5 Cara Mudah Atasi Susu Ibu Merudum

Saturday, October 11, 2014

Sepanjang tempoh susukan anak, memang ada tika susu ibu merudum. Itu perkara biasa. Tapi yang membezakan adalah cara kita tangani masalah ini.

Mahu terus susukan anak atau jadikan susu ibu merudum sebagai alasan nak bagi susu formula.

Terpulang, tepuk dada tanya selera. Tapi tidak kah kasihan dengan anak, yang dahulu selama ni diberi susu ibu nak diganti dengan susu formula. Mungkin rasa kurang sedap, dan juga boleh kena masalah sembelit pula. Kasihan....

Alhamdulillah, masuk yang ini sudah tiga orang anak saya susukan. Dan susu ibu merudum itu perkara normal. Memanglah mulanya panik, gelabah tapi bila kita fikir panjang sedikit masalah boleh selesai.

Jadi ini yang saya lakukan bila masalah itu terjadi, 5 cara mudah atasi susu ibu merudum:

1-Bertenang
Jangan kelam kabut. Tarik nafas. Bertenang, sebab itu akan buat kita berfikir lebih baik. 

2-Cari Apa Punca
Banyak penyebab susu ibu merudum, antaranya salah makan, tak ikut jadual mengepam, stress, tak cukup tidur, atau mungkin anak dah kurang menyusu. 

3-Cari Jalan Selesaikan Masalah
Bila dah kesan apa sebab, barulah senang nak selesai masalah. Kalau salah makan, usahlah makan lagi makanan yang kurangkan susu. Tapi makan yang boleh tambah penghasilan susu. Kalau stress, kawallah stress sebaik mungin. 

Dan seterusnya tengok balik jadual mengepam. Kalau ada 'skip' cuba buat semula rutin mengepam. Sampailah badan kita paham bahawa perlu hasilkan susu dengan lebih lagi. 

susu ibu merundum, atasi susu merudum, atasi susu kurang, cara mengatasi susu merudum

4-Sabar
Susu ini bukan macam pili air, buka terus keluar. Kena bersabar. Ada ketika angin saja yang keluar masa mengepam. Dan kalau keluar pun setitik dua. 

Jangan berenti, teruskan ransangan. Teruskan pam susu. Ikut rutin pam yang ideal 2-3 jam sekali. Ransangan yang berterusan sangat diperlukan. Bagi beri signal kepada otak, untuk suruh payudara hasilkan banyak susu. 

5-Fikir Positif
Tak payah fikir yang bukan-bukan. Sampai sini jelah rezeki anak aku. Memang dah takde susu aku. 

Fikirkah yang baik-baik, bayangkan susu keluat dengan banyaknya. Atau bayangkan anak puas menghisap susu. Emosi baik juga turut pengaruhi kuantiti susu ibu. 

Ada satu hormon, digelar oxitocin yabg membantu membuat susu keluar dengan mudah. Sumber hormon paling baik adalah suami. 

Macam mana?

Bersentuh dan bermesralah dengan suami. Atau mintalah bantuan suami untuk urut. Mesti lega sangat.

Selain itu saya suka buat power pumping. Pilih waktu hormon penghasilan susu paling tinggi. Iaitu waktu tengah malam. Oh hormon ini dipanggil prolaktin. 

Jangan pula bantai tidur sama-sama dengan anak. 

Usahalah dahulu sebelum menyerah kepada susu formula. Melainkan anda memang ada masalah atau penyakit yang buat anda tak dapat susukan anak. 

Ibu yang mengandung pun masih mampu susukan anak. Jika kena pada caranya. Ibu, anak dan bayi dalam kandungan membesar sihat.

Saya sempat merasa nikmat susukan anak masa mengandung. Priceless experience.

Kerja nak kembalikan susu ibu merudum hukan mudah. Paling penting ibu mestilah fit dan positif. Makan makanan yang berkhasiat, dan saya ambil Set Penyusuan Shaklee. 

Set ini sangat membantu saya untuk kekal positif dan bertenaga. Walaupun sibuk kerja, kerja rumah, layan anak dan suami. Pam susu, dan juga menyusukan anak. Alhamdulillah, bila sampai usia anal 2 tahun saya rasa puas dan gembira.

Sebab saya tahu, dalam badan anak saya mengalir air susu yang menjadikan dia membesar sihat, kuat dan bijak.

Jadi usahlah risau atau putus asa jika susu ibu merudum. Be calm dan keep pumping.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube