Resepi Sambal Cencaru Sampai Mak Mentua Jilat Jari

Wednesday, September 03, 2014

Tajuk sehebat dan sesedap resepi sambal cencaru. Mak mentua ada di rumah. Jadi mestilah mahu tunjukkan skill memasak. 

Padahal mula-mula nak bakar je cencaru tu. Tapi rasa tak patut pulak. Macam tak senonoh. Simple sangat.

Tu yang menyambal tu.

Alang-alang tu nak berkongsilah resepi dengan anda semua si pembaca setia.

Bahan:
  1. Ikan cencaru 2 ekor yang sedang-sedang saja, potong 2 atau 3
  2. Bawang besar sebiji saiz besar
  3. Bawang putih seulas
  4. Cili boh
  5. Asam jawa segenggam
  6. Air
  7. Garam
  8. Kunyit
  9. Gula

Cara:
  1. Lumur cencaru dengan garam dan kunyit, lepas tu goreng separuh masak. Dan siap letak tepi.
  2. Kemudian, kalau ada lesung batu lagi bagus. Tumbuk bawang besar dan bawang putih. Kalau takde takpe, blender kan saja semua. 
  3. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, nak sihat kurangkan minyak.
  4. Masukkan bawang merah dan putih yang dah ditumbuk tadi. Tumis sampai naik bau.
  5. Lepas tu, masukkanlah cili boh dalam 5-6 sudu besar. Gorengkan sehingga pecah minyak. Sambal yang cukup masak akan hasilkan resepi sambal cencaru yang sedap.
  6. Masukkan 2 1/2 sudu gula goreng sekejap.
  7. Masukkan 1 cawan air ke dalam asam jawa, dan ramas. Sampai dapat air asam yang secukupnya. Lepas tu, masukkanlah ke dalam kuali.
  8. Biarkan sebentar hingga mendidih sambal, masukkan ikan yang telah digoreng awal tadi.
  9. Masukkan garam dan rasalah. Boleh adjust ikut tekak masing-masing.
resepi sambal cencaru, resepi cencaru sumbat, resepi cencaru sambal, resepi ibu sambal


Tips panas: Cara 2-7 juga boleh menghasilkan ibu sambal. 

Tips panas: Boleh pelbagaikan cara masak cencaru ni. Belah belakang cencaru, dan sumbatkan sambal yang dah masak. Boleh gorengkan atau bakar. Ya Allah, sedapnya!

Apa ibu sambal? Ibu sambal adalah sambal yang sudah dimasak siap. Bagi wanita yang bekerjaya, bolehlah buat ibu sambal ni seminggu sekali.

Sebab bila nak masak mudah. Ambil je ibu sambal, masukkanlah 'binatang' kegeramaran anda. Macam udang ke sotong ke. Atau nak masak nasi atau mee goreng pun mudah.

Simpankan di dalam peti sejuk. Tahan lama.

Resepi sambal cencaru nie sedap makan dengan nasi panas. Kena pulak dengan kuah lemak. Mahu tak menolehlah makan.

Kalau sambal ada lebih, boleh pecahkan telur. Jadi telur sambal.

Dan bolehlah cicah dengan lempeng ataupun jemput-jemput.

Silalah cuba ya resepi sambal cencaru ini ya.

Oh ya, lupa pulak nak kata. Licin tau pinggan mak mentua tadi. Tadi buat saya tersengih dia kata, sedap sambal.

Nak tawan suami, tawanlah maknya. Aci?

Selamat menyambal. 

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube