Bagaimana Susu Ibu Terhasil: Ibu Wajib Baca
Tuesday, April 02, 2013
Bagaimana susu ibu terhasil adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Bukannya makanan apa yang banyakkan susu, atau supplemen apa yang membanyakkan susu. kenali payudara korang dan belajar cara susu dihasilkan. Barulah tak gelabah bila bayi comel lahir kelak.
Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan lindung kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara).
Tahukah ibu-ibu bahawa saiz payudara atau puting susu tak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Ini adalah andaian semata-mata. Saiz juga bukan faktor penyumbang bagaimana susu ibu terhasil. Penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
Lekapan Sempurna
Bayi menyusukan di aerola, bahagian berwarna di payudara. Bukan pada puting sahaja. Aerola adalah 'target' bagi memudahkan bayi menyusu dengan efektif. Hanya gunakan air untuk bersihkan payudara. Tak perlu sabun atau bahan lain. Kerana ianya akan musnahkan 'protective oil' yang terdapat disekelilingnya. Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara. Mulut bayi akan meransang bagi mengeluarkan susu.
Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel |
Lidah bayi menekan aerola dan akan mengeluarkan susu. Sungguh indah ciptaan Allah. |
Let Down Reflex
Pancutan susu terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa proses ini, signal akan dihantar ke 'pituitary gland' di otak. Dan akan menghasilkan dua jenis hormon. Iaitu prolaktin dan oxytocin. Hebatkan cara bagaimana susu ibu terhasil? Subhanallah
- Prolaktin bertindak pada alveoli (tisu di dalam payudara). Untuk mengambil protein dan gula dari darah di dalam badan dan menukarkannya kepada susu.
- Oxyticin pula beri kesan kepada sel-sel di saluran susu, untuk keluarkan susu dari tempat takungan. Dan keluar melalui saluran susu. Proses ini dipanggil 'let down reflex'.
tengok gambar lebih mudah nak paham proses let down reflex |
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
- emosi terganggu
- penat
- hisapan tak sempurna
- tertekan
- tiada sokongan dari sekeliling
- risau sakit di payudara atau rahim
- payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Apa itu Colustrum dan Susu Matang?
Colustrum
Colustrum adalah susu awal. Warna kuning dan pekat. Sedikit saja sudah cukup untuk perut bayi yang besar biji guli. Inilah cairan emas yang sangat hebat, ciptaan Allah. Mengandungi 1001 kebaikan yang susu formula memang tak dapat tandingi. Membina sistem imunisasi dan mengandungi antibodi yang baik untuk bayi. Mulakan penyusuan seawalnya. Ini bagi membolehkan bayi korang menikmati cairan emas hebat nie.
kanan: susu matang ; kiri: colustrum berbeza kan... |
Susu Matang
Susu awal akan berubah menjadi susu matang. Kuantiti juga akan bertambah. Ini berlaku dalam tempoh 28-72 jam berikutnya. Bergantung kepada kadar kekerapan penyusuan dan bila penyusuan dimulakan. Lebih awal dan lebih kerap, maka susu matang yang banyak akan terhasil. Terdapat dua elemen dalam susu ini:
- Foremilk
Susu yang keluar awal. Lebih jernih dan cair. Menghilangkan haus bayi. Tika payudara bengkak, jumlah foremilk sangat banyak. Jadi bayi akan mudah tersedak dan kembung. Jadi bagi mengelakkan risiko ini. Susukan lebih kerap, atau pam lebihan susu yang masih ada.
- Hindmilk
Cairan yang lebih pekat. Mengandungi lemak yang tinggi. Akan terhasil selepas foremilk keluar. Ini yang akan memberi rasa kenyang bayi. Juga menyumbang kepada kenaikan berat bayi. Susukan bayi selama mungkin. Hingga dia puas.
kanan: hindmilk ; kiri: foremilk |
Masih ramai ibu-ibu yang anggap menyusukan anak nie adalah sesuatu yang boleh pandai sendiri. Ubah tanggapan itu. Ketahui segalanya tentang susu ibu. Barulah ibu-ibu tak gelabah bila ada cabaran semasa menyusukan anak. Juga membuka mata dan minda kita. Melihat kekuasaan Allah, bagaimana suus ibu terhasil. Proses yang berlaku pada berjuta-juta ibu dalam dunia nie, pada masa yang sama. Nikmat apa lagi yang mahu kami dustakan.
nota kaki: lepas faham dan lakukan semua tentang konsep asas penyusuan. barulah ibu boleh mencari apa yang membolehkan menambah susu. juga paling penting makanan yang boleh beri tenaga pada ibu, juga menambahkan kuantiti dan kualiti susu. juga dengan harga yang mampu milik. nak tahu apa makanan tambahan yang ramai ibu-ibu menyusukan amil. meh hubungi saya. insyaallah saya juga akan kongsikan pengalaman menyusukan dua orang anak.
Suriya Ab Majid
ID Shaklee: 840943
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
0 comments