31 Tips Anak Cemerlang Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tapi Berkesan (Bahagian 1)

Friday, February 06, 2015

Macam-macam tips anak cemerlang yang dikongsikan kat Internet ni. Tapi tips kali ni saya rasa sungguh berlainan. Sebab rasa sungguh dekat dan tips yang mesra untuk dilakukan sebagai ibu ayah.


Dan yang buat tips ni lain dari yang lain, ia dikongsikan oleh isteri seorang ulama' Tuan Yahya Adel Ibrahim. Tips yang ringkas, tapi berkesan untuk jadikan anak kita cemerlang dunia akhirat.

Moga anak-anak kita semua bakal jadi penghuni Jannah ye.

tips anak cemerlang, tips anak sihat, tips anak bijak, tips anak pintar


Benda baik begini, rasa bersalah pula kalau tak dikongsi. 31 Tips Anak Cemerlang Sah Dari Isteri Ulama' Yahya Adel Ibrahim (Bahagian 1):

1-Jangan biarkan anak menangis. Itu adalah cara anak bercakap, dakaplah sampai anak tenang.

2-Tantrum dengan anak-anak memang tak dapat dipisahkan. Kalau dah mula nak rasa mendidih, adalah lebih baik bangun dah tinggalkan anak sebentar. Mungkin anak mengamuk di ruang tamu, kita masuklah bilik dan baring sekejap.

3-Kalau anak pukul, meludah atau menjerit pada anda, usah marah. Tapi buat tak tahu. Sebab itulah cara anak dapatkan perhatian. Jadi kalau dilayan, maka anak akan ulang lagi bagi dapatkan perhatian anda.

4-Jika anak buat sesuatu yang tak elok, terangkan pada dia secara logik. Usah momokkan dengan hantu atau alien makan awak kalau awak buat ini. Terus terangkan walaupun muka anak tak de perasaan.

5-Elakkan dari guna perkataan 'Jangan' selalu. Kerana anak akan kaitkan jangan dengan perkara negatif dan tak menghiraukan anda.

6-Tips anak cemerlang seterusnya agak mencabar, usah kisahkan rumah bersepah. Sepah itu tanda anak sedang 'explore and learn'. Sibuk nak rumah bersih berseri hanya akan membuatkan proses pembelajaran anak terbantut. Kemaslah jika anda larat dan ajak anak untuk kemas bersama.

7-Ini tips yang paling 'best', tidurlah ketika anak tidur.

8-Makanan juga mainkan peranan untuk jadikan anak cemerlang. Oleh itu, elakkan gula. Banyak lagi makanan sihat lain untuk cetuskan tenaga anak-anak. Gula juga boleh buat anak jadi hyperaktif.

9-Anak takkan cemerlang tanpa ibu yang cemerlang. Antara cara jadi ibu cemerlang, buatkan sesuatu yang menyeronokkan untuk diri sendiri setiap hari. Contohnya, pakai minyak wangi, pakai baju yang cantik, atau bubuhlah gincu. Ia akan membuatkan anda lebih rasa hebat.

10-'Break the routine'. Sekali setiap tiga bulan, ajaklah suami dan anak-anak bercuti. Keluar dari rumah. Tak semestinya yang mahal. Asalkan anda, suami dan anak-anak gembira.

11-Carilah kawan yang juga seorang ibu, mungkin anda dan kawan akan terinspirasi bersama-sama. Jadi ibu yang lebih baik. Atau jika payah sangat, boleh je join 'group' Mak Tak Marah Anak di Facebook. Ramai ibu-ibu yang dulu macam singa dan tarzan, dah jadi semakin baik. Dapat kawal kemarahan.

12-Menyusukan anak itu satu rezeki dari Allah SWT. Jadi nikmati proses indah ini bersama anak. Tapi jika anda tidak mampu usahlah berasa bersalah.

13-Tak perlu rasa bersalah jika anda tak boleh nak susukan anak. Mungkin ini apa yang telah ditakdirkan untuk anda. Takdir itu apabila anda dah usaha sungguh-sungguh, tapi masih saja anda tak mampu untuk menyusukan anak.

14-Ambil masa berjauhan sebentar dari anak. Buatlah tanpa rasa bersalah. Sudah pasti anak tidak akan ingat apa yang anda pernah lakukan. Tak perlu lama, mungkin dua jam untuk ke spa. Atau pergi ber'dating' dengan suami tercinta. 

15-Akhir sekali, tips anak cemerlang nak tumbuh gigi. Biasanya anak akan buat peel, dan mungkin anda takkan tidur lena di malam hari. Bersabarlah, anak akan kembali normal bila giginya telah keluar.

Selesai perkongsian bahagian satu tips anak cemerlang. Ada juga antara tips ni yang saya sudah lakukan. Paling saya setuju, elakkan guna perkataan jangan tu. Dulu bila saya kata 'Rayna, jangan lari' makinlah dia seronok berlari.

Lepas tu saya tukar, 'Rayna, jalan sayang'. Macam magic, terus dia berhenti berlari. Saya rasa anak ni sebenarnya perlukan arahan yang jelas. Jangan tu sesuatu yang anak tak dapat nak tafsir. Jadi dia akan tafsir dan buat perkataan yang berikut 'lari'. Tu yang makin laju anak berlari.

Tips anak cemerlang bukanlah 100% sesuai dengan semua ibu ayah. Tapi ia sebagai garis panduan kita bersama. Jadi 'parents' untuk pertama kali memanglah konsep 'try and error' sangat terpakai. Teruskan bereksperimentasi untuk lahirkan anak yang cemerlang.

Paling penting, kita ibu ayah lah mesti jadi cemerlang dulu. Barulah jalan makin terang untuk anak ikut jadi cemerlang dunia dan akhirat.

Bahagian kedua bakal disambung. Tunggu.

Terima kasih tau sebab sudi baca artikel kali ni. Lain hari, singgahlah lagi ye.

Oh sebelum terlupa, jika anda sedang mencari makanan tambahan untuk elak anak asyik demam, atau mahu anak sihat, aktif, gembira dan bijak. Bolehlah terus Whatsapp saya di 016 773 1892 untuk dapatkan Vita Lea for Children.

Atau nak lebih cepat, boleh terus klik pada http://bit.ly/16HfFMz untuk buat belian.

You Might Also Like

1 comments

  1. well said... no.8 tu susah nk kawal sbb ayah dorg ske layankn bli gegula ngan cekedis.. 😩

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube