5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

Monday, April 29, 2013

Cabaran ibu menyusu yang paling sinomin adalah susu sedikit. Ketahui 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu. Buat dengan istiqamah, insyaallah susu ibu yang sedikit akan bertambah banyak. 

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. 

Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.


2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter
Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.

3. Makanan Seimbang
Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. 

Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.

4. Makan Penggalak Susu Ibu
Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.


5. Ambil Pil/Suntikan Hormon
Ini jalan terakhir. Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya. 

5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu akan lebih berkesan sekiranya ibu tambah dengan doa kepada-Nya. Pasanglah niat seawalnya untuk menyusukan anak. Mohon pada Allah agar diberikan kekuatan dan semangat kuat untuk meneruskan penyusuan hingga 2 tahun.

Dan jangan terlampau fikirkannya. Cukup ke susu aku? Boleh ke aku pam di pejabat? Apa kata kawan-kawan dan sebagainya. Just do it. Susukanlah anak dan pamlah diwaktu pejabat dan rumah. Insyaallah jika ibu usaha sungguh-sungguh pasti susu ibu pun sungguh-sungguh nak keluar.

Jadi cubalah 5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu!!

Nota kaki: Jika berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee. Hubungilah saya, Suriya Majid 016 773 1892 ya. Insyaallah, harga yang istimewa akan diberikan.

Atau beli sekarang, dengan klik ikon di bawah:


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube