Rumah Idaman Saya: Cabaran Blog 44 Hari

Monday, October 13, 2014

Salah satu cara nak dapat apa yang diidam adalah dengan berangan dulu. Mimpi puas-puas. Pernah terbaca, berimpianlah, kerana Allah swt akan memeluknya.

Lagi pun hidup takde impian kosong.Ting, ting, macam tin kosong.

Tak kena bayar pun. Sebelum tidur tu bayangkanlah apa yang dimahukan. Dari fikir masalah dunia yang tak sudah-sudah, seperti MB Selangor sekarang atau minyak naik...oppss...hahahahha. Baiklah berangan.

Saya nak share, juga menyahut cabaran blog 44 hari yang ke 4. Tajuknya Rumah Idaman Saya.

Saya ni jiwa halus, bukan orang halus. Bahahaha. Cakap sikit, gelak..apehal! 

Jadi saya suka rumah tepi pantai. Tapi mesti ada konsep modern. Perghh bayangkan, bangun pagi selak langir, nampak lautan luas yang membiru. Siap ada kicau burung lagi. Aduh, bestnya. 

Bau laut yang masin-masin. Kang petang bila redup, bentang kain, bawa bekal, duduk bermesra bersama suami dan anak-anak. Kaki yang menyentuh pasir yang halus. Dan lagi best, pantai private. Jadi senanglah nak memandi, terbela auratku.

Iskk...best betul.

Cakap banyak pun tak guna. Jadi tengokkan rumah idaman ku. Dalam genggaman 10 tahun dari sekarang.

Saya belanja gambar dulu. kang dah ada rumah idaman ni, saya jemput datang, main air. Okeh?





 


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube