Kesan ESP Shaklee Badan Gemuk!

Sunday, October 12, 2014

Kesan ESP Shaklee boleh buat badan gemuk? Betul ke? 

A ah betullah. Saya dah tak terkejut lagi dengar feedback begini. Tapi yang pasti bukan dari customer sendiri. Sebab customer saya yang nak kurus dapat cara makan ESP yang betul. 

Ada yang tak perasan sudah kurus, kawan tegur baru cari penimbang. Sebab dia ambil ESP untuk counter masalah susu tak cukup. Sekali, dapat juga kuruskan badan. Bonus bukan. Masalah stok susu selesai, jadi kurus pula. Gembira betul dia, call semata-mata nak bagitahu dah kurus.

Habes? Apa pulak cerita kesan ESP Shaklee buat badan gemuk?



Macam ni ceritanya. ESP Shaklee kandungan majornya adalah protein. Protein dan karbohidrat ada jumlah kalori yang sama.

Salah satu perkara paling penting nak kurus adalah tahu berapa had kalori sehari. Bagi wanita dewasa 1600-2000 kalori adalah ideal. Dan lelaki 2000-2500z lebih kalori boleh membuatkan berat badan bertambah.

Tahukah anda yang 3 sudu ESP berjumlah 105 kalori. Dan sebaiknya jumlah maksimum ESP sehari adalah 3 sudu besar sahaja. Tidak lebih.

Jadi sini dah jelas ESP bukanlah penyebab badan gemuk. Tapi pengambilan yang kurang tepatlah yang membuatkan badan jadi gemuk.

Contoh cara pengambilan yang kurang baik. Shake ESP di rumah dengan susu. Kemudian sampai di pejabat, makan pula sepinggan nasi lemak, dan air pula teh tarik. Waktu makan tengahari pula ambil 'complete dishes', contoh nasi sepinggan, lauk ayam kari, sayur dan buah tembikai. Agak-agak dah berapa jumlah kalori di ambil waktu ini? 

Hanya selepas makan tengahari, kalori yabg terkumpul sudahpun melebihi 1500 kalori. Ini tak masuk lagi, keropok atau kerepek yang dikunyah waktu bekerja. Nah tambah pula dengan makan malam. Jumlah keseluruhan secara purata adalah 3000 kalori. Lebih 1000 kalori dari jumlah yang sepatutnya diambil. 

Kemana kalori lebih pergi? Ia akan berkumpul menjadi lemak, maka sebab itulah berat badan bertambah. Atau mudah bicara gemuk. 

Kata kesan ESP Shaklee beri rasa kenyang? Ya itu betul. Tapi ianya tak mengawal selera makan anda yang menggunung. Ada cara nak kawal selera makan yang buas. Telan sahaja Alfalfa Complex, biarpun makanan kegemaran melintas, anda waras untuk tak makan lagi.

Mahu kawal berat kena 'aware' apa yang patut dan tak patut di buat. Usah ambil makanan berat selepas ESP. Jika anda merasa lapar, maka ambillah sekeping roti. Bukanlah sepinggan nasi lemak. Jadilah bijak untuk memilih.

Kesan ESP Shaklee bergantung kepada cara pengambilan. Kurang tepat, boleh bawa kesan yang tak dimahukan. Nak kurus, tapi ambil cara nak tambah berat badan. Maka tak tercapailah matlamat. 

Bagi yang kurus dan mahu tambah berat, bolehlah pilih cara ambil ESP Shaklee selepas makan berat. Ia akan menambahkan jumlah kalori untuk tambah berat.

Jadi ya, kesan ESP Shaklee boleh menyebabkan naik berat. Sebaiknya dapatkan konsuktasi dari pengedar sebelum anda mula makan ESP.

Jika anda disekitar Ampang servis COD diberikan. Dan ada tawaran hebat untuk anda. 

Promosi ESP PERCUMA 1 masih lagi berlangsung. Jika anda berminat bolehlah buat belian sekarang. Anda akan dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA. Dan bakal dapat CASH BONUS pada bulan hadapan. Segera SMS/Whatsapp saya, Suriya di 016 773 1892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube