Kejang Kaki Semasa Hamil: 7 Cara Atasi!

Wednesday, April 02, 2014

Kejang kaki semasa hamil adalah perkara yang sering terjadi. Lenih-lebih lagi pada akhir kehamilan. Ada beberapa sebab mengapa ia boleh terjadi, tapi sebab paling popular adalah kurang pengambilan kalsium dalam diet harian.

Biasanya ibu akan kurang selera, dan membuatkan makanan yang diambil tidak seimbang. Dan bila sudah berselera, biasanya ibu gemar makan makanan yang terpilih sahaja. Ikut selera. Dan ada pula ibu yang susah untuk minum susu. Sumber utama kalsium salah satunya adalah susu. Jadi bila kurang minum susu, makanya kuranglah pengambilan kalsium yang sepatutnya. 

Tahukah yang ibu mengandung perlukan 1200-1500 mg kalsium setiap hari. Ini sangat diperlukan bukan saja untuk elak kaki kejang. Tapi yang lebih penting untuk perkembangan sihat bayi di dalam kandungan ibu. Juga kalsium yang cukup dapat elak risiko lahir bayi pra matang dan bayi tidak cukup berat.

Terdapat 7 Cara Mudah Untuk Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil

1-Pakai Stokin
Pilih stokin yang selesa. Atau lebih baik gunakan stokin sokongan. Sewaktu tidur malam hari sebaiknya pakailah stokin.

2-Senaman Regangan
Jadikan habit, sebelum tidur lakukan senaman ringan seperti regangan. Dapatkan bantuan suami jika tidak larat. Paling baik tolakkan ibu jari ke arah lutut, dan tolak tumit ke arah luar, sejauh yang mungkin.

cara regangan

3-Usah Berdiri Lama
Ini kerana berat badan semasa kehamilan akan menambahkan tekanan kepada kaki. Jadi elakkan berdiri untuk satu-satu masa yang lama.

4-Ambil Pil Kalsium
Salah satu cara yang paling mudah. Pilih kalsium yang ada kandungan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan. Ostematrix pil kalsium Shaklee mengandungi vitamin D, magnesium, cooper, boron dan zinc untuk penyerapan dan kesan yang lebih baik. Dan tablet Ostematrix permukaannya licin. Jadi mudah ditelan. Juga saiz tabletnya sederhana, mudah untuk proses menelan.

Pengambilan sebelum tidur akan membuatkan badan merasa lebih segar, kebas-kebas hilang, hilang lenguh badan, tiada kejang kaki dan juga proses pembuangan akan menjadi lebih baik.

5-Minum Air Yang Cukup
Air adalah elemen yang penting dalam kehidupan harian. Lebih-lebih lagi ibu yang hamil. Tapi usah pula minum sekali banyak, kerana ia hanya akan membuatkan badan mudah nyah hidrat. Tips minumlah apabila terasa haus. Usah tangguh. Air yang cukup juga membantu elak risiko kejang kaki semasa hamil.

6-Alas Kaki
Tinggikan kaki semasa tidur. Boleh gunakan bantal untuk buat alas. Membantu mengurangkan kejang kaki.

7-Urutan Pada Betis
Peluang untuk minta dimanjakan oleh suami. Minta bantuan dia untuk mengurut. Selain itu sentuhan suami dapat menghilangkan stress.

Cubalah 7 tips di atas, jika konsisten masalah kejang kaki semasa hamil dapat dielakkan. Jadikan kehamilan kali ini sebagai kehamilan yang terindah. Pilih untuk hamil dan sihat bertenaga dari kehamilan yang letih dan lesu.

Jika ibu gembira dan sihat, maka anak yang lahir pun akan turut gembira dan sihat. Begitulah juga sebaliknya. Apa yang ibu rasa, anak di dalam kandungan turut rasa. Usah berkira demi kesihatan diri dan anak yang dikandungkan. Katil idaman bayi boleh dibeli, inikan pula Ostematrix yang berharga RM61.00.

Nota: Khas untuk bulan ini, PROMOSI OSTEMATRIX, BELI 6 PERCUMA 1. Sangat sesuai untuk ibu yang hamil. Boleh simpan untuk stok bulanan. Tak payahlah pesan setiap bulan. Jimat kos penghantaran dan jimat RM61. 

Berminat? Jom bertindak sekarang Call.SMS.WhatsApp Suriya Majid di 016 773 1892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube