3 Tips Elak Buat Dosa Di Media Social Supaya Peluang Ke Syurga Lebih Cerah

Friday, August 21, 2015

Di hari Jumaat nan indah ini, MakDara (MD) rasa terpanggil nak kongsikan pasal dosa ni. Bukan apa zaman media social ni, peluang nak buat dosa tu lagi mudah.

Yelah, ada kes jadi baru-baru ni.

Terjadi dekat closed group FB, Mak Tak Marah Anak. Dan nak dijadikan cerita MD salah seorang admin. Pening juga macam mana nak selesaikan masalah viral ni.

Dalam group ni, biasanya mak-mak akan kongsikan pasal perasan dan tips nak tangani anak dengan lebih baik. Jadi sesuailah dengan nama group tu, Mak Tak Marah Anak.


Sebarang gambar atau post dalam group ini hanyalah untuk ahli group saja. Tapi ada pula yang bawa keluar, ada hasilnya viral.

Kalau viralnya jadi positif takpe. Tapi jadi negatif sangat, sampai empunya gambar tertekan. Alhamdulillah berkat usaha semua orang yang terlibat, gambar tu telah pun 'diunviralkan'. Lega sangat.

Dosa dan pahala zaman ni, kat hujung jari je. Jadi kita pandai-pandailah pilih nak ke syurga ke neraka.

3 Tips Elak Buat Dosa Di Media Social Supaya Peluang Ke Syurga Lebih Cerah





1- Jangan Pantas Sangat

Kita kadang mulut ke tangan lagi pantas dari otak. Tak sempat nak analisa, tengok orang Like dan Share, kita pun macam automatik je terus buat benda yang sama.

Orang komen A, kita pun komen A. Padahal yang kita tahu 0.00000000001% je dari cerita sebenar.

Bila tengok status ke gambar sensasi, fikir dulu. Patut ke tak nak tekan apa-apa butang Like ke Share.

Paling senang tanya diri 'agak kalau aku share ni dapat pahala tak?'. Kalau jawapannya tak, jadi hentikanlah serta merta.

Kalau korang dah gian sangat nak tekan butang Like ke Share, pergi cari status pasal minta bantuan ke minta derma. Yang ni nak Like dan Share sejuta kali pun takpe.

2- Siasat Dulu

Takkan baru tengok satu status ke satu gambar terus kita nak buat kesimpulan. Jangan buat begitu.

Kalau rajin, korang pergilah siasat dulu.

Cari tahu sahih ke tak info ke gambar tu. Jangan main tekan je dua butang kat Facebook tu.

3- Fikir 10 Kali

Kenapa Allah SWT beri akal pada manusia? Untuk perhiasan kah?

Akal tu wajib digunakan untuk berfikir. Sebelum buat apa-apa fikir dahulu.

Jangan main terjah. Dah buat barulah sedar. Fikirlah 10 ke 20 kali sebelum buat apa-apa di media social. Baik update status ke, kongsi gambar ke. Apatah lagi Like ke Share ke Komen.

Fikir dulu baik-baik.

Dosa yang nyata pun dah banyak. Takkanlah kita senang-senang je nak tambah dosa kering. MD doakan moga semua dari kita ni ada peluang yang sungguh cerah untuk masuk syurga.

Ini akhir zaman, zaman fitnah dajjal. Jaga diri baik-baik ye semua.

You Might Also Like

1 comments

  1. terima kasih atas perkongsian...betul tu...sebaiknya fikir dulu sebelum buat apa2

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube