Tips Bisnes
Cara Urus Bisnes Dari Rumah Dengan Anak 3 Laki Takde Di Rumah
Wednesday, October 29, 2014
Wahh kau, panjang tajuk. Sajalah nak share cara saya bisnes dari rumah. Kutlah ada yang sama nasib dengan saya.
Nak bisnes dari rumah, tapi anak ramai. Tambah masalah suami kerja jauh. Ish boleh ke nak cope?
Nak kerjakan rumah lagi, hal anak-anak lagi. Nak bisnes lagi? Ish..macam tak boleh jek.
Jawapan saya boleh jek. Alah, kan kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita.
Paling penting mind setting. Kalau kita kata boleh. Maka bisnes dari rumah, walau anak sepuluh pun masih boleh berjaya.
Semua orang ada 24 jam. Tapi tak ke pelik bila ada orang yang boleh buat macam-macam. Dan masa dia selalu cukup.
Dan ada jugak orang yang buat tah hapa-hapa. Tapi selalu komplen masa tak cukup. Tak sempatlah. Sibuklah.
Masa nie pun hamba Allah juga. Kalau kita jaga dan urus dengan baik. Walau 1001 macam bende nak buat pun boleh selesai.
Tapi biasalah, awal-awal memang susah sikit. Tapi bila dah selalu buat, kacang puteh je. Hehehehe.
Bangun kenalah awal. Sebelum azan Subuh saya dah bangun. Time ni lah 'me time' saya. Paling penting waktu ni saya dah plan apa nak buat esok.
Bila dah ada plan senanglah nak kerja dan urus masa. Tinggal buat je one by one.
Anak sulung dah sekolah. Sejak jadi WAHM nie. Dan suami pulak takde. Urusan dari nak kejut tidur, sampailah hantar ke sekolah semua saya buat.
Ada masa smooth je. Tapi time dia buat cerita hindi. Mahu mendidih gak darah nie. Tapi saya tahan. Slow down, cakap elok-elok. Dan finally dia pergi sekolah dengan gembiranya.
A ah, saya angkut lagi 2 orang anak saya sama-sama hantar kakak. Takkan nak tinggal. Dahlah takde sesapa kat rumah.
Balik hantar kakak. Time tulah saya setelkan adik-adik dia. Sempatlah masuk SOHO sekejap, update apa yang patut. Tak pun setelkan order customer.
Sekejap je boleh setel. Sebab Shaklee ada servis online. Tak sampai 10 minit. Siap semua. Barang yang customer order, Shaklee yang bungkus dan hantar.
Lepas tu Dhuha kejap. Inilah rahsia nak berjaya dalam bisnes. Dhuha jangan tinggal. 2 rakaat je pun. Doa tak hafal? Alah, Internet kan ada. Tak pun, doalah sendiri.
Lepas tu pergi dapur masak. Saya tak suka lama-lama kat dapur. Jadi saya suka buat resepi yang simple. Macam singgang ke, ayam kicap ke. Masa yang lebih, boleh allocate buat bende lain.
Siap. Saya pun pergi ambil kakak. Sampai rumah, its a lunch time. Sempatlah saya lelap mata 10 minit sebelum zuhur.
Azan masuk je. Terus solat. Solat awal buat kita rasa waktu lebih panjang. Masa lebih berkat.
Tak percaya? Cuba buat. Serious rasa lain sangat.
Selesai solat. Masuk balik SOHO, sambung kerja bisnes dari rumah. Dalam 2 jam gitu.
Anak-anak tak datang kacau ke?
Dah nama kerja dari rumah. Wajiblah acara anak-anak nak suruh ibu buat macam-macam.
Nak mewarnalah, ajak baca bukulah. Yang kecik, dah sahlah ajak menyusu. Pesen dia nak susu sambil baring. Jadi apa saya buat?
Layankan permintaan anak-anak. Sebab anak lagi penting dari bisnes. Dan saya suka nak kata, time inilah yang paling memerlukan kuasa multitasking. Contoh, update blog sambil susukan anak. Atau layan customer sambil main warna-warna.
Sebab itulah 90% urusan bisnes dari rumah saya menggunakan smart phone. Takde masa nak duduk mengadap laptop.
Hanya dengan smart phone, saya boleh update blog, update FB, IG & Twitter. Buat poster Shaklee. Coach anak-anak Shaklee saya. Layan customer.
Sambil-sambil saya layan anak-anak betul saya. Minat nak tahu macam mana saya boleh buat bisnes Shaklee dengan hanya guna smart phone? Marilah SMS/Whatsapp saya di 016 773 1892.
Petang kalau sempat bawa anak-anak swimming atau main kat playground. Takpun waktu ni saya kemas ruma
Sebelum Marghrib, anak-anak dah siap mandi dan makan. 1 jam lepas Isyak ajar anak Iqra' dan 'learning time'. TV? Kadang buka, kadang tutup. Anak lagi fokus.
Pukul 10 dah ajak anak-anak tidur. Sambil nak tidurkan diaorang, adalah juga terlelap kejap. Lepas tu bangun. Inilah masanya untuk fokus, masa untuk bisnes dari rumah. Boleh duduk elok-elok mengadap laptop.
Memanglah betul tak cukup tidur. Tapi rasa seronok bila dapat selesaikan semua yang dirancang.
Takpelah nak kaya berjaya. Mestilah ada pengorbanan. Saya korbankan kesukaan saya tengok tv dan tidur.
Sebab saya sanggup korban? Kerana hasilnya manis sangat bila dapat tolong orang yang ada masalah kesihatan. Bantu orang untuk jadi lebih sihat. Bonus Shaklee pun masyuk. Sebab itulah boleh buat saya yakin untyk berhenti kerja. Jadi WAHM.
Lega sangat sekarang anak-anak depan mata. Kita yang urus sendiri. Dapat suap nasi kat diaorang. Kalau dulu kesian kecik-kecik dah kena struggle kat nursery. Anak tak sihat, pening nak cuti. Cuti tak banyak. Sekarang tak payah apply cuti dah. Seronok!
Terpaksa letak anak bawah jagaan orang lain. Terpaksa juga percaya, anak-anak baik-baik saja.
Life is about choice. And what you choose is your responsibility.
Saya pilih jadi WAHM dan buat bisnes dari rumah. Dah sudah semestinyalah Shaklee pilihan bisnes saya. Shaklee bisnes dari rumah yang paling senang dan best. Tak perlu ada kemahiran bisnes untuk mula.
Cukup sekadar hati yang mahu cuba lakukan dan komited.
Cukup sekadar hati yang mahu cuba lakukan dan komited.
Nak join saya buat bisnes dari rumah? SMS/ Whatsapp saya, Suriya di 016 773 1892 SEKARANG!