Anda rasa patut ke ambil gambar sambil menyusukan anak? Mesti ada yang kata patut sebab mahu simpan buat kenangan. Atau nak tunjuk pada anak bila dia besar kelak. Ataupun sebarang 'awareness' supaya lebih ramai susukan anak.
Dan mestilah pula ada yang kata tak patut. Seolah-olah tak malu. Tidak jaga 'privacy' dan macam-macam lagi. Lagi parah bila ada pula yang anggap lucah.
Ada terbaca 'somewhere', zaman dulu menyusukan anak perkara biasa. Selamba je susukan anak tak kira tempat. Depan-depan orang pun selamba je. Zaman sekarang, bila ternampak perempuan susukan anak jadi pelik pula. Yang tengok tu macam nak terkam. Padahal sudah bertutup litup, bukan buat free show. Sebab itulah kempen 'Let's Normalize Breastfeeding' tercetus.
Salah satu cara berkongsi gambar menyusukan anak. Tak kisah gambar yang orang ambilkan atau selfie. Asalkan tiada aurat yang nampak dan niat untuk ajak lebih ramai ibu menyusukan anak, tiadalah salahnya. Gambar menyusukan anak dengan aurat terbela, satu juta lebih baik dari gambar perempuan yang tidak lindungi aurat.
Pelbagai momen menyusukan anak, tapi tak semua sempat diabadikan dalam gambar. Yelah, macam menyusukan anak sambil kacau gulai, menyusukan anak sambil iron baju, dan macam-macam lagilah. Yang pasti momen special itu pastinya melekat di hati ibu buat selamanya.
Jom lihat 5 Gambar Menyusukan Anak Paling Kontroversi!
Model terkenal dunia Giselle Bundchen menyusukan anak sambil kena make up, buat rambut juga menghias kuku.
Kegilaan apakah ini? Ada saksi yang kata gambar ibu di China ini menyusukan anak dengan hanya memegang sebelah 'handle' basikal. Ini bahaya.
Mesti kes anak dia dah boring menunggu dan lapar nak susu. Tapi gigi ibu belum selesai lagi. Terpaksalah menyusukan sambil buat gigi.
Don't breastfeeding and drive. Ini pun sangatlah bahaya. Tapi mungkin ada emergency kut, sampai terpaksa buat begini.
Fenomena selfie, gambar selfie menyusukan anak dah macam jadi trend sekarang. Lagi-lagi bila ramai artis yang dapat baby kongsi gambar selfie menyusukan anak.