15 Tips Penyusuan Khas Bakal Ibu Berjaya!
Friday, June 13, 2014
Susukan anak memang perkara yang semulajadi. Tapi tak bermakna tak payah ada ilmu. Berikut di kongsikan sedikit tips penyusuan khas untuk bakal ibu, atau ibu yang baru nak susukan anak.
Tips ini meliputi dari persediaan awal dan tips dan tricks penyusuan yang perlu diketahui. Semua tips yang saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman sebenar saya, sebagai ibu yang telah susukan tiga orang anak.
Harap sedikit sebanyak memberi manfaat untuk semua:
- Jangan anggap menyusukan anak mudah dan tak payah menuntut ilmu. Nak suap makanan pun kita belajar dari bayi. Sebaiknya hadiri kelas penyusuan, kalau tak pun boleh menuntut dengan En Google, banyak tips penyusuan yang anda boleh pelajari.
- Tak perlu ada susu banyak semasa awal kelahiran. Tahu tak yang perut bayi yang baru lahir tu sebesar biji guli saje. Jadi anda tak payah lah haruk nak bagi bayi minum susu banyak-banyak. Paling penting dakap bayi dan susukan saja.
- Susu yang keluar masa lepas melahirkan dipanggil kolostrum. Ia adalah susu awal yang kaya dengan antibodi yang diperlukan oleh bayi anda. Warnanya seperti kuning emas.
- Breastfeed on demand. Maksudnya tak perlu tunggu 2-3 jam sebelum bayi menyusu lagi. Jika bayi anda mahu, berikan saja.
- Bayi sentiasa lapar nak susu dan nangis je. Sebenarnya bayi nangis bukan semestinya dia nak susu. Tapi pelbagai kemungkinan. Bayangkan 9 bulan duduk dalam rahim yang nyaman, tak hiruk pikuk. Tiba-tiba keluar bunyi tv, mesin basuh, dan macam-macam bunyi. Mungkin bayi anda rasa selamat jika dia disusukan.
- Satu lagi tips penyusuan adalah kenali personaliti penyusuan bayi. Ada bayi yang pasif menyusu. Suka tidur walaupun sedang menyusu. Jadi buka bedung dan geletek lembutlah kakinya, agar dia bangun menyusu. Dan ada pula bayi yang suka 24 jam melekap. Jadi belajar posisi penyusuan dan tips menyusu, agar anda tidak stress.
- Bayi tidak perlukan air kosong atau air masak. Ini kerana dalam susu ibu sudah cukup kandungan air.
- Tahukah bahawa komposisi susu ibu boleh berubah mengikut cuaca. Jika panas, biasanya susu lebih cair. Dan jika sejuk, susu terhasil lebih pekat.
- Jangan sesekali berikan nestum atau apa saja makanan pejal sebelum bayi 6 bulan. Hanya susu yang dibenarkan, dan sebaik-baik susu adalah susu ibu.
- Susu ibu bukan seperti pili bomba. Buka dan terus memancut susu. Susu ibu terhasil mengikut konsep supply dan demand. Demand adalah ransangan, terjadi dari hisapan bayi atau mengepam. Lebih banyak ransangan atau demand, lebih banyak susu yang dihasilkan.
- Elakkan stress, sebab stress adalah penyebab utama kegagalan menyusukan anak. Boleh ambil B-Complex kerana ia membantu anda kawal stress. Boleh cuba B-Complex Shaklee, ada 120 biji boleh digunakan selama 4 bulan. Harganya RM53 sahaja.
- Belajar dan pelbagaikan posisi penyusuan. Sebab mungkin anda tidak sesuai dengan posisi duduk. Cuba baring atau mengiring.
- Nikmati setiap saat bersama di kecil. Susukanlah dia, dan pandang bayi anda. Satu kenikmatan yang hebat akan anda rasai.
- Minum air yang cukup. Bila haus, jangan tangguh untuk minum. Dan jangan pula minum berlebihan. Bulan puasa badan lebih mudah terhidrasi, boleh cuba ambil Performance Drink Shaklee untuk mengekalkan air di dalam badan.
- Dan akhir sekali, jangan jemu menggali ilmu penyusuan. Dengan ilmu dan tips penyusuan anda akan lebih mudah menyusukan anak. Walaupun ada cabaran, insyaallah anda boleh atas, tanpa perlu hentikan penyusuan.
Jangan pandang remeh pada penyusuan. Tanpa persediaan yang lengkap, anda boleh tertewas. Selain dari ilmu, anda perlu mental dan fizikal yang sihat. Ambil makanan-makanan yang baik, dan sebaiknya lengkapkan dengan makanan tambahan seperti Set Penyusuan Shaklee.
Ini kerana kekurangan vitamin dan mineral, anda mungkin lebih mudah terkena jangkitan kuman. Bila anda tidak sihat, ia akan menggangu penyusuan. Sanggupkah anda membiarkan anak minum susu gantian kerana anda tidak menjaga kesihatan diri. Ibu sihat mental fizikal, adalah salah satu faktor utama kejayaan menyusukan anak.
Jika mahu cuba mengambil Set Penyusuan Shaklee, boleh terus hubungi Suriya Majid di 016773 1892. Konsultasi cara pengambilan yang paling berkesan diberikan. Juga saya akan kongsikan tips dan tricks susu ibu yang membantu anda capai target dua tahun menyusukan anak.
0 comments