Pengalaman Anak Kerap Sembelit Tak Sanggup Melihat

Thursday, September 04, 2014

Ibu saya kata sembelit ni keturunan agaknya. Sebabnya menurun ke anak kerap sembelit. Sepanjang tempoh susukan Rayna tak pernah dia kena sembelit. Walaupun makan macam-macam.

Episod sembelit bermula tika dia wean off atau berhenti menyusu.

Saya tak berikan dia susu formula. Sebab banyak lagi unsur kalsium yang dia boleh dapat dari makanan. Seperti nasi dan kekacang.

Jadi pelbagai makanan saya 'intro' pada dia. Dan Rayna pun jenis tak menolak. Mungkin betul kata orang, anak menyusu badan tak cerewet makan.

Tapi mungkin saya terlepas pandang sesuatu perkara. Dia kurang minum air.

Dan akhirnya kena sembelit.

Yang menambah teruk keadaan, Rayna takut. Takut nak meneran. Bila ada gesa, dia tahan. Suruh teran, melalak tak mahu.

Habis tu takkan nak biar. Cubalah beri buah prune, air tembikai, tapi tak jalan mana.

Akhirnya bawa pergi jumpa doktor. Mula-mula doktor beri ubat pelembut najis. Beri ikut sukatan. Tapi nyata 'yak yak' dia lebih degil.

Dan akhirnya saya dan suami akur, untuk tembak dengan ubat sabun.

Ya Allah, Rayna menangis macam kena dera. Nak masukkan ubat tu pun dah satu masalah. Calar balar tangan suami dibuatnya.

Terpaksa pegang dia kuat-kuat, supaya tak meronta.

Akhirnya berjaya juga masukkan ubat. Saya jenis hati lembut. Jadi turutlah menangis bersama Rayna. Tak sampai hati.

Saya tinggalkan Rayna dengan ayahnya dalam toilet. Saya duduk di luar. Sambil beri kata-kata semangat 'Rayna boleh!' 'teran Rayna' 'Rayna kuat'.

Punyalah seksa. Nak bagi keluar 'yak yak' nan seketul. Penuh dengan darah dan air mata. Ok part darah tu macam over, tapi ya calar balar tangan suami saya kena cakaran Rayna.

Episod anak kerap sembelit ini bukan sekali dua. Malah akan terjadi hampir setiap kali dia nak membuang. Lagi satu yang memburukkan keadaan adalah Rayna suka minum Milo.

Tak bagi minum tak sampai hati. Jadi bagilah juga. Dengan harapan dia ok.

Tapi hampa, Rayna tetap saja sembelit.

Saya cubalah juga banyakkan air. Bagi banyak fiber. Monitor dia. Tapi itu semua saya boleh buat waktu cuti.

Selebihnya Rayna duduk di rumah pengasuh. Tak bagi arahan lebih-lebih, saya tak berani. Yelah orang jagakan.

Takkan saya nak biar anak kerap sembelit. Dan terus biarkan dia menderita setiap kali nak membuang. Sampai dia jadi phobia, takut.

Ikhtiar akhir saya selepas kawan rekemen, saya cuba berikan Mealshake Shaklee pada Rayna.

Sebab dia suka Milo, saya campurkan satu sudu kecil.

Rayna tak perasan pun. Dia minum sampai habis.

Setiap hari dalam masa seminggu tu saya berikan dia Mealshake. Satu sudu kecil sehari.

Kadang-kadang saya masukkan ke dalam ais cream, tabur-tabur je.

Takpelah saya sanggup labur sedikit duit, dari melihat anak kerap sembelit.

Dan alhamdulillah, dalam masa seminggu tu dah nampak perubahan pada 'bowel movement' dia. Rayna agak takut juga. Yelah phobia.

Nampaklah muka dia mencengit-cengit sedikit. Tapi dia tak nangis dan. Dan tak dengar dah bunyi dia meneran. Tahu-tahu je dah bau busuk.

Ya Allah, lega bukan main saya masa tu.

anak kerap sembelit, petua anak sembelit, pengalaman anak sembelit, masalah anak sembelit, anak sembeli teruk, anak sembelit sampai berdarah, harga mealshake, pengedar shaklee ampang
leganya saya....


Mungkin sebab kandungan fiber di dalam Mealshake telah melengkapkan jumlah fiber yang patut diambil.

Itu sebablah Rayna mudah membuang.

Dan mungkin juga sebab kandungan kalsium dan magnesium dalam Mealshake yang turut melancarkan proses Rayna qada hajat.

Jangan pandang remeh tau masalah sembelit anak ni. Silap hari bulan, boleh pecah usus gara-gara tak diatasi.

Bukan je part sembelit selesai. Tapi Rayna nampak lebih aktif. Dan susah nak kena demam, selsema atau batuk. Antibodi badan Rayna berjaya 'protect' dia dari penyakit.

Kalau tak dulu, selang dua minggu, mesti selsema. Maklumlah duduk bercampur dengan ramai anak-anak yang lain. Mudahlah berjangkit.

Tak rugi pun mencuba. Satu botol Mealshake yang berharga RM113 ni, saya guna lebih dari tiga bulan. Jimat sangat.

Takpe rasanya melabur sikit demi kesihatan anak, demi anak tak merana. Anak sihat dan gembira, buat saya jadi lebih tenang.

Jika anda nak cuba Mealshake untuk atasi anak kerap sembelit, bolehlah hubungi saya, Suriya di 016 773 1892 sekarang!

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube