7 Tips Ibu Bekerja Jadi SuperMom!

Wednesday, April 16, 2014

Jadi ibu bukan mudah, tambahan jadi ibu bekerja. Tak kurang juga ibu yang sepenuh masa di rumah, tetap sibuk. Cuma kali ini nak fokus pada ibu yang bekerja. Sudahlah sibuk di tempat kerja. Balik pun masih tetap kena bersilat untuk yang tersayang. Nak masak, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur dan macam-macam lagilah. Tapi kadang-kadang, ada ibu yang jadi stress, super stress. Bila tak dapat nak kendalikan semua kerja-kerja sebagai seorang ibu. 

Saya juga seorang ibu dan bekerja. Dan saya tambah lagi cabaran untuk diri sendiri buat bisnes Shaklee. Anak saya ada tiga orang, termasuk seorang bayi. Dan saya jarang beli makanan dari luar. Seboleh mungkin saya masak. Dan saya tiada maid. Jadi saya buat sendiri, dan alhamdulillah saya ada suami yang rajin membantu.

'Habis tu suami saya tak tolong macam mana?' Usah buat alasan, kalau kita nak jadi terbaik, apa pun boleh. Walau apa jua cabarannya. Jadi saya kongsikan 7 Tips Khas Untuk Ibu Bekerja Menjadi SuperMom!

1-Rancang
Pernah dengar tak merancang boleh menyelamatkan hari anda. Kalau tak merancang, maknanya merancang untuk gagal. Samalah juga sebagai ibu. Kena ada perancangan. Ambil masa selepas subuh, ambil kertas dan sebatang pen. Buat senarai To Do List. Dan cuba sebaik mungkin untuk lakukan. 

Dan lagi baik jika buatkan jadual untuk senarai To Do List. Dari perkara kecil seperti lipat baju, hinggalah kepada perkara besar seperti kemas buku anak. Rancang, tulis dan buat.

2-Jangan Tangguh
Ya, anda sudah ada To Do List, sebagai contoh 9.00PM: lipat baju. Tapi dek kerana cerita best kat TV membuatkan anda tangguh 'takpe-takpe nanti pukul 10 lah lipat, sempat'. Sekali tiba pukul 10, anak menangis. Sudahlah tadi tangguh, sekarang terpaksa tangguh lagi. Dan akhirnya, anda gagal selesaikan semua perkara yang ada dalam To Do List anda. Jadi jangan tangguh. Buat saja.

3-Keutamaan
Teknik menyusun perkara mengikut keutamaan juga penting. Seperti sidai baju atau masak. Mana satu lebih penting? Anda kena timbang, ikut pada keadaan. Sidai baju kalau lambat baju lambat kering. Masak pula kalau lambat, kang nak dinner pukul 10 malam ke? 

Jadi pilih masak dulu. Kemudian selesaikanlah agenda lipat kain dan sebagainya. Baca sini untuk tips khas ibu bekerja dan menyusukan anak.

ibu berkerja dan tidak bekerja, ibu bekerja dan anak, ibu bekerja di rumah, ibu bekerja adalah, ibu bekerja tanpa pembantu, ibu bekerja dari rumah, ibu bekerja menyusui, ibu bekerjaya adalah, ibu bekerjaya tanpa pembantu, ibu bekerjaya dalam islam, ibu bekerjaya menurut islam, tips hebat penyusuan susu ibu bekerja, cara terselamat simpan susu ibu, tambah susu ibu bekerja


4-Kendali Stress
Tipu, kalau saya kata saya tidak stress. Stress tetap ada, yang penting cara anda kendalikan. Contoh, anda tengah sibuk berkungfu masak di dapur, anak minta air, tak sempat minum dah tumpah, air sirap pulak tuh. Pilih bagaimana anda kendalikan situasi ini, jerit dan marah anak, anak pun menangis teresak-esak, dan anda memasak dalam keadaan marah. Makanan yang tersedia pun penuh dengan kemarahan.

Atau, anda cakap elok-elok pada anak, lapkan air, tuangkan air sirap baru, anak minum dan gembira. Anda kembali masak, dan makanan yang tersedia pun penuh dengan kasih sayang. Pilihan di tangan anda. Ingat apa yang kita lakukan sekarang adalah penentu di masa hadapan.

5-Cari Penyelesaian
Bukan semua suami atau anak-anak membantu. Ada ketika anda kena buat seorang diri. Bayangkan, anda baru balik kerja. Anak menangis-nangis. Tapi anda kena sediakan makan malam. Jadi adakah anda pilih untuk marah-marah suami? Kenapa tak tolong saya?

Atau anda cuba pujuk anak, anak diam dan sudah boleh mula memasak. Atau jika anak masih menangis dan anda tak dapat masak, hubungi sajalah perkhidmatan penghantar makanan.

Bila ada cabaran timbul, selain dari marah. Adalah lagi baik cari jalan untuk selesaikan masalah.

6-Jaga Kesihatan
Anda kalau tak sihat apa jadi di rumah? Pastilah tunggang terbalikkan? Ibu umpama tiang seri di rumah. Ibu sakit, semua pun jadi serba tak kena. Jagalah kesihatan anda. Jaga diri, barulah boleh jaga keluarga.

Tambah-tambah lagi bila masuk 30-an, buat kerja sikit pun dah rasa penat sangat. Bila dah penat, semua benda boleh jadi pencetus kemarahan dan stress. Ambillah makanan tambahan, kesihatan anda terjaga dan kerja anda semua beres.

7-Hubungi Allah
Dalam pada kita sibuk sehari-hari, tahukah apa yang boleh mempermudahkan hari kita? Ia adalah Allah. Jika kita dekatkan diri dengan DIA, semua urusan kita akan menjadi lebih mudah. Solatlah di awal waktu. Dan jika ada masalah jangan mengadu di Facebook, tapi mengadulah dengan Allah.

Yakinlah bahawa Allah adalah penyelamat anda.

Ada 7 tips, kalaupun anda rasa susah nak buat semua. Lakukan dulu satu persatu. Take your time mom. Ibu bekerja tetap boleh jadi supermom kalau anda mahu. Paling penting, selalulah rasa untuk perbaiki diri. 

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube