Set Penyusuan Shaklee 5 Sebab Buat Terangsang Beli

Friday, September 26, 2014

Dah lama usha, tapi masih ragu nak beli ke tak Set Penyusuan Shaklee ni. Berkesan ke? Worth for money ke? Mungkin lepas anda baca entry ni, deria membeli terus terangsang. Dan buat anda takkan fikir berkali-kali lagi dah.

5 Sebab Yang Merangsang Anda Beli Set Penyusuan Shaklee:

1-Tak Penat Walaupun Anak Asyik Kerja Nak Menyusu Je
Anak baru lahir, ibu pula masih ada sisa-sisa sakit kesan lahirkan anak. Bayangkan, anak pula jenis asyik meragam. Pantang letak. Asyik nak menyusu. Nak bergayut.

Dahlah belum pernah ada anak sebelum ni. Mana nak jaga diri. Mana nak susukan anak. Mana masa nak tidur. Pendek kata, kalau emosi tak kuat memang boleh meroyan.

Tidur pun style ayam. Taklah istilah tidur nyenyak. Seminggu pantang, muka dah pucat lesi. Lembik, tak bertenaga. Kalau yang ada anak yang lagi besar, comot-comotlah anak tu. Pasal ibu huru hara dalam pantang.

Kesian.

Set Penyusuan Shaklee ni lengkap segala nutrisi. Jadi kesannya, anda tetap bertenaga. Walaupun tidur-tidur ayam. Takdelah sampai rasa nak berhenti susukan anak. Dan lagi best, muka pun 'pink' je, berseri walaupun pantang. Sejuk mata suami memandang. Ini kalau tak, suami pun seram tengok. Tu yang ada kes, pasang girlfriend bila isteri dalam pantang.

Memang tak patut. Tapi itulah, mungkin sebabnya sedikit dari isteri yang tak pandai menjaga diri.

Suami kalau sakit takpe, isteri boleh jaga, rumah pun cantik je. Tapi kalau isteri yang sakit, Masyaallah rumah tu jadi tongkang pecah.

set penyusuan shaklee, set penyusuan shaklee rm, set penyusuan shaklee murah, set penyusuan shaklee bajet, set penyusuan shaklee harga, tambah susu shaklee, tambah susu badan shaklee


2-Makan Tak Cukup Pun Susu Masih Cukup Terhasil
Dalam pantang macam-macam tak boleh makan. Ada sesetengah kena ikut diet yang haru, contoh nasi, ikan kering atau ikan bilis.

Manalah datang khasiat lengkap kan?

Tak masuk lagi kalau anda nak berdiet. Yalah, nak dapatkan berat badan sebelum mengandung. Naik kerja pula, sibuk sangat kerja. Makan asal boleh je. Takde fikir yang berkhasiat ke tak.

Senang cerita asal perut kenyang. Tapi nanti bila pam susu tiba-tiba saja susu tak keluar macam selalu. Sikit sangat. Tu yang hati mula goyah. Nanti tak cukup susu anak aku, takpe, balik nie beli susu formula top up.

Bukan tak boleh. Tapi kan anda sendiri dah buat keputusan nak susukan anak dengan susu ibu sahaja. Jadi kenapa nak mengalah?

Set Penyusuan Shaklee umpama kelas tuisyen, yang lengkapkan apa yang tertinggal di sekolah. Bukanlah tak payah pergi sekolah kan? Anda tetap kena makan yang baik, dan set ini akan membuat pemakanan sehari-hari jadi lengkap.

Bila badan dapat semua vitamin dan mineral. Barulah boleh berfungsi dengan baik. Badan rasa sihat bertenaga. Dan organ dan hormon hasilkan susu pun boleh keluarkan susu yang cukup.

Dan kurang satu masalah nak beli susu formula. Sudahlah mahal.

3-Kacang Je Nak Capai 2 Tahun Menyusukan Anak
Penyusuan susu ibu umpama marathon. Bukan lari pecut. Maknanya anda perlu 'sustain' atau tahan lama.

Dalam tempoh itu pasti akan ada cabaran. Susu tiba-tiba merudum, susu tak cukup. Anak meragam tak cukup susu.

Jika anda tak tenang atau stress dengan keadaan, sewenang-wenangnyalah anda 'give up'. Takpelah, mungkin sampai sini saja rezeki aku susukan anak. Terus putus asa.

Padahal jika ibu jaga makan dan kesihatan mungkin keputusan lebih bijak dapat dibuat. Seperti, takpe ini sementara, susu aku pasti boleh banyak kembali. Aku buat power pumping. Aku tak putus asa.

Jadi ibu memang stress, tapi sebaik manakah anda uruskan stress?

Dan stress inilah punca utama gagal untuk terus menyusukan anak. Di dalam Set Penyusuan Shaklee ada B-Complex yang berfungsi untuk mengawal stress anda. Dan beri rasa lebih tenang dan bersedia untuk hadapi apa juga keadaan.

4-Anak Tak Meragam, Cepat Kenyang
Apa yang anda makan, itulah yang akan bertukar menjadi susu ibu. Set Penyusuan Shaklee melengkapkan segala keperluan nutrisi, vitamin dan mineral harian.

'Feedback' yang selalu diterima dari ibu yang mengambil set ini. Susu ibu menjadi lebih pekat.

Dan anak jadi kurang meragam dan mudah kenyang. Bila anak kenyang, dia akan jadi lebih tenang. Boleh tidur lebih lama. Dan anda bolehlah membuat urusan lain-lain dengan lebih baik.

5-Bukan Sekadar Milk Booster Biasa
Set Penyusuan Shaklee bukanlah sekadar milk booster biasa-biasa. Gabungan Vitalea, B-Complex, Vita-C, ESP, Alfalfa dan Ostematrix menjadikan set yang dapat membantu anda menyusukan anak dengan jayanya.
Makan milk booster susu banyak, tapi jika stress. Mungkin susu tak dapat dikeluarkan dengan baik.
Atau mungkin, tidak sihat dan selalu lemah dan letih. Menyusukan anak akan menjadi sesuatu yang tak seronok. Masa menyusukan anak tak dinikmati.

Yang difikir, cepatlah anak menyusu. Dan mungkin kalau tak sabar, atau terlampau stress. Susu formula yang bakal diberikan pada anak. Lalu semakin kelamlah cita-cita nak berikan hanya susu ibu.

Cita-cita tapi usaha tak sepadan. Memang tak ke mana. 

Jadi kalau betul nak susukan anak. Bantulah diri sendiri. Kalau satu dunia sekalipun tak support anda nak susukan anak.

Tapi kalau anda kuat mental fizikal, itu semua bukan halangan. Walaupun suami sendiri acuh tak acuh je.

Sebab itulah Set Penyusuan Shaklee lebih dari sekadar 'milk booster'. Membantu anda sihat mental dan fizikal. Dan seterusnya, apa jua cabaran semasa tempoh menyusukan anak dapat ditempuhi dengan jayanya.

Anda mahu order Set Penyusuan Shaklee?

Boleh SMS/Whatsapp saya, Suriya di 016 773 1892. COD di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube