Sakit Induce Bersalin: 12 Jam Terbaring Kebas
Wednesday, April 30, 2014
Pengalaman bersalin anak ketiga. Siapa sangka kena induce juga. Sakit induce bersalin ni hanya Allah yang tahu. Bagai dipintal diputar urat-urat yang dalam dalam perut, kaki, belakang dan sampaikan tak tahu lah dekat mana yang sakit.
Bukan nak takutkan bakal ibu yang nak bersalin. Tapi ini kenyataan, bersalin tanpa induce sangat indah. Lepas habis meneran, terus rasa ok. Terus rasa boleh berjalan macam biasa. Terus boleh susukan anak tanpa masalah.
Tapi itulah sudah takdirnya nak melahirkan putera sulung ni secara induce. Atas sebab placenta yang tidak berapa sihat. Maknanya baby pun kecil dalam perut, tak dapat zat dan nutrisi yang sepatutnya. Sebab itulah doktor suruh serah diri. Terus terbayang sakit induce bersalin. Sebab masa anak pertama pun induce. Tapi kali ini lebih mencabar.
Berikut kronologi nak meneran keluar sang putera:
- Pukul 3 pagi datang serah diri dekat Hospital Pantai Ampang.
- Lepas solat subuh, cepat-cepat nurse masukkan ubat induce.
- Sakit sikit-sikit dah rasa, sempatlah makan sikit biskut dan kurma.
- Pukul 10 sakit dah mula mengganas. Sakit sangat, sampai rasa, mungkin dah sampai masa aku.....
- Tengah hari, makin sakit. Jadi bila dah sakit tu, siapalah lalu nak makan. Lapar campur sakit induce.
- Akhirnya lepas bergelut hampir 8 jam, maka berjaya diteran si putera.
gambar baru lepas keluar perut ibu, fresh from OVEN |
Berat baby 2.51kg dan panjang 52cm. Bayangkan betapalah kurusnya dia. Sampai lekuk kat dada masa bernafas. Lelemak tak cukup. Dan tambah sedih bila baby ada sedikit komplikasi pernafasan.
Badan memang hilang daya dan tenaga. Habis diperah menahan sakit. Badan rasa kebas, numb. Tak rasa apa. Pipi pun rasa kembang, rasa bengkak. Nak pegang baby apatah lagi memang takde daya.
Masa kena tolak ke wad pun masih rasa kebas satu badan. Nak gerak badan pun tak daya. Makan pun bersuap. Pegang sudu nak suap nasi pun tak mampu. Suami yang tolong suapkan. Ikutkan selera memang takde. Tapi terfikir, kalau tak makan, macam mana nak ada susu. Jadi kuatkan diri untuk makan.
Lepas makan beberapa suap. Terus rebah balik. Sebelum suami balik, minta dia suapkan 4 biji Ostematrix. Sebab masa tu teringat salah satu fungsi Ostematrix menghilangkan lenguh sengal badan. Tawakal. Mula tidur pukul 9 malam.
Esok seawal 8 pagi sudah tersedar. Sebab teringat belum sempat tengok wajah baby puas-puas. Cuba untuk buka mata. Ok takde pening. Lepas itu, cuba duduk pula. Alhamdulillah ok. Cuba pula letak kaki dekat lantai, rasa dah hilang kebas. Terus cuba berdiri, rasa tak kebas langsung. Lepas tu, terus capai tuala, pergi mandi.
Alhamdulillah, hilang kebas semalam. Rasa fresh, macam semalam takde apa-apa yang berlaku. Dan nikmat paling indah, bila dapat dakap baby. Walaupun masa tu dia di NICU.
Tak lupa, sebelum breakfast saya ambil sebiji Zinc Complex, baik untuk percepat sembuhkan luka. Lepas breakfast saya ambil Vita Lea, B Complex dan Vita-C. Rutin Set Pantang Shaklee saya bermula dari hari pertama saya melahirkan bayi.
Saya perlu kuat dan cepat sembuh. Tak nak sakit induce sebab bersalin ni jadi penyebab saya tidak dapat susukan anak. Bayangkan kalau saya lemah, macam mana saya nak ulang alik ke NICU yang berada di tingkat bawah dan dihujung bangunan. Pastilah sukar. Dan lebih sedih jika susu pertama yang masuk ke dalam mulut anak saya adalah susu formula.
Ini cerita 7 bulan lepas, dan susu pertama yang anak saya minum adalah susu ibunya. Dan sampai sekarang dia masih menikmati susu ibu. Saya pula terus sambung Set Pantang Shaklee kepada Set Penyusuan Shaklee.
Nak cuba Ostematrix semasa pantang?
Jom Hubungi
iR Suriya Majid
016 773 1892
iR Suriya Majid
016 773 1892
0 comments