5 Tips Susukan Bayi Meragam Susu Tak Lancar Supaya 'Breast' Tak Besar Sebelah
Tuesday, August 25, 2015
Salah satu sebab popular bayi meragam adalah kerana susu tak lancar. Samaada pancutan susu terlalu laju atau perlahan. Dan mungkin juga supply susu sedikit.
Disebabkan itulah bayi mula memilih belah payudara yang digemari. Bila cuba disusukan pada belah yang dia tak suka, mulalah bayi meragam dan mengamuk.
Menyusu dari satu belah payudara, akan menyebabkan payudara tak seimbang. Satu kecil dan satu besar. Ini akan membuat ibu mula berasa tak selesa. Dan tak yakin dengan penampilan.
Dan yang lebih serious lagi, 'favorite breast' ini juga menjadi punca kepada susu yang semakin berkurangan. Apabila kurang ransangan, maka makin kuranglah susu yang hasilkan.
Bila mengepam susu, belah yang bayi gemar dapat banyak. Tapi yang sebelah lagi hampa.
Jadi apa nak buat, supaya bayi tak meragam dan menyusu pada kedua belah payudara? Tak nak lah, breast besar sebelah.
5 Tips Susukan Bayi Meragam Susu Tak Lancar Supaya 'Breast' Tak Besar Sebelah
Ada cara untuk atasi masalah bayi meragam sebab susu tak lancar ini. Paling penting jangan paksa bayi untuk menyusu. Tapi pujuklah dia. Boleh cuba 5 tips di bawah:
1- Susukan Ketika Bayi Mamai
Ya dikala bayi sedar dan tak sedar. Biasanya ketika bayi mula bangun tidur, atau pun diwaktu bayi mula mengantuk.
Perlahan-lahan suakan payudara yang bayi tak gemar. Pada waktu ini, bayi lebih mudah menyusu. Sua saja, dia akan tangkap dan mula menyusu. Tindakan bayi lebih spontan.
2- Ubah Posisi Penyusuan
Mulakan pada payudara yang bayi tak gemari. Pegang bayi dengan posisi 'cradle hold'. Dan apabila berlaku pancutan refleks, alihkan bayi ke payudara yang digemari tanpa ubah kedudukan kepalanya.
Letakkan bayi pada posisi 'football hold'. Atau apa saja posisi yang bersesuaian dengan keadaan ibu dan bayi.
3- Suasana Tenang
Suasana juga mempengaruhi mood bayi untuk menyusu. Pastikan mula susukan bayi di bilik atau ruang yang tenang.
Pastikan tv tak terlalu kuat. Dan jika ada anak-anak yang lebih besar, minta bantuan suami untuk bermain dengan mereka di ruangan lain.
Sunyi dan sepi akan buat bayi lebih tenang.
4- Menyusu Sambil Berjalan-jalan
Bila jadi ibu, makanya kadar kreativiti juga perlu ditingkatkan.
Cuba susukan bayi sambil berjalan-jalan di dalam rumah. Cuba menyanyi dengan lembut, kerana bayi meragam boleh jadi tenang bila dengar suara ibunya. Atau lebih baik lagi, alunkan selawat atau zikir-zikir.
Dengan cara ini, bayi jadi leka dan dapat menerima dan menyusu pada payudara yang tak digemari tadi.
5- Kenali Kesukaan Bayi
Ibu lebih arif tentang bayinya. Kenali bayi samaada dia lebih gemarkan aliran susu yang laju atau perlahan.
Jika dia gemarkan aliran laju, maka lakukan urutan 'breast compression' semasa menyusu.
Dan jika bayi gemarkan yang perlahan, kepit bahagian aerola dengan cara 'scissor hold'. Ia akan menjadikan aliran susu perlahan.
Tiada apa yang mudah bagi perkara baru. Termasuklah menyusukan anak. Tapi yang penting ibu mesti kuat semangat dan sabar.
Teruskan usaha menyusukan anak, tambahkan ilmu penyusuan dan paling penting berdoalah supaya dapat capai target menyusukan anak.
Selain itu, bagi mengatasi bayi meragam akibat susu sedikit. Ibu boleh mengepam susu bagi menambah ransangan dan menjadikan susu bertambah.
Boleh mengepam bila bayi sudah menyusu. Atau ketika bayi tidur. Insyaallah, sedikit masa lagi bayi akan menyusu pada kedua-dua payudara tanpa masalah.
Dan tiada lagi masalah 'breast' berat sebelah.
1 comments
dah 2 thn tinggal susu ibu ni.. kalo ada 3rd baby kena bnyak baca balik.. :) salam perkenalan
ReplyDelete