Anemia Ketika Hamil Sampai Masuk Hospital, Apa Nak Buat?

Friday, March 06, 2015

Masalah anemia ketika hamil adalah masalah biasa bagi ibu mengandung. Tapi ia bukan sesuatu yang remeh. Kerana anemia teruk bukan saja menyebabkan anda masuk hospital, perkembagan bayi dalam kandungan turut terjejas. 


Sehingga boleh menyebabkan risiko komplikasi ketika melahirkan. Dan risiko lain seperti bayi lahir tak cukup bulan.

Bagaimana Cara Atasi Anemia Ketika Hamil?



Hampir semua ibu yang mengandung mengalami risiko anemia. Biasanya anemia ini disebabkan oleh kekurangan vitamin dan mineral dalam badan, seperti:
  • zat besi
  • asid folik
  • vitamin B12
  • kehilangan darah semasa mengandung juga adalah penyebab anemia ketika hamil ini

Saya juga salah seorang ibu yang ada anemia semasa mengandung anak pertama. Sampaikan doktor risau tengok perkembangan bayi yang tak cantik. Obimin, vitamin kehamilan yang doktor bagi tak pernah saya skip kut. Siap kena makan pil zat besi lagi.

Tapi berat bayi masa 8 bulan mengandung masih 1.5kg sahaja. Dan masa nak dekat bersalin pun beratnya cuma 2.2kg saja.

Sampaikan hospital swasta tak mahu terima saya bersalin. Terpaksa ke hospital kerajaan. Anemia yang saya alami menyebbakan saya mengalami komplikasi teruk semasa nak melahirkan. 

Sakit kontraksi yang keterlaluan, tapi jalan tak buka. Darah banyak sangat keluar masa nak tunggu kontraksi bayi keluar. Sehingga doktor terpaksa berikan 'induce' dari dos paling kecil hingga ke besar. Dan akhirnya doktor terpaksa berikan epidural kerana sakit kontraksi yang sangat-sangat. Sampai begitu sekali kesan anemia ketika hamil.

Dan paling mendebarkan hati, bila doktor kata 'kalau dos yang ini tak jalan juga, awak terpaksa c-sect'. Ya Allah takutnya masa tu, sudahlah sakit kat bawah. Nak tambah lagi bedah kat perut. 

Apa lagi yang boleh saya buat, cuma berserah bulat-bulat pada Allah SWT sajalah masa tu. Alhamdulillah lepas sakit kontraksi 12 jam, anak saya pun lahir.

Tapi kisah sedih tak habis di situ. Kerana anak saya lama sangat 'engaged' (sampai nurse boleh rasa rambut anak), dia dah tertelan banyak darah. Terpaksa masuk ke NICU.

Bayangkan jelah macam mana emosi saya masa tu. Dengan badan yang lemah gila. Dekat seminggu saya hanya mampu baring je. Berpantang tanpa anak di sisi. Sedih sangat rasanya kalau terkenang.

Sebab tulah kalau ada kawan atau saudara yang mengandung saya suruh atasi anemia ketika hamil ni cepat-cepat. Sebab saya tak nak diaorang pun kena macam saya.

Cara Kesan Anemia Ketika Hamil

1- Kulit, kuku dan bibir menjadi pucat
2- Merasa selalu letih
3- Nafas jadi pendek
4- Susah nak beri tumpuan
5- Pening

anemia ketika hamil, kehamilan dan anemia, anemia semasa mengandung, hb rendah ketika hamil, set hamil shaklee, set mengandung shaklee


Jika ada tanda begini waktu mengandung, segeralah jumpa doktor dan buat 'test' untuk anemia ni. HB darah yang rendah adalah tanda anemia.

Atasi Anemia di Awal Kehamilan

1- Pastikan makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ikan, sayur dan juga telur 
2- Banyakkan makan benda yang tinggi asid folik seperti sayur berdaun hijau dan kekacangan
3- Dan juga, ambil vitamin kehamilan yang baik. Jangan lupa untuk buat 'pre natal check up' untuk tahu kadar anemia.
Sumber: webmd.com

Nak order vitamin kehamilan, Whatsapp saya di 016 773 1892. Nak borak atau tanya-tanya pasal anemia pun boleh.

Jika anda nak terus beli vitamin kehamilan, bolehlah tekan butang 'Buy Now' di bawah. Pembelian yang mudah dan pantas menggunakan kad kredit atau debit.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube