7 Tips Elak Puting Melecet Supaya Tak Trauma Susukan Anak
Tuesday, August 11, 2015
Sakitnya puting melecet hanya ibu yang dapat rasakan. Tapi sanggup ibu tahankan sakitnya tu. Tahu cara menyusukan anak belum tentu lagi dapat elak puting melecet.
Kerana seni menyusukan anak dapat dikuasai bila ia dilaksanakan. Hampir semua ibu yang susukan anak pernah alami masalah puting melecet ini.
Tapi jangan risau, ada tips yang dapat membantu ibu atasi masalah puting merekah ini.
7 Tips Elak Puting Melecet Supaya Tak Trauma Susukan Anak
1. Sedia Tuala
Pastikan ia tuala bersih dan letakkan hampir dengan ibu. Bila anak habis menyusu, pasti ibu mahu lapkan lebihan susu. Lapkan perlahan dan keringkan kawasan di sekitar payudara.
2. Guna 'Nipple Butter'
Antara yang paling best adalah Earth Mama Natural Nipple Butter. Bila disapukan, terus rasa kelegaan. Selain dari menjadikan puting lembut, ia juga melembapkan dan merawat luka melecet.
Jangan risau kerana ianya selamat untuk bayi. Tidak perlu basuh atau lap sebelum menyusukan anak. Sapukan apabila sesi penyusuan selesai dan relax.
Oh jika anda sukakan DIY, disini ada resepi membuat nipple butter.
3. Gel Pads
Must have item bagi ibu yang menyusukan anak. Soothies Gel Pads from Lansinoh adalah penyelamat segera selepas sesi penyusuan yang aggresif.
Kesejukan pada gel pads ini beri rasa kelegaan. Boleh dapatkan gel pads ini di applecrumbyandfish.
4. Breast Pad Guna Semula
Ya, gunalah yang boleh dibasuh dan guna semula. Ini kerana disposable breast pad mengandungi gel di bahagian tengahnya dan menyebabkan alergik.
Ia akan menyebabkan puting menjadi merah dan sakit. Jadi jika ibu ada mengalami masalah ini, sila cek samaada ibu guna disposable breast pad atau tidak.
Jika ya, tukarlah kepada breast pad yang boleh diguna semula. Boleh dapatkan di onebabyworld.com
5. Guna Nursing Bra Terbaik
Jangan asal tangkap muat, kerana nursing bra yang baik sangat membantu elak puting melecet. Kerana ia memberikan sokongan yang baik.
Selain itu juga pastikan ianya selesa dan tidak berdawai. Nursing bra yang tiada dawai dapat mengurangkan masalah payudara tersumbat.
6. Pakai Bra Semasa Tidur
Siapalah yang perlukan bra ketika tidur. Tapi ibu perlukan sesuatu yang dapat lekapkan breast pad. Melainkan ibu suka tidur bersama kolam air susu. :P
Lebih-lebih lagi pada bulan-bulan awal kelahiran bayi. Waktu itu supply susu sentiasa banyak. Breast pada dapat menyelamatkan keadaan.
Tapi pastikan ibu guna sleep bra yang selesa.
7. Dapatkan Nursing Pillow
Mungkin ramai ibu yang tak tahu kelebihan nursing pillow ini. Ianya dapat meletakkan bayi pada kedudukan yang paling baik ketika menyusu. Tidak terlalu dekat ataupun terlalu jauh.
Oleh itu kebarangkalian untuk lekapan yang baik lebih tinggi. Lekapan mulut bayi yang baik dapat mengelakkan risiko puting melecet.
Dan satu lagi tips yang paling special adalah KEEP ON BREASTFEEDING.
Walau betapa pun sakitnya, teruskan menyusu. Kerana itu sahaja yang dapat membuat puting menjadi semakin kenyal dan tahan lasak.
Ikut saja tips elak puting melecet ini. Supaya ibu dapat terus menyusukan anak dan paling penting tak trauma.
0 comments