3 Negara Yang Teringin Dilawati: Cabaran Blog 44 Hari
Tuesday, October 14, 2014
Cabaran ke 6. Cerita pasal 3 negara yang teringin dilawati.
Melancong ke luar negara. Siapalah tak suka kan? Masing-masing mesti ada wishlist negara mana nak pergi. Saya kagum dengan mak Shaklee saya, Mommy Lyna. Lebih dari 10 buah negara yang dia dan keluarga dah pergi.
Melancong ke luar negara. Siapalah tak suka kan? Masing-masing mesti ada wishlist negara mana nak pergi. Saya kagum dengan mak Shaklee saya, Mommy Lyna. Lebih dari 10 buah negara yang dia dan keluarga dah pergi.
Terbaru dia ke Cyprus. Sungguh minat style dia menjelajah dunia luar. Backpackers style. Impian saya juga nak jadi backpackers. Pusing satu dunia. Tengok betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Dan saya takkan pergi ke negara lain. Selagi kaki ini tak jejak Tanah Haram.
Selepas itu, sudah pasti New Zealand adalah negara kedua yang saya nak pergi. Sebab nature yang sangat cantik, stunning. Luas mata memandang.
Negara ke 3 yang saya mahu pergi adalah Italy. Dan saya pastikan yang saya dapat pergi ke sana secara PERCUMA. Trip ke Italy ini akan berlangsung pada tahun hadapan. Tajaan sepenuhnya oleh Shaklee. Khas untuk leader yang 'performed'. Dan sudah pastilah mahu pergi dengan en suami. Italy kan the most romantic city.
Target saya, mula tahun 2016. Dua negara akan dijelajah pada setiap tahun.
Angan-angan dulu. Percaya sebelum terjadi. Dan akhirnya, pasti dalam genggaman.
0 comments