Resepi Donut Asli Paling Mudah, Guna Tangan Je
Thursday, October 30, 2014
Tak pernah seumur hidup buat donut. Sebab rasa payah je Resepi Donut Mudah ni. Tulah manusia tak try lagi dah kata susah.
Padahal dah buat. Ek eleh gila senang.
Yang boleh jadi buat donut ni sebab anaklah. Mak-mak ni asal buat sesuatu je sebab anak kan? Asyik je anak nombor satu. Berhenti kerja pun sebab anak.
Si Sofhea lepas hantar kakak sekolah singgah kedai jual kueh. Belikan 2 biji donut. Mak aih suka beno dia makan.
Jadi dah macam tu, trylah Google Resepi Donut Mudah. Ada macam-macam cara. Tapi of course lah pilih yang paling tak banyak bahan dan paling senang lah dipilih.
Ambik sini sikit, ambik sana sikit. Maka lahirlah donut versi saya. Kali pertama buat tak berapa ok. Sebab uli sekejapan sangat. Doh tak mesra lagi.
Kembung tinggi, bila buka tutup kempis balik. Hahahahhah.
Kali kedua perfect dah. Siap ibu puji lagi, lembut katanya. Kembang tau.
Bahan:
- 4 cawan tepung
- 1 peket mauripan
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil gula
- 4 sudu besar minyak
- 2 sudu besar susu tepung
- 1/2 cawan air suam
- Air suam secukupnya
Cara:
- Bancuh yis dengan air suam 1/2 cawan. Godak sampai larut. Dan tepikan.
- Tepung tu ayak dulu. Dan tepikan.
- Lepas tu ambil besen, masukkan tepung, gula, garam, susu tepung dan gaul.
- Masukkan bancuhan yis tadi dan uli.
- Teruskan masukkan air sikit-sikit dan uli.
- Pastikan uli sampai doh tak melekat kat tangan.
- Lepas tu biarkan 45-60 minit.
- Dan lepas waktu menunggu. Bolehlah mula buat bentuk donat.
- Ambil sikit doh, ikutlah nak besar ke kecik. Bulatkan, kemudian tekan bagi leper sedikit. Basahkan jari. Dan cucuklah di tengah-tengah untuk buat lubang.
Trick: Buat dulu bulat kecil sampai habis doh. Lepas tu barulah lubangkan. Cepat kerja.
Hah amacam terasa tak betapa mudahnya Resepi Donut Mudah ni.
Oh lupa.
Dah siap tu bolehlah goreng. Tak nak serap minyak, tak payah balik banyak kali. Sekali dua je. Akhir sekali taburlah gula. Takpun letakkan topping ikut suka korang.
Kalau korang ada Mealshake kat rumah, boleh lah tabur sekali. Bubuh susu pekat atas donut, taburlah sikit Mealshake tu. Kut lah kalau korang dah habis idea nak bagi anak minum Mealshake sebab anak korang susah makan. Tak pun sembelit.
Kalau korang ada Mealshake kat rumah, boleh lah tabur sekali. Bubuh susu pekat atas donut, taburlah sikit Mealshake tu. Kut lah kalau korang dah habis idea nak bagi anak minum Mealshake sebab anak korang susah makan. Tak pun sembelit.
Adunan doh ni banyak. So boleh simpan buat frozen. Gorengkan sekejap, beberapa saat je. Sejukkan. Letak dalam bekas. Dan simpan kat tempat beku.
Jadi bila-bila anak nak donut. Keluarkan dan terus goreng.
Korang trylah Resepi Donut Mudah nie. Boleh buat sarapan. Minum petang. Lawan pulak dengan teh o panas. Wohoo nikmat.
1 comments
Terima kasih resepi.. Dh try dh... Gebu sgt2
ReplyDelete