Semalam lagi Sofhea merengek nak bawa mee merah (read: spaghetti bolognese), jadi pagi ini saya masaklah untuknya.
Tapi kali ini saya tak guna tomato puri dalam tin. Saya guna buah tomato.
Bahan-Bahan Sos Spaghetti Bolognese Homemade
Resepinya saya guna;
- 1 bawang merah besar (bawang holland lagi bagus)
- 1 labu bawang putih
- 1 lobak merah
- 10 biji tomato (saya kelar separuh, rebus sampai kulitnya tercabut, sejukkan dan buang biji & saya jadikan puri)
- 3 dada ayam cincang (daging lagi sedap)
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar Italian Herbs
- 1/2 sudu bes serbuk cayenne (tak letak pun tak apa, nak bagi warna naik)
- 2 sudu besar tepung gandum (pekatkan sos)
- Garam & gula
- Sedikit mentega & minyak untuk tumis
Cara Masak Sos Spaghetti Bolognese Homemade
Cara masak macam biasa.
Tumis bawang-bawang, masuk Italian Herbs & lada hitam. Sampai naik bau.
Masukkan ayam, biar sampai separuh masak. Masuk lobak yang dicincang. Buh tepung gandum & godak. Lepas tu, masukkan puri tomato. Dan perasakan dengan gula dan garam.
Biarkan ia masak dengan air sederhana sampai sebati.
Letakan spaghetti dan fresh Basil dari kebun mini. Curahkan kuah. Wow rasanya perfecto!
Tak jauh beza dengan puri dalam tin tu. Kenapa tak guna je puri tin?
Sebabnya canned tomato ada garam yang tinggi. Tahu BPA kan? Bekas tin yang digunakan untuk letak puri tu ada kandungan BPA juga tau. Bukan bekas plastik je.
Tambah bahaya sebab sifat berasid tomato itu sendiri. Ia akan hakis BPA lining dan diserap ke dalam puri.
Oleh sebab itulah saya guna buah tomato. Semalam beli 10 biji, RM3.20.
Assalamualaikum,
Ayam masak halia ini adalah antara menu yang kerap diulang. Sebab mudah nak masak, sedap dan anak-anak pun suka sangat.
Paling penting berkhasiat. Boleh letak macam-macam sayur di dalamnya.
Jadi ibu zaman serba sibuk ini mesti bijak. Pilihan menu nak memasak pun kena ada teknik.
Pilih menu yang mudah, ringkas, sedap dan berkhasiat. Sesuai untuk semua orang makan di rumah.
Tak pedas? Buat sambal belacan banyak-banyak bila hujung minggu. Nak makan, cedukkan sikit ke piring.
Tak payah masak dua lauk. Satu lauk dah 'cover' semua. Seronok kan?
Jom kita semak resepi ini.
Bahan-bahan:
1- 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2- 3 inci halia (hiris)
4- 5 ulas bawang putih (hiris)
5- 1 ulas bawang besar (potong 'wadges')
6- 3 sudu sos tiram
7- 1 cawan air
8- 2 sudu tepung jagung
9- Secukup garam
10- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1- Panaskan kuali, tuangkan minyak.
2- Masukkan halia tumis sekejap, letak pula bawang putih.
3- Bila dah naik bau, masuk ayam yang dah dipotong dan dibasuh bersih. Dah tentu saya guna Basic H.
4- Biarkan ayam masak sebentar, dalam 5 minit.
5- Masukkan sos tiram dan air.
6- Tutup kuali dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Kalau air kering boleh tambahkan air.
7- Perasakan dengan garam.
8- Dah sedap, masukkan lobak dan bawang besar yang dah dipotong.
9- Agak lobak masak. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang dan gaul.
10- Mendidih rata, tutup api dan hidangkan.
Sedap di makan dengan nasi panas. Selain dari lobak, boleh juga nak masukkan kobis bunga, lada benggala atau cendawan butang ke. Ikut selera masing-masing.
Tak sampai 30 minit dah siap. Baca di sini tips memasak dengan pantas.
Kalau dah cuba resepi ayam masak halia ini nanti, bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Selamat memasak.
Antara resepi sayur paling bahaya, resepi sayur capcai.
Kenapa bahaya?
Sebab boleh buat nasi bertambah berkali-kali, walaupun hanya digandingkan dengan ikan kering atau ikan goreng.
Huh asyik wei. Kalau buat sambal. Lagilah. Mahu tersandar macam ular sawa makan gajah.
Sedap sangat ke?
Hui, gila kau tak sedap....
Nah resepinya!
Bahan:
Ikan bilis segenggam
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
(Boleh blender kering. Nak lagi sedap guna lesung batu)
Sawi seikat
Kobis 1/2 biji yang kecik
Kentang 3 biji (kupas, potong 6)
Sekeping tauhu kering (potong dan rendam air panas)
Suun (ikut suka, rendam dalam air)
Sedikit minyak masak
Air (asal tenggelam sayur)
Garam
Cara masak resepi sayur capcai:
Tumiskan ikan bilis, bawang besar & bawang putih. Garingkan sikit.
Masukkan air, masukkan kentang. Buka api kuat.
Tunggu kentang 1/2 masak, masukkan tauhu kering.
Masukkan kobis & batang sawi. Tunggu 1/2 masak.
Masukkan sawi, suun dan garam.
Godak kejap. Dah tutup api.
Tips: Alihkan periuk dari atas dapur yang panas, elak sayur lodoh.
Tahu lodoh tu apa? Sayur tu jadi lembik tak cantik.
Nak lagi best.
Makan dengan sambal caru, ke sambal bilis.
Tak pun goreng ikan ke ikan kering.
Jangan kata saya tak warning pulak. Jangan sampai tak boleh berhenti makan.
Selamat mencuba resepi sayur capcai bahaya ini.
Tajuk sehebat dan sesedap resepi sambal cencaru. Mak mentua ada di rumah. Jadi mestilah mahu tunjukkan skill memasak.
Padahal mula-mula nak bakar je cencaru tu. Tapi rasa tak patut pulak. Macam tak senonoh. Simple sangat.
Tu yang menyambal tu.
Alang-alang tu nak berkongsilah resepi dengan anda semua si pembaca setia.
Bahan:
- Ikan cencaru 2 ekor yang sedang-sedang saja, potong 2 atau 3
- Bawang besar sebiji saiz besar
- Bawang putih seulas
- Cili boh
- Asam jawa segenggam
- Air
- Garam
- Kunyit
- Gula
Cara:
- Lumur cencaru dengan garam dan kunyit, lepas tu goreng separuh masak. Dan siap letak tepi.
- Kemudian, kalau ada lesung batu lagi bagus. Tumbuk bawang besar dan bawang putih. Kalau takde takpe, blender kan saja semua.
- Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, nak sihat kurangkan minyak.
- Masukkan bawang merah dan putih yang dah ditumbuk tadi. Tumis sampai naik bau.
- Lepas tu, masukkanlah cili boh dalam 5-6 sudu besar. Gorengkan sehingga pecah minyak. Sambal yang cukup masak akan hasilkan resepi sambal cencaru yang sedap.
- Masukkan 2 1/2 sudu gula goreng sekejap.
- Masukkan 1 cawan air ke dalam asam jawa, dan ramas. Sampai dapat air asam yang secukupnya. Lepas tu, masukkanlah ke dalam kuali.
- Biarkan sebentar hingga mendidih sambal, masukkan ikan yang telah digoreng awal tadi.
- Masukkan garam dan rasalah. Boleh adjust ikut tekak masing-masing.
Tips panas: Cara 2-7 juga boleh menghasilkan ibu sambal.
Tips panas: Boleh pelbagaikan cara masak cencaru ni. Belah belakang cencaru, dan sumbatkan sambal yang dah masak. Boleh gorengkan atau bakar. Ya Allah, sedapnya!
Apa ibu sambal? Ibu sambal adalah sambal yang sudah dimasak siap. Bagi wanita yang bekerjaya, bolehlah buat ibu sambal ni seminggu sekali.
Sebab bila nak masak mudah. Ambil je ibu sambal, masukkanlah 'binatang' kegeramaran anda. Macam udang ke sotong ke. Atau nak masak nasi atau mee goreng pun mudah.
Simpankan di dalam peti sejuk. Tahan lama.
Resepi sambal cencaru nie sedap makan dengan nasi panas. Kena pulak dengan kuah lemak. Mahu tak menolehlah makan.
Kalau sambal ada lebih, boleh pecahkan telur. Jadi telur sambal.
Dan bolehlah cicah dengan lempeng ataupun jemput-jemput.
Silalah cuba ya resepi sambal cencaru ini ya.
Oh ya, lupa pulak nak kata. Licin tau pinggan mak mentua tadi. Tadi buat saya tersengih dia kata, sedap sambal.
Nak tawan suami, tawanlah maknya. Aci?
Selamat menyambal.
Demi nak bagi makanan-makanan baik untuk anak-anak. Sanggup belajar resepi sosej homemade. Tak belajar ke mana pun, depan laptop je.
Yelah dengan cerita budak umur 12 (kalau tak silap) ada darah tinggi. Sebab makan sosej. Terus rasa nak banned semua fast food. Nak buat sendiri sosej dan nuget.
Resepi nie simple, dan hasilnya tak mengecewakan, sedap. Oh ya, sumber resepi dari Chef In Disguise. Banyak lagi resepi sedap-sedap dalam blognya.
Semalam buat carbonara guna sosej ni, bertambah-tambah anak makan.
Bahan-bahan:
- 400g lean beef
- 60 grams ice cubes
- 1/2 cup bread crumbs
- 1 egg
- 1 tablespoon allspice, ground
- 1/4 teaspoon ground coriander
- 1/4 teaspoon ground black pepper
- 1/4 teaspoon ground cardamom
- 1/4 teaspoon ground cloves
- 1/4 teaspoon ground ginger
- 1/2 teaspoon onion powder
- 1/2 teaspoon garlic powder
- 1/2 teaspoon salt
- 6-7 pitted green olives or 1/4 cup unsalted toasted pistachios
Saya tak ikut sepenuhnya bahan-bahan di atas. Guna 'spices' yang ada kat rumah. Boleh ubah ikut kreativiti masing-masing.
Bread crumbs tu pula, saya buat sendiri. Guna roti yang dah lama. Koyakkan kecil-kecil roti. Letak dalam loyang atau tray. Kemudian bakar dalam 10-15, guna 180 °C. Bakar sampai garing. Sejukkan sekejap. Masuk dalam food processor dan blend.
Cara-cara:
Tips: Nak senang buat resepi sosej homemade ni, kena ada food processor
- Masukkan daging yang telah dipotong-potong, sebaiknya buang dulu urat-urat. Atau beli terus daging batang pinang
- Kisar sehingga hancur
- Kemudian masukkanlah 'spices', suka-suka hatilah
- Masukkan bread crumbs, garam, ice cube
- Kisar sampai 'mesra' dan sebati
Untuk bentukkan sosej, guna food plastic wrap dan aluminium foil. Cara nak buat boleh rujuk blog Chef In Disguise.
Inilah hasilnya |
Kemudian, sejukkan semalaman dalam freezer.
Untuk rebus sosej, guna resepi 'poaching liquid' di bawah:
- enough water to submerge the mortadella
- 1 cup apple cider vinegar
- 2 bay leaves
- 2 cloves garlic
- 5-7 all spice berries
- 1 teaspoon dried oregano (if you have fresh use 2-3 stems)
- 1 teaspoon dried basil (if you have fresh use 3-4 leaves)
- 1 teaspoon dried parsley(if you have fresh use 3-4 stems)
Apple cider takde kat rumah. Saya ganti dengan cuka kurma. Spice berries pun tak letak. Saya cuma letak 'mixed herbs' and 2 helai bay leaves.
Panaskan air rebusan di atas, kemudian masukkanlah sosej yang telah disejukbeku tadi. Rebuskan dalam 30-45 minit. Sampai air rebusan hampir kering.
Sejukkan, dan keluarkanlah sosej yang dah masak. Dan jika nak simpan, balutkan sekali lagi dengan aluminium foil dan simpan.
Resepi sosej homemade ini juga boleh ditukar guna daging ayam. Be creative, dan redah je buat. Selamat mencuba.
yang sudah dipanggang |
Lama tak kongsi pasal resepi di sini. Kali nie nak kongsi cara buat kek coklat moist, paling senang tapi sangat sedap. Tak payah pakai mixer. Guna tangan je. Anak saya yang umur 5 tahun pun buat. Inikan pula anda.
Berikut senarai bahan:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
- Masukkan semua Bahan A dalam periuk, masak sekejap hingga gula larut. Tak payah tunggu menggelegak. Tutup api. Dan sejukkan. Nak cepat sejuk letak depan atau bawah kipas.
Bahan B
4 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
- Pecahkan telur dan pukullah hingga agak kembang dan sebati. Lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sikit. Kemudian letak tepi.
Bahan C
1 cawan tepung (tak kisah tepung naik sendiri atau tepung gandum)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- Masukkan dalam pengayak (kalau tak paham alat untuk ayak tepung), ayaklah sekali, nak buat lebih pun boleh. Lepas tu letak tepi.
Akhir sekali, waktu penyatuan semua bahan-bahan.
- Masukkan secara berselang seli bahan B dan bahan C ke dalam bahan A.
- Guna senduk saja.
- Hanya gaul dan kaup bagi sebatikan adunan kek.
- Dan sudah, masukkan adunan ke dalam loyang (kalau tak nak letak, bolehlah letak mentega pada dasar dan tepi loyang, atau boleh letak kertas minyak).
- Kemudian sediakan pengkukus atas dapur.
- Letakkan aluminium foil di atas loyang (untuk elak kek berlubang-lubang).
- Kukuslah di antara 30-45 minit sehingga benar-benar masak (nak tahu masak ke tak, cucukkan lidi pencungkil gigi di tengah kek dan keluarkan. jika bersih maknanya sudah masak)
hiasan tu atas permintaan si kakak, agak-agak anda kenal ke objek di atas kek nie? |
Mudah sangat kan cara buat kek coklat moist nie. Berbaloi sangat buat, sebab rasa dia memamg superb.
Nak lagi best boleh ganache untuk letak atas kek.
3 sudu besar koko
1/2 tin susu pekat
3 sudu mentega
- Satukan semua bahan dalam periuk, guna api sederhana, cairkan dan ratakan bahan-bahan. Tutup api. Tuangkan atas kek.
Siap.
Nak lagi sedap, boleh makan dengan ice cream vanilla. Sungguh lega dan manis saja rasa di tekak.
Bolehlah kongsikan resepi dan cara buat kek coklat moist dengan kawan-kawan. Lepas ni jimat, tak payah beli. Boleh buat sendiri. Selamat mencuba.
Kita ke segmen resepi kali ni. Resepi Nasi Ayam, 11 langkah mudah. Pantas dan super sedap. Dan paling penting resepi ni tak mengunakan sebarang stok ayam tiruan. Semuanya asli, macam vitamin Shaklee.
Resepi ni asal dari ibu Eray. Dulu kami meniaga nasi ayam. Dan resepi nilah yang digunakan. Orang sekali datang, pasti datang lagi. Katanya sos nya yang super kick.
Ok, part intro dah. Kita tengok bahan-bahan dan cara masak resepi nasi ayam nie.
Untuk 5-6 Orang Makan:
Bahan-bahan:
- Beras 4 pot
- Ayam 1/2 ekor
- Air secukupnya
- Bawang Besar 2 ulas (saiz sederhana)
- Bawang Putih 3 ulas
- Halia 1 inci
- Kicap
- Sos Tiram
- Madu
- Sos Cilu
- Sos Tomato
- Garam
- Gula
- Salad 2 pokok
- 5 biji cili merah besar
- Timun 1 batang
- Tomato 2 biji
- Daun Sup/Bawang sikit
Caranya:
1-Untuk air rebusan ayam, tumbuk/blend 1 1/2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan 1 inci halia.
2-Panaskan minyak, tumis sampai nak bau wangi.
3-Masukkan ayam, masakkan sekejap dalam 5 minit dan letak air dan garam secukupnya. Macam nak buat sup ayam.
4-Biarkan ayam setengah masak. Tutup api. Dan keluarkan ayam.
5-Perapkan ayam dengan kicap, sos tiram dan madu.
6-Untuk nasi, tumbuk/blend 1/2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih.
7-Lagi sekali panaskan minyak dan tumis. Masukkan beras (basuh dulu dan toskan air) goreng sekejap. Kemudian, masukkan air rebusan ayam secukupnya (macam nak masak nasi biasa). Boleh campak sehelai dua daun pandan untuk bau wangi harum.
Tips: Boleh terus masak nasi dalam rice cooker. Atau, boleh tumis dulu atas dapur, lepas tu pindah dalam rice cooker. Biarkan nasi masak. Nak wangi letak daun pandan 2-3 helai.
8-Untuk resepi sos nasi ayam, blend lada merah, 1 ulas bawang putih, masukkan sekali sedikit sos cili, sos tomato, garam dan gula. Paling penting, masukkan sedikit air rebusan ayam. Kemudian masak jap atas dapur hingga pekat. Boleh custom nak pedas ke nak manis. Adjust sendiri.
9-Untuk ayam, setelah diperap. Bolehlah goreng. Atau nak grill ke panggang pun boleh. Nak sihat grill. Lebihan air perapan ayam tadi, boleh diguna sebagai kuah kicap. Tak cukup, tambah kicap dalam air tadi. Nak tahan lama, masak sekejap. Tak nak pun takpe.
10-Untuk salad, potongkan daun salad, timun dan tomato (buang biji untuk elak salad berair). Lepas tu boleh letak sikit cuka atau perahan lemon. Kalau tak nak buat camni pun takpe. Ikut selera korang.
11-Masukkan daun sup dan daun bawang ke dalam lebihan air rebusan ayam. Nak letak bawang goreng pun boleh.
Dah siap, lepas tu boleh lah disediakan. Mudah sungguh resepi nasi ayam ni. Tak perlu pakai rempah sup, atau rempah tiga serangkai. Sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil yang tak makan pedas.
Lagi satu, resepi nasi ayam ni tak menggunakan sebarang stok ayam tiruan. Hanya yang semulajadi.
Macam vitamin Shaklee, 100% semulajadi. Sekarang berlansung promosi Vita Lea (Multivitamin), beli 6 percuma 1. Jika nak hidup sihat, amalkan pengambilan makanan tambahan. Kerna makanan seimbang yang kita makan kandungan zat dan nutrisi tak sama seperti dulu. Maklumlah pencemaran, radikal bebas, terlebih masak dan sebagainya.
Makan makanan tambahan umpama, hantar anak pergi ke tuisyen. Walaupun kat sekolah cikgu dan ajar semua. Tapi masih ada 'loop holes'. Jadi sebagai pelengkap, kita hantar anak ke kelas tuisyen. Sama macam supplement, ia melengkapkan nasi dan lauk pauk yang kita makan.
Kesihatan kenalah jaga. Kereta boleh hantar servis bila sampai masa. Tapi badan kita? Takkan nak biar tak berservis? Kereta rosak boleh ganti lain. Badan rosak, boleh ganti badan? Ok jangan lupa try resepi nasi ayam nie ya.
Harga sebotol RM88.00, ada 120 biji. Tahan sehingga 4 bulan. Nak?
Hubungi Eray di 016 773 1892.
kuah spaghetti bolognese pun haruslah semulajadi. cuba untuk elak guna bahan perasa dan pewarna tiruan. sejak-sejak join shaklee nie, semua pun mahukan yang semulajadi. tahu-tahu sajelah, kalau beli yang ready made, pasti ada bahan perasa dan pewarna tiruan. jadi ibu dan isteri mestilah mahu yang terbaik untuk keluarga.
resepi kuah spaghetti bolognese nie simple sangat. mudah nak sediakan. rasanya pun memuaskan hati. sihat dan sedap. tak rugi nak cuba. jom eray kongsikan resepi mudah nie:
bahan-bahan semulajadi:
1-1 biji bawang besar (holland yang besar-dadukan)
2-1 labu bawang putih (dadukan)
3-5 biji tomato (untuk tomato concasse'. sini cara buat tomato concasse')
4-1 tin button mushroom (nak lagi semulajadi, beli yang fresh.-potong dadu boleh, apa style pun boleh)
5-1 tin tomato paste
6-3 sudu susu tepung
7-2 sudu tepung gandum
8-1 cawan air suam
(larutkan susu dan tepung bersama)
9-3 sudu minyak (optional nak pakai minyak apa pun boleh)
10-1 sudu garam (letak sikit-sikit dan rasa dah sedap ke belum)
11-3 sudu gula (letak sikit-sikit dan rasa dah sedap ke belum)
12-2 sudu besar dried oregano (nak tukar basil atau parsley pun boleh, combine pun boleh. takde pun takpe)
13-3 cawan air
(jika nak letak: 500 gram daging cincang (boleh ganti daging ayam, atau apa sahaja))
nota kaki:
semalam eray buat tanpa daging. sebab nak jadi buat baked pasta with meatball
cara-caranya:
sekarang kita pergi cara nak masak kuah spaghetti bolognese nie:
1-panaskan minyak
2-masukkan bawang yang telah didadukan. tumis sampai naik bau wangi.
3-masukkan tomato concasse'. tumis lagi. bau makin sedap.
4-masukkan button mushroom. dan tunggu bau lagi sedap.
5-masukkan tomato paste dan dried oregano. tumis lagi. tunggu sekejap.
6-masukkan larutan susu dan tepung. godak. tunggu sekejap bagi mesra.
7-masukkan air, garam dan gula.
8-tunggu mendidih kaw-kaw (jangan lupa godak, kang hangus)
9-siap dan ready to be served
nota kaki:
jika nak letak daging atau ayam. boleh masukkan lepas masukkan tomato concasse' (step ke 3). daging dah separuh masak, teruskan step berikutnya.
dah siap, jom makan. resepi kuah spaghetti bolognese yang best! |
tips menarik:
jika rasa nak buat, boleh buat lebih-lebih. sebab boleh simpan untuk guna di masa-masa lain. bukan saja buat kuah spaghetti. boleh juga digunakan untuk buat lasagne.
semalam saya buat baked pasta with meatball. letak pasta, bubuh kuah spaghetti bolognese. dan letak cheese. bakar dalam 10 minutes. sedap sangat. letak cheese dale je. kalau mozarella....perrghh lagi lah syiok. meatball tu saja goreng sekejap. guna air fryer. mudah.
anak-anak dan suami pasti suka. makan sampai bertambah-tambah. cubalah ye. lepas buat yang nie. pasti tak nak dah beli yang ready made. sebab lagi sedap. air tangan sendiri.
seronok tengok anak-anak makan. |
nota khas:
dah makan sedap-sedap nie. mestilah rasa risau lemak bertambah kan. jangan risau. dengan bahan semulajadi juga jom kita bakar lemak guna lecithin atau omega (set kurus shaklee). takkan lah nak biarkan je lemak menyelubungi diri kan. pandai masak, pandai jaga badan, lagilah abang sayang kan.
bolehleh makan tanpa rasa risau, makan dan terus rasa cantik. owh ye, jika nak dapatkan set kurus dengan harga yang best. hubungi eray ye. insyaallah dalam bajet korang-korang je.
Suriya Ab Majid
ID Shaklee: 840943
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
oleh sebab musabab kerana ada biskut marrie terlebih kat ofis. maka bawalah balik, dari biar lemau terbuang, baik kita jadikan sesuatu. improvise biskut marrie jadi kek batik indonesia.
bukan sebarang kek batik, resepi mari dari indonesia. kite resepi turun temurun. asalnya dulu ade jiran lecturer from indonesia, baik sungguh, muka baik. terbayang sampai hari ni. dia suka masak-masak. kiteorang adik beradik panggil die ibuk. die lah yang bagi resepi kek batik nie kat kiteorang.
heh teringat pula kat anak die, dulu bujang, skang kawen dah kut. nama die eddie. pemalu skit. kiteorang adik beradik yang tak malu, duk bertandang kat rumah ibuk, baca majalah gila-gila lah, die ajak makan lah. huh manelah ibuk sekarang ye?
if masih ade, kiteorang adik beradik doakan sentiasa dirahmati Allah sentiasa.
ok nie die resepi kek batik indonesia
cara nak buat teramatlah mudah:
senang sangat nak buat kek batik indonesia nie. kire nie version yang paling simple. sekarang dah macam-macam kek batik, improved ade letak oat, nestum, badam, kacang tanah dan ape saje lah. nak masak nie yang penting confident. hehehe.
so jemput makan kek batik indonesia.
nota kaki 1: untuk tempahan kek batik hari jadi, boleh lah tepun saya.ade ke kek batik buat kek hari jadi?
nota kaki 2: kek batik banyak kolesterol, so lepas makan leh makan omega guard atau lecithin shaklee. makan sedap lemak pun hilang. heheh terpromote lah pulak.
bukan sebarang kek batik, resepi mari dari indonesia. kite resepi turun temurun. asalnya dulu ade jiran lecturer from indonesia, baik sungguh, muka baik. terbayang sampai hari ni. dia suka masak-masak. kiteorang adik beradik panggil die ibuk. die lah yang bagi resepi kek batik nie kat kiteorang.
heh teringat pula kat anak die, dulu bujang, skang kawen dah kut. nama die eddie. pemalu skit. kiteorang adik beradik yang tak malu, duk bertandang kat rumah ibuk, baca majalah gila-gila lah, die ajak makan lah. huh manelah ibuk sekarang ye?
if masih ade, kiteorang adik beradik doakan sentiasa dirahmati Allah sentiasa.
ok nie die resepi kek batik indonesia
- biskut marrie satu paket
- telur 3 biji
- butter 1 biji,
butter guna biji kah? - milo 3/4 cawan
- serbuk koko 1/2 cawan
- gula 1/2 cawan
- susu pekat manis 1/3 cawan
- air satu cawan
cara nak buat teramatlah mudah:
- masukkan butter, milo, koko, gula, susu pekat manis, air ke dalam periuk
- buka api kecil
- kacau perlahan-lahan
- bila adunan agak panas
- masukkan telur (one by one)
- kacau cepat-cepat (kang ade pulak jadi sup telur)
- bila telur dah sebati, besarkan sikit api
- kacau-kacau lagi (elakkan hangus)
- tunggu adunan masak, jadi berketul-ketul dan pekat
- tutup api sejukkan
- sementara tunggu adunan suam,
jangan malaspatah-patahkan lah biskut marrie (patah 4) - bila adunan dah suam, masukkan biskut yang dah patah-patah (serdak biskut tak yah masuk, nanti tak cantik)
- godak sampai semua biskut dah berselaput coklat
- ready bekas ke loyang ke, tekan sampai mampat
- ratakan dan simpan dalam peti sejuk
- pastu dah boleh makan
kek batik yang dah ready untuk masuk ke dalam mulut |
so jemput makan kek batik indonesia.
saje potong besar, sebab nak photoshoot |
nota kaki 1: untuk tempahan kek batik hari jadi, boleh lah tepun saya.
nota kaki 2: kek batik banyak kolesterol, so lepas makan leh makan omega guard atau lecithin shaklee. makan sedap lemak pun hilang. heheh terpromote lah pulak.
Best tak name kek coklat nie? Kenapa kasih sayang? Sebab ianya dibuat dengan sentuhan kasih sayang untuk puteri rayna.
Dah banyak kali die request, only last sunday i managed to bake one, alhamdulillah menjadi.
Terharu bile rayna tanya, ibu nak buat kek untuk rayna? Ibu pun jawab, ye sayang. Rayna pulak kate, terima kasih ibu, huhu terus rase terharu macam nak bake 10 more cakes for her.
Sanggup rayna tunggu kek masak, around 10.30, henmpphh sedapnya, sambil makan sungguh-sungguh. Seriously unforgetable moment. So here is da resepi:
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula
1 cawan koko
1 cawan butter
1 susu teh esen vanilla
3 biji telur
1 cawan air panas menggelegak
1 cawan susu cair
How to do?
1. Panaskan oven 175 degree
2. Ayak tepung dan koko
3. Pukul telur dan gula sampai kembang
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan susu cair dan mentega
6. Masukkan tepung dan koko (kaup dan balikkan saje)
7. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau sebati
8. Leser mentega pada loyang dan panaskan sekejap
9. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 45mins hingga 60mins
Untuk ganache:
Panaskan 2 sudu mentega, 2 sudu susu pekat, 2 sudu koko dan sedikit susu cair. Guna api kecil dan masak sebentar. Tunggu kek sejuk dan tuang ayas kek.
Sebagai hiasan, boleh lah letak buah such as strawberry atau peach. Then siap dimakan.
Tak ambil masa lame pun nak buat kek, lepas nie boleh cuba kek-kek lain pulak. Seronoknyaaaaa
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Jalan Kuching,Kuala Lumpur,Malaysia
asejak ada kawan baru, balik kerja mesti masuk dapur. seronok masak bersama, lagi mudah lagi cepat. tak comot hasil pun yummy.
ini cubaan kali kedua, so today nak kongsi resepi yang mudah dan cepat nie.
- 2 potong chicken breast (boleh ganti part lain)
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas garlic
- 1 table spoon pounded black papper (blender pun boleh, nak lagi pedas letak lagi)
- 1 table spoon of oyster sauce
- 3 table spoon of soy sauce
- 2 table spoon of honey
- (mixed all together, and biarkan sebati rasa ayam dan rempah about 15 mins)
- 3 potato
- (boiled in warm water, sampai masak. boleh juga di bakar)
- ready mixed salad (from tesco)
- thousand island sauce
lepas perap ayam selama 15 mins, boleh lah bakar at 180°C selama 20 minit.
bila ayam dh masak, boleh mula platting. letak kentang rebus yang telah dibelah dua. letak salad, letak thousand island sauce and lastly, put the grilled chicken. senangkan......???
it's a healthy dinner for our family last night, rayna and ayah rayna suka sangat. so ibu pun bersemangat nak masak lagi.
anyway, here is ma new friend. cooking become fun and interesting.
bila ayam dh masak, boleh mula platting. letak kentang rebus yang telah dibelah dua. letak salad, letak thousand island sauce and lastly, put the grilled chicken. senangkan......???
it's a healthy dinner for our family last night, rayna and ayah rayna suka sangat. so ibu pun bersemangat nak masak lagi.
anyway, here is ma new friend. cooking become fun and interesting.