga mengambil tempahan biskut ini. Tapi setakat ni untuk mereka yang di area Ampang dan KL. Jadi kalau korang nak boleh WA MD di 016 773 1892.
Suka bila orang dapat makan biskut yang sedap. Tapi yang paling MD utamakan adalah bisnes utama ku. Tentulah bisnes Shaklee. Jadi nak makan biskut sambil order supplemen contactlah MD ye.