'B' Lembik Bukan Tanda Susu Ibu Sikit

Friday, October 17, 2014

'B', cuba teka apakah dia? Selalu disalahkan dan dikatakan sebagai tanda susu ibu sikit. Walhal susu sikit atau banyak, tiadalah dengan kaitan 'B' lembik atau bengkak. Rasanya anda sudah boleh meneka apa itu 'B' bukan?

Ya betul ia adalah breast atau payudara. Susu banyak atau susu sikit tidaklah bergantung kepada keadaan fizikal payudara tersebut.

Jika payudara bengkak, usahlah bergembira sangat. Kerana ia bukanlah faktor anda bakal berjaya susukan anak. Payudara bengkak biasanya terjadi pada awal-awal bulan kelahiran bayi. Pada waktu ini payudara belum lagi 'sync' kepada keperluan dan permintaan.

Susu dihasilkan lebih banyak dari jumlah yang patut bayi minum. Dan mungkin juga susu tidak dikeluarkan dengan baik. Seperti bayi gemar tidur atau salah lekapan. Susu yang terkumpul itulah akan membuat payudara mula membengkak.

Jika dbiarkan, susu akan makin sukar untuk dikeluarkan.  Bengkak susu boleh menyebabkan ibu mengalami demam, dan sakit di bahagian payudara.

Salah satu cara nak melegakan atau memecahkan 'block duct' adalah meletakkan kobis. Atau boleh guna ais dan tuam. Juga ada cara yang lebih mudah iaitu mengambil 3 biji Lecithin Shaklee. Susu yang tersumbat, akan pecah. Kemudian akan melancarkan pengeluaran susu.

Kesan bengkak susu jika tak ditangani dengan baik, ianya akan menyebabkan susu ibu sikit. Ini berlaku kerana, badan telah menghantar signal ke otak bahawa lebihan susu telah dihasilkan. Dan perlu mengurangkan jumlah susu.

Oleh itu, sangat penting bagi ibu untuk kosongkan payudara dengan baik. Jika bekerja, tak perlu tunggu bengkak. Tapi pamlah ikut jadual, sekali setiap 2-3 jam. Jika di dalam pantang, sebaiknya jika bayi tak habis menyusu, ambil masa 10-15 minit untuk pam lebihan susu keluar.

Payudara yang selalu dikosongkan akan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Ubah tanggapan payudara bengkak tanda susu banyak.

Bengkak susu, atau payudara bengkak jarang berlaku bila umur bayi semakin bertambah. Ini kerana payudara sudah berjaya 'adapt' dengan jumlah permintaan susu. Ransangan dan kuantiti susu seimbang.


Kebiasaannya, payudara bengkak hanyalah berlaku pada awal-awal bulan kelahiran. Dan jika ibu dah beranak-beranak, maksudnya dah pernah lahirkan dan susukan anak. Jarang sekali bengkak nak dirasai.

Payudara yang bengkak banyak mengandungi foremilk. Iaitu susu cair yang kurang lemak. Dan jika menyusukan bayi waktu bengkak, kemungkinan besar bayi akan kembung perut. Kerana terpaksa laju-laju hisap susu. Dan perut bayi kenyang dengan air. Akhirnya menyebabkan bayi meragam.

Oleh itu, cubalah sebaiknya elak dari payudara bengkak, dan akhirnya masalah susu ibu sikit terjadi. Ingat kunci kepada kejayaan menyusukan anak adalah pengosongan payudara secara berjadual.





You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube