Kuah Spaghetti Bolognese Sedap Jilat Siku

Tuesday, April 09, 2013

kuah spaghetti bolognese pun haruslah semulajadi. cuba untuk elak guna bahan perasa dan pewarna tiruan. sejak-sejak join shaklee nie, semua pun mahukan yang semulajadi. tahu-tahu sajelah, kalau beli yang ready made, pasti ada bahan perasa dan pewarna tiruan. jadi ibu dan isteri mestilah mahu yang terbaik untuk keluarga.

resepi kuah spaghetti bolognese nie simple sangat. mudah nak sediakan. rasanya pun memuaskan hati. sihat dan sedap. tak rugi nak cuba. jom eray kongsikan resepi mudah nie:

bahan-bahan semulajadi:
1-1 biji bawang besar (holland yang besar-dadukan)
2-1 labu bawang putih (dadukan)
3-5 biji tomato (untuk tomato concasse'. sini cara buat tomato concasse')
4-1 tin button mushroom (nak lagi semulajadi, beli yang fresh.-potong dadu boleh, apa style pun boleh)
5-1 tin tomato paste
6-3 sudu susu tepung
7-2 sudu tepung gandum 
8-1 cawan air suam
(larutkan susu dan tepung bersama)
9-3 sudu minyak (optional nak pakai minyak apa pun boleh)
10-1 sudu garam (letak sikit-sikit dan rasa dah sedap ke belum)
11-3 sudu gula (letak sikit-sikit dan rasa dah sedap ke belum)
12-2 sudu besar dried oregano (nak tukar basil atau parsley pun boleh, combine pun boleh. takde pun takpe)
13-3 cawan air
(jika nak letak: 500 gram daging cincang (boleh ganti daging ayam, atau apa sahaja))

nota kaki:
semalam eray buat tanpa daging. sebab nak jadi buat baked pasta with meatball

cara-caranya:
sekarang kita pergi cara nak masak kuah spaghetti bolognese nie:
1-panaskan minyak
2-masukkan bawang yang telah didadukan. tumis sampai naik bau wangi.
3-masukkan tomato concasse'. tumis lagi. bau makin sedap.
4-masukkan button mushroom. dan tunggu bau lagi sedap.
5-masukkan tomato paste dan dried oregano. tumis lagi. tunggu sekejap.
6-masukkan larutan susu dan tepung. godak. tunggu sekejap bagi mesra.
7-masukkan air, garam dan gula.
8-tunggu mendidih kaw-kaw (jangan lupa godak, kang hangus)
9-siap dan ready to be served

nota kaki: 
jika nak letak daging atau ayam. boleh masukkan lepas masukkan tomato concasse' (step ke 3). daging dah separuh masak, teruskan step berikutnya.

dah siap, jom makan. resepi kuah spaghetti bolognese yang best!

tips menarik:
jika rasa nak buat, boleh buat lebih-lebih. sebab boleh simpan untuk guna di masa-masa lain. bukan saja buat kuah spaghetti. boleh juga digunakan untuk buat lasagne. 

semalam saya buat baked pasta with meatball. letak pasta, bubuh kuah spaghetti bolognese. dan letak cheese. bakar dalam 10 minutes. sedap sangat. letak cheese dale je. kalau mozarella....perrghh lagi lah syiok. meatball tu saja goreng sekejap. guna air fryer. mudah.

anak-anak dan suami pasti suka. makan sampai bertambah-tambah. cubalah ye. lepas buat yang nie. pasti tak nak dah beli yang ready made. sebab lagi sedap. air tangan sendiri.

seronok tengok anak-anak makan. 
nota khas: 
dah makan sedap-sedap nie. mestilah rasa risau lemak bertambah kan. jangan risau. dengan bahan semulajadi juga jom kita bakar lemak guna lecithin atau omega (set kurus shaklee). takkan lah nak biarkan je lemak menyelubungi diri kan. pandai masak, pandai jaga badan, lagilah abang sayang kan.

bolehleh makan tanpa rasa risau, makan dan terus rasa cantik. owh ye, jika nak dapatkan set kurus dengan harga yang best. hubungi eray ye. insyaallah dalam bajet korang-korang je. 


Suriya Ab Majid
ID Shaklee: 840943
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com

You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube