Assalamualaikum,
Soalan yang kerap kali ditanya oleh ibu-ibu. Nak makan apa untuk banyakkan susu badan?
Sebenarnya bukan apa, tapi bagaimana mahu tingkatkan pengeluaran susu.
Perkara paling asas dalam menyusukan anak. Ibu-ibu mesti tahu bahawa ada satu perkara yang WAJIB dilakukan. Tanpa benda ini, susu memang akan suram. Akhirnya terus surut.
Nak tahu? Boleh tonton video di bawah:
Assalamulaikum,
Setiap kali bila dapat Whatsapp atau SMS dari ibu yang mahu relatasi susu ibu, hati Eray jadi tersentuh. Tersentuh, melihat kesungguhan mereka mahu menyusukan anak semula. Dan juga kekesalan mereka hentikan penyusuan dahulu.
Terdapat banyak faktor mereka hentikan penyusuan, antaranya tak cukup ilmu, tak dapat sokongan, terpaksa kembali bekerja dan susu tidak cukup. Tapi akhirnya, terdetik kembali di hati mereka mahu berikan susu ibu semula.
Cuma apa yang Eray khuatir mereka tak tahu apakah yang bakal mereka lalui. Relaktasi susu ibu tak semudah yang disangka. Tapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Oleh itu, Eray mahu kongsikan sedikit perkara berkaitan relaktasi susu ibu. Supaya membantu mereka mendapat gambaran relaktasi yang lebih jelas.
1. Fahami Relaktasi
Relaktasi susu ibu adalah proses penghasilan semula susu setelah berhenti menyusu atau mengepam. Bagi sesuatu tempoh tertentu.
Secara umumnya terdapat 2 perkara yang saling berkaitan untuk menjayakan relaktasi susu ibu. Pertama mengadakan semula susu ibu. Dan yang kedua membawa kembali anak menyusu pada payudara.
Jika kedua perkara ini dapat dilakukan, proses relaktasi pasti akan berjaya.
Satu kajian di dalam Journal of Tropical Pediatric menyatakan, 92% ibu berjaya relaktasi sepenuhnya dan 6% ibu berjaya relaktasi walaupun tidak sepenuhnya.
Lihat peratusan ibu yang berjaya, relaktasi susu ibu bukanlah sesuatu yang mustahil bukan?
2- Cara Relaktasi Susu Ibu
Mulakan untuk kembalikan anak menyusu di payudara. Mulut bayi adalah perangsang susu ibu yang paling baik. Ia mungkin memerlukan proses yang berulang-ulang kali.
Selain itu, anda boleh menggunakan pam susu bagi meransang susu terhasil. Cuba untuk pam 2-3 jam sekali. Dan jika anak menyusu, pam sebentar dalam 10 minit selepas penyusuan.
Bagi kes anak tidak mahu disusukan semula. Kerapkan skin-to-skin dengan bayi anda. Bukan saja dapat meransang hormon penyusuan, tetapi mungkin juga anak akan kembali menyusu. Apa kata cuba saja dulu?
3- Faktor Kejayaan Relaktasi
Ya anda boleh berjaya menyusukan anak semula. Cuma ianya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya usia bayi yang lebih muda, 'lactation gap' jarak antara berhenti menyusu dan relaktasi, kebersediaan bayi menyusu di payudara dan bantuan dari keluarga dan kawan-kawan.
Kesemua faktor di atas menjadi penentu samaada anda berjaya atau tidak.
4- Bila Susu Kembali Ada?
Nancy Mohrbacher, IBCLC menyarankan ibu-ibu yang mahu relaktasi untuk cuba proses ini dalam masa satu bulan.
Ada kemungkinan susu akan keluar semula lebih awal dari tempoh sebulan. Apa yang penting ibu mahu mulakan dan konsisten berusaha. Juga berdoa minta bantuan Allah SWT, kerana rezeki menyusukan anak adalah dariNya.
Ada kemungkinan susu akan keluar semula lebih awal dari tempoh sebulan. Apa yang penting ibu mahu mulakan dan konsisten berusaha. Juga berdoa minta bantuan Allah SWT, kerana rezeki menyusukan anak adalah dariNya.
5- Ukuran Kejayaan Relaktasi
Ini adalah sesuatu yang umum. Ianya berbeza antara satu ibu dan ibu yang lain. Ada yang dapat menyusukan kembali sepenuhnya.
Begitu juga ada ibu yang berjaya relaktasi tanpa menyusukan terus anaknya. Dan terdapat juga ibu yang hanya mahukan ikatan penyusuan susu ibu, tak kisahpun cukup atau tidak susunya.
Jadi apapun tujuan anda relaktasi, yakinlah ia adalah satu sifat yang sungguh murni. Bukti kasih sayang ibu kepada anaknya.
6- Dapatkan Sokongan
Tanpa sokongan kemungkinan besar relaktasi susu ibu tidak berjaya. Anda boleh merujuk kepada pakar laktasi, rakan penyusuan susu ibu atau mungkin rakan rapat yang juga menyusukan anak.
Usah sembunyikan keputusan relaktasi dari pasangan. Beritahu padanya dan minta dia menyokong keputusan yang telah anda buat.
7- Sebab Berhenti Menyusu
Ini juga perlu diambil kira. Anda perlu memikirkan kembali mengapa anda menghentikan penyusuan.
Sekiranya sebab puting luka dan sakit, maka belajarlah lekapan yang sempurna. Atau mungkin susu anda tidak cukup, maka belajarlah teknik untuk tambah penghasilan susu.
Jadi mengapa agaknya anda berhenti menyusukan?
8- Penggalak Susu Ibu atau Supplemen Penyusuan
Kedua benda ini bukanlah magic. Ia tidak akan membuatkan anda berjaya untuk relaktasi susu ibu tanpa berusaha.
Namun pengambilan penggalak susu dan supplemen penyusuan sangat penting. Ini kerana ia menyokong proses penghasilan susu semula. Sepanjang proses relaktasi ini anda pasti mengalami stress dan keletihan yang melampau.
Dan jika masalah ini dibiarkan, ia mempengaruhi proses relaktasi secara keseluruhan. Ditambah lagi susu anda yang masih belum keluar secukupnya. Mungkin anda akan putus asa dan berhenti untuk relaktasi.
Tapi Eray yakin, itu adalah perkara yang terakhir akan anda buat bukan? Anda pasti akan terus berusaha.
Kasih sayang ibu memang tiada tandingan. Sekalipun tidak dapat menyusukan semula, anda tetap ibu yang terbaik untuk anakmu. Jangan sesekali meraguinya.
Anda boleh WA Eray di 016 773 1892 jika anda perlukan supplemen penyusuan. Atau pun sekadar ingin berkongsi dan bertukar pengalaman menyusukan anak.
Disclaimer: ErayMajid bukanlah seorang pakar laktasi atau rakan penyusuan yang berdaftar. Dia hanyalah seorang ibu yang obses dengan penyusuan susu ibu dan berjaya menyusukan ketiga-tiga orang anaknya. Dan dia mahu membantu ibu-ibu lain, supaya akhirnya semakin ramai anak-anak disusukan dengan susu ibu.
breastfeeding
Ini Rahsia Saya Susu Badan Cukup, Sempurna Menyusukan Selama 2 Tahun
Wednesday, April 20, 2016Assalamulaikum,
Dua tahun tempoh menyusukan anak adalah satu tempoh yang panjang. Ramai ibu tak yakin susu badan cukup sampai usia anak dua tahun.
Jangan pernah ragu-ragu dengan rezeki dari Allah SWT. Yakin itu paling penting. Apa kata, kalau ibu-ibu cuba lakukan apa yang saya buat sepanjang tempoh menyusukan anak.
Alhamdulillah, sudah 3 orang anak saya berjaya susukan. Dan tak pernah lagi hadapi masalah susu tak cukup.
Inilah rahsia saya dapat menyusukan anak sempurna selama dua tahun. Dan susu badan saya cukup sepanjang tempoh tersebut.
1- Jangan Lepaskan Peluang Menyusukan Anak Selepas Melahirkan
48 jam awal selepas kelahiran bayi, adalah tempoh yang paling 'crucial'. Ia adalah antara satu faktor penting bagi menentukan kejayaan menyusukan bagi masa panjang.
Saya agak terkilan, sebab semasa anak pertama tak dapat susukan di seawal mungkin. Saya hanya boleh susukan dia, semasa umurnya sudahpun masuk 6 hari.
Akibat dari komplikasi tempoh kelahiran yang panjang. Terpaksalah dia bermalam 5 hari di NICU. Bayangkan sajalah bila di dalam wad, ibu-ibu lain sibuk menyusukan bayi. Saya pula seorang diri. Kalau korang di tempat saya, apakah rasa agaknya?
Menurut laman web askdrsears.com "Kajian telah menunjukkan bayi baru lahir dan mendapat sentuhan awal ibunya (mendakap atau diletakkan di atas dada ibu), akan lebih mahir belajar menyusu. Berbanding bayi yang telah dipisahkan dari ibu walaupun dua atau satu jam selepas lahir."
100% saya setuju dengan pernyataan di atas. Kekok! Dan bayi pun asyik nak tidur, tak nak menyusu. Saya hampir putus asa waktu itu.
Mujurlah suami banyak beri sokongan. Nurse di Hospital Ampang pun sangat baik, ajar saya bagaimana nak susukan anak yang asyik nak tidur. Waktu itu, kalau anak tak menyusu dia bakal di tahan lagi di NICU. Akhirnya, setelah bersusah payah menyusu juga anak saya buat kali pertama dalam hidupnya. Walaupun agak lambat, syukur susu badan cukup buatnya.
Itu yang bila anak kedua, saya tak sia-siakan peluang. Syukur sangat sebab Allah beri saya nikmat sihat dan segar walaupun baru lahirkan anak. Mungkin juga sebab saya ambil set lengkap hamil Shaklee.
Anak kedua saya pun sihat dan tiada sebarang masalah. Dapatlah saya merasai detik menyusu sejurus selepas melahirkannya. Terbukti, anak kedua ini lebih cepat pandai menyusu. Susu pun cepat saja penuh, walaupun lama menyusukan anak.
2- Susukan Anak Sepanjang Waktu
Mungkin agak lucu dan macam mustahil. Tapi inilah yang saya lakukan. Lagi-lagilah bila susu saya lambat dirangsang semasa anak pertama.
Saya yakin lebih kerap saya mendakap dan menyusukan bayi (walaupun saya tahu bukannya dia nak menyusu sangat pun), kuantiti susu saya juga akan meningkat. Kena pula anak saya yang pertama jenis suka mengempeng.
Bila nak diletakkan atas tilam saja, mulalah dia berdrama. Ada tak bayi korang yang begini juga? Teruk dramanya, menangis macam kena dera. Bila ibu saya cuba dukung dan dodoi pun dia melalak lagi. Asal saya yang dukung, barulah tenang sedikit. Selagi dia tak bersua dengan 'makanan kesayangan' dia, selagi itulah resah gelisah. Hebat betul deria bau bayi kan
Stress? Memang saya stress. Terpaksalah saya menyusukan dia hampir sepanjang masa. Termasuk di waktu malam hari.
Nak tahu apa yang saya buat? Saya selakkan siap-siap baju yang saya pakai. Bayi saya tak bedungkan, saya tiarapkan dia di atas badan saya. Jadi bila-bila masa dia nak menyusu, breast is on!
Tapi jangan lupakan bab keselamatan kalau korang pun nak cuba. Pastikan korang baring di tempat yang tak tinggi. Dan paling penting, jangan cuba untuk tidur mati. Minta tolong juga ibu atau suami tengokkan keadaan korang dan bayi.
Memang tidak menentu waktu tidur saya semasa pantang. Tapi inilah pengorbanan seorang ibu. Saya yakin, korang juga sanggup lakukan apa saja untuk kebaikan di anak bukan?
Tak perlu tunggu 2-3 jam sekali untuk menyusukan anak. Asalkan nampak tanda-tanda dia nak menyusu, beri sajalah. Ya memang memenatkan. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu yang akan terhasil tau. Jadi bertabah sajalah.
3-Pam Susu On Time
Semasa dalam pantang lagi saya sudahpun mula mengepam susu. Sebab saya tahu, perlu ada stok EBM untuk masa-masa runcing. Manalah tahu, tiba-tiba susu drop! Beri susu formula bukanlah pilihan untuk saya.
Saya mesti pastikan susu badan cukup, supaya anak saya hanya minum susu ibunya. Biarlah walaupun stok EBM yang beku. Ianya tetap susu ibu.
Biasa saya mengepam susu selepas anak tidur kekenyangan lepas menyusu. Tak lama pun, dalam 10 minit saja. Kebanyakkannya saya hanya dapat 1/2 oz saja.
Tapi saya tak kisah, sebab yang lebih penting saya berikan lebih ransangan supaya lebih banyak susu yang terhasil. Sekali lagi saya pmm di waktu tengah malam. Hormon penghasilan susu sangat tinggi waktu ini. Kalau korang nak tingkatkan penghasilan susu, cubalah cara ini.
Kemudian bila saya masuk kerja, saya akan pam mengikut jadual mengepam yang saya telah sediakan. 2-3 jam sekali saya mesti mengepam. Walaupun sibuk, saya cuba sebaiknya.
Ada satu ketika tu, saya terpaksa pam di meja kerja. Kerja kena submit, tak pam nanti susu drop. Pandai-pandailah saya cover masa tu. Tahu tak saya kerap juga mengepam semasa memandu. Mesti ada antara korang pun pernah buat benda yang samakan.
Duduk di KL, jem tak menentu. Patutnya 6.30 saya sudahpun balik dan tengah menyusukan anak. Tapi sebab terperangkap dalam jem, maka saya pam juga.
Selain dari mengepam di pejabat, saya juga mengepam susu di rumah. Jangan risau, susu badan cukup untuk anak hisap dan dijadikan stok esok hari.
Sebelum tidur saya mesti mengepam sekali. Dan sekali lagi di awal pagi, dalam pukul 4.30 - 5.30 pagi.
Culas atau mengelat mengepam susu hanya akan membuatkan susu drop. Dan akan bermulalah masalah susu badan tak cukup. Cubalah untuk patuhi jadual mengepam sebaiknya ye.
Inilah 3 rahsia tentang apa yang saya lakukan. Ia bukan mudah, tapi ianya mampu dilaksanakan. Benda kalau memang kita mahu, pasti kita lakukan dengan sesungguh hati.
Setiap ibu yang dilantik Allah SWT pasti mampu menyusukan anak hingga usia 2 tahun. Asalkan ada usaha dan yakin, Insyaallah segalanya tidak mustahil.
Yakinlah korang juga mampu susukan anak sempurna 2 tahun.
Assalamualaikum,
Mesti ada ibu-ibu yang ada masalah macam ini kan? Dah pulun makan sawi, tapi susu tak banyak pun. Hati sudahlah risau, stok susu sudah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apa nak buat supaya susu jadi banyak? Dan tak payah lagi risau, sebab stok susu bertingkat-tingkat dalam 'deep freezer'.
Sawi ke atau segala macam 'milk booster' tak akan berkesan kalau anda tak ikut konsep utama menyusukan anak. Bila ada 'demand', barulah ada 'supply'.
Jadi cuba semak 5 perkara di bawah, mana tahu inilah sebabnya susu tak banyak. Walaupun dah muak makan sawi.
1- Cukup Ke Ransangan?
Apabila anda mula rasa susu makin tak cukup. Cuba semak, cukup ke ransangan yang diterima? Samaada dari penyusuan terus dari bayi ataupun aktiviti mengepam susu.
10 periuk sawi tidak akan tambah susu, kalau bab ransangan pun tak lepas. Bayi sepatutnya disusukan 2-3 jam sekali.
Usah seronok sangat kalau anak tidur lena sampai 5 jam. Kejutkan anak untuk menyusu. Suka melengahkan menyusukan anak, akan membuatkan susu terkumpul di dalam payudara.
Dan ia akan menghantar signal, bahawa tidak perlu lagi tambah pengeluaran susu. Jika anak tak nak juga menyusu, pamkan susu dan simpan sebagai stok.
2- Beri Susu Formula Ke?
Ini adalah tindakan yang paling bahaya. Bahaya sebab susu formula akan menganggu kitaran penghasilan susu yang cukup.
Macam mana?
Bayi anda lapar dan sebab anda rasa susu badan tak banyak. Anda pun bancuh susu formula 4oz. Anak pun laju saja minum. Sampai habis, padahal saiz perut bayi hanyalah besar biji guli.
Akhirnya dia tidur nyenyak kekenyangan. Bila dah kenyang, pastilah anak tak mahu bangun tidur. Dan sudah pastilah dia tidak menyusu dengan ibunya.
Bila tak menyusu, maka susu tidak dikeluarkan secara efektif. Kesannya susu mula jadi makin kurang.
Jika anda benar-benar mahu susukan anak, cubalah hentikan pemberian susu formula.
3- Stress Ke?
Kadang-kadang sebab sudah lama cuti berpantang, bila nak kerja mulalah nak rasa stress. Stress sebab fikirkan anak di tempah pengasuh.
Stress sebab susu tak banyak. Stress kerja jauh balik dah malam. Dan macam-macam lagi.
Cuba bawa bertenanang. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Tahu tak bahawa 90% kegagalan menyusukan anak adalah dari sebab stress.
Kendalikanlah stress dengan baik. Banyakkan mengambil makanan yang kaya B-Complex, ia adalah anti stress semulajadi.
4- Tak Pam Dengan Cukup
Menjadi ibu yang bekerja dan masih menyusukan anak bukan satu tugas yang mudah. Jenis pekerjaan, fasiliti di pejabat dan keadaan di pejabat mempengaruhi sesi mengepam ini.
Paling ideal dalam tempoh 8 jam, anda perlu mengepam sebanyak 4-3 kali. Oleh itu, cuba semak adalah susu tak banyak ini disebabkan anda tak mengepam dengan cukup?
Jika anda tak dapat memenuhi mengepam dengan kerap. Cubalah untuk tambah tempoh mengepam, dari 15 minit ke 30 minit.
Dan adalah lebih baik jika anda boleh mengepam di waktu dinihari. Antara pukul 12 - 6 pagi. Diwaktu ini hormon penyusuan sangatlah tinggi, dan ia akan tambahkan susu anda.
5- Terlampau Letih
Sewaktu berpantang boleh jadi tempoh yang paling meletihkan. Apabila anak jenis yang mahu melekap 24 jam.
Ataupun pengalaman baru, terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama berusaha mencukupkan susu buat si manja.
Keadaan ini boleh menyebabkan anda menjadi terlampau letih. Apabila fizikal letih, minda juga menjadi letih.
Anda akan menjadi lebih mudah mengalah dan mengambil jalan pintas. Seperti memberikan susu formula kepada anak. Padahal 'deep in your heart' anda benar-benar mahu hanya susu ibu yang terbaik buat anak anda.
Cuba uruskan masa anda dengan baik. Susun ikut keutamaan, cuba untuk tutup sebelah mata untuk perkara-perkara yang kurang penting seperti mengemas rumah.
Jagalah apa yang anda makan, dapatkan makanan yang seimbang. Dan sebaiknya tambahkan supplemen untuk kualiti kesihatan yang optimum.
Ibu yang sihat mental fizikal, Insyallah akan dapat atasi masalah susu tak banyak. Walaupun tanpa makan 'milk booster'.
Teruskan berjuang, jangan mudah mengalah. Menyusukan anak tak mudah, tapi harga begitu bernilai. Suatu hari anda akan melihat anak anda dan mengatakan "susu aku mengalir di dalam badannya".
Assalamualaikum,
Tahniah anda telah memilih untuk berikan susu terbaik untuk anak. Tapi apakah anda tahu jenis makanan ibu menyusu yang paling baik?
Sumber makanan yang baik sangatlah penting. Ini supaya bayi anda dapat membesar dengan sihat dan juga montel.
Siapa yang tidak sukakan bayi yang montel kan?
Oleh itu, ibu-ibu silalah periksa diet harian anda. Usah sesekali abaikan pengambilan makanan yang sihat. Bayi anda perlukan nutrisi dan vitamin yang cukup untuk perkembangan fizikal dan mentalnya.
Berikut adalah 11 makanan terbaik buat ibu-ibu yang sedang menyusukan:
1- Oat
Oat adalah jenis karbohidrat compleks dan berindek glisemik rendah. Sangat baik diambil sebagai sarapan.
Ianya kaya dengan fiber, zat besi dan protein. Bukan sekadar mengandungi nutrisi dan vitamin penting. Tapi juga mampu membantu anda menurunkan berat badan.
Satu lagi berita gembira, oat juga adalah penggalak susu yang paling baik. Susu badan dapat ditingkatkan dengan memakan oat.
Ianya kaya dengan fiber, zat besi dan protein. Bukan sekadar mengandungi nutrisi dan vitamin penting. Tapi juga mampu membantu anda menurunkan berat badan.
Satu lagi berita gembira, oat juga adalah penggalak susu yang paling baik. Susu badan dapat ditingkatkan dengan memakan oat.
2- Telur
Telur adalah sumber protein yang paling mudah didapati. Mengandungi kandungan protein tinggi yang sangat baik untuk menghasilkan susu ibu.
Tahukah anda bahawa protein adalah nutrisi terpenting bagi menghasilkan susu ibu?
Telur mengandungi Omega 3 yang menghasilkan DHA. DHA adalah nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi.
Mungkin inilah masanya untuk anda ‘enjoy' makan telur.
Tahukah anda bahawa protein adalah nutrisi terpenting bagi menghasilkan susu ibu?
Telur mengandungi Omega 3 yang menghasilkan DHA. DHA adalah nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi.
Mungkin inilah masanya untuk anda ‘enjoy' makan telur.
3- Berries
Ada banyak pilihan berries yang ada dipasaran. Namun harganya mungkin agak sedikit tinggi. Bagi anda yang mampu, tambahkan berries dalam diet harian anda.
Berries seperti strawberries, blueberries atau cranberries kaya dengan kandungan anti oksidan. Ini sangat baik untuk menentang radikal bebas. Supaya anda sentiasa sihat dan payah nak terkena jangkitan kuman atau virus.
Selain yang segar, berries kering juga sedap. Oh, tambahkan berries dalam overnight oatmeal anda ya.
Berries seperti strawberries, blueberries atau cranberries kaya dengan kandungan anti oksidan. Ini sangat baik untuk menentang radikal bebas. Supaya anda sentiasa sihat dan payah nak terkena jangkitan kuman atau virus.
Selain yang segar, berries kering juga sedap. Oh, tambahkan berries dalam overnight oatmeal anda ya.
4- Sayuran Hijau
Anda dan bayi sangat memerlukan vitamin A, zat besi, kalsium dan folik asid semasa tempoh penyusuan.
Sayuran hijau seperti sawi, kailan, bayam adalah sumber yang paling baik. Tapi hati-hati masa memasaknya. Kerana anda mungkin sudah memusnahkan segala sumber nutrisi dan vitamin baik di dalamnya.
Sayuran hijau seperti sawi, kailan, bayam adalah sumber yang paling baik. Tapi hati-hati masa memasaknya. Kerana anda mungkin sudah memusnahkan segala sumber nutrisi dan vitamin baik di dalamnya.
5- Minyak Kelapa
Bukan hanya baik bagi ibu yang mahu melahirkan anak. Ibu menyusu akan memperolehi kebaikan asid laurik dari minyak kelapa ini.
Minyak ini sangat baik untuk membunuh bakteria dan virus. Selain itu ia juga baik bagi menghalang jangkitan penyakit.
Dan ya, sudah tentu ia sangat baik untuk anda dan bayi.
Minyak ini sangat baik untuk membunuh bakteria dan virus. Selain itu ia juga baik bagi menghalang jangkitan penyakit.
Dan ya, sudah tentu ia sangat baik untuk anda dan bayi.
6- Badam
Selain dari rasanya yang sedap, badam adalah makanan ibu menyusu yang baik. Kaya dengan DHA, kalsium dan magnesium.
Dan ramai ibu-ibu yang kata badam mampu menambahkan susu badan. Jadi makanlah ia sebagai snek harian yang menyihatkan.
Dan ramai ibu-ibu yang kata badam mampu menambahkan susu badan. Jadi makanlah ia sebagai snek harian yang menyihatkan.
7-Ikan
Laut yang tercemar membuatkan anda perlu berjaga-jaga dengan kandungan merkuri di dalam ikan. Salmon atau siakap adalah pilihan yang baik.
Ikan dari jenis ‘non-oily’ seperti siakap dikatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan protein yang lebih baik.
Ikan dari jenis ‘non-oily’ seperti siakap dikatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan protein yang lebih baik.
8- Salad Buah-buahan
Lebih pelbagai warna, bermakna lebih banyak nutrisi dan vitamin yang bakal anda dapat. Cuba sebaiknya untuk ambil buah-buahan sewaktu menyusukan anak.
Gantikan snek tak berkhasiat dengan semangkuk buah yang berwarna warni. Tapi pastikan buah anda bebas GMO.
Gantikan snek tak berkhasiat dengan semangkuk buah yang berwarna warni. Tapi pastikan buah anda bebas GMO.
9- Avocado
Alpukat atau avocado adalah sejenis buah yang sangat kaya khasiat. Di dalamnya mengandungi banyak folik asid, vitamin E dan C.
Anda boleh memakannya begitu sahaja, atau masukkannya ke dalam masakan. Mungkin anda juga boleh membuat jus avocado yang sedap. Ia juga dikatakan mampu tambahkan susu ibu.
Anda boleh memakannya begitu sahaja, atau masukkannya ke dalam masakan. Mungkin anda juga boleh membuat jus avocado yang sedap. Ia juga dikatakan mampu tambahkan susu ibu.
10- Yogurt
Makan yogurt adalah cara yang baik untuk anda dan bayi mendapatkan probiotics. Ia adalah mikroorganisma hidup yang baik bagi menghalang penyakit.
Selain itu ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Ia adalah jenis bakteria baik yang anda perlukan.
Selain itu ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Ia adalah jenis bakteria baik yang anda perlukan.
11- Seeds
Seeds ini sangat terkenal sebagai makanan untuk kurus. Tapi ia juga adalah makanan ibu menyusu yang baik.
Sangat kaya dengan nutrisi dan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi. Antaranya adalah fiber, Omega 3 dan juga protein.
Masukkan seeds ke dalam makanan hidangan oat. Dengan pantas ia menjadi makanan ibu menyusu yang bernutrisi tinggi.
Jika ibu benar-benar mengikuti pemakanan yang sihat, tentu saja susu yang terhasil juga adalah yang terbaik untuk si manja. Bukan itu sahaja, berat semasa hamil pun dapat diturunkan.
Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi atau roti. Ambil hanya satu genggam untuk sekali makan. Usah risau tentang cukup atau tidak karbo.
Sangat kaya dengan nutrisi dan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi. Antaranya adalah fiber, Omega 3 dan juga protein.
Masukkan seeds ke dalam makanan hidangan oat. Dengan pantas ia menjadi makanan ibu menyusu yang bernutrisi tinggi.
Jika ibu benar-benar mengikuti pemakanan yang sihat, tentu saja susu yang terhasil juga adalah yang terbaik untuk si manja. Bukan itu sahaja, berat semasa hamil pun dapat diturunkan.
Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi atau roti. Ambil hanya satu genggam untuk sekali makan. Usah risau tentang cukup atau tidak karbo.
Menurut kata Dr Zubaidi "Ibu yang menyusukan bayi jika mahu kuruskan badan segera, perlu juga kawal makanan sebab pada masa inilah cepat rasa lapar. Banyakkan makan sayuran.
Jangan bimbang kerana bayi akan menggunakan bekalan karbo (dalam bentuk glycogen) yang tersimpan dalam hati dan lemak. Minum air mineral sebanyaknya itu yang penting.”
Siapa kata ibu menyusu perlu makan banyak?
Assalamulaikum,
Inilah pengalaman pisah susu badan yang paling mencabar. Dan juga menyedihkan. Berbeza semasa anak yang pertama dan kedua.
Mungkin sebab dia anak lelaki.
Atau mungkin dia anak yang bongsu.
Keputusan pisah susu badan ini terpaksa dibuat. Bukan sebab dah cukup usia Ruwayfi dua tahun. Tapi sebab tak tahan dia asyik nak menyusu.
Baru susukan 1/2 jam dah minta lagi. Tak nak duduk, nak suruh juga ibu dia baring. Bila dah baring, dah tentulah ibu juga tertidur. Lagipun bulan September 2015 hari tu dah genap dia dua tahun.
Jadi eloklah berpisah, walaupun dalam hati kecil ada rasa tak rela. Perasaan ini hanya ibu-ibu menyusukan sahaja yang paham.
Alhamdulillah, dalam masa 14 hari Ruwayfi dah berhenti menyusu sepenuhnya.
Tanpa membuang masa lagi, berikut 5 tips yang MakDara (MD) lakukan untuk cerai susu badan:
1- Berhenti Menyusukan Untuk Tidur
Oh ini MD paling rindu sekali. Senang je nak ajak anak tidur, baring atas katil dan susukan sampai dia tertidur sendiri.
Jika ibu-ibu benar nak cerai susu, inilah perkara pertama yang mesti dilakukan. Tiada lagi 'nen' sebagai ubat tidur.
Nampak mudah tapi bahagian inilah yang paling mencabar. Bayangkan dah dua tahun Ruwayfi menyusu untuk tidur. Jadi mestilah dia terperanjat dengan perubahan ini.
Akibatnya dia merajuk dan mengamuk sebelum tertidur. Jangan biarkan anak mengamuk, pujuklah dia. Beritahu yang dia sudah besar, dan kena berhenti menyusu.
Tak lama pun, hanya dua hari pertama yang dia bantai mengamuk. Masuk hari ketiga dia mula paham, dan tidur selepas minum air Vico.
2- Hadkan Masa Menyusu
Tiada lagi menyusukan tanpa had. MD kenalkan had menyusu kepada Ruwayfi.
Sebelum menyusu MD pesan "Sekejap saja ye, ibu kira sampai 30 lepas tu dah ye." Kali pertama buat dia buat tak reti.
Ulang berkali-kali, akhirnya dia paham.
3- Pastikan Anak Kenyang
Ruwayfi ni, bila dia lapar terus nak minta susu. Jadi MD akan pastikan dia kenyang sepanjang hari.
Suapkan makan pagi dan makan tengahari. Masak apa yang dia suka.
Bila kenyang dengan sendirinya dia kurang nak menyusu.
4- Hati Kena Kental
Sejak dia nak kena pisah susu badan, dia makin manja dengan MD. Ayah dia nak dukung pun tak mahu.
Tips minta bantuan ayah tak dapat dilakukan. Terpaksalah kentalkan hati bila dia mengamuk-ngamuk nak susu.
Jangan pernah mengalah.
5- Jangan Main Tarik Tali
Bila sudah buat keputusan nak pisah susu badan, maka berpeganglah pada keputusan itu.
Kalaupun rasa rindu nak menyusukan anak, buat derq saja perasaan itu.
Bila nak berhenti menyusu, lepas tu ibu tawarkan pula bila anak mengamuk atau sakit. Ia akan mengundang kekeliruan bagi si anak.
Dari elok-elok dia dah berhenti, dia minta pula disusukan. Lagi sekali ibu perlu berhadapan dengan amukan dan rajuk si anak nanti.
Jadi bila sudah kata berhenti, maka berhentilah.
Perubahan paling ketara, makin banyak dia makan sekarang.
Gembira hati bukan kepalang bila tengok anak berselera makan. Kalau dulu rela tak makan asal dapat menyusu.
MD bagi Ruwayfi makan Vitalea for Children untuk lengkapkan nutrisi hariannya. Yelah kalau dulu susu ibu dah 'cover' keperluan nutrisi hariannya. Ikhtiar supaya anak kekal sihat, aktif dan bijak.
Lagi satu perubahan, Ruwayfi makin manja. Ini pun dia tengah duduk beriba. Tinggal sekejap pun dah meraung ibu. Nasib baiklah ibu awak ini kerja dari rumah saja.
Buat ibu-ibu yang sedang cuba pisah susu, MD ucapkan selamat berjaya. Boleh juga ke sini untuk lebih tips cerai susu badan.
breastfeeding
7 Tips Tingkatkan Susu Ibu Supaya 'Newborn' Tak Menangis Kelaparan
Wednesday, December 16, 2015Assalamulaikum,
Sepanjang menyusukan anak, saya juga pernah alami zaman susu merudum. Pelbagai cara tingkatkan susu ibu yang pernah dicuba. Banyak tips yang telah saya cuba. Ada yang berjaya ada yang tidak.
Oleh itu, berikut adalah perkongsian 7 tips yang paling berkesan buat saya untuk tambahkan susu badan. Insyaallah, ia juga berkesan buat anda. Dan mungkin juga tidak berkesan.
Banyak faktor yang mempengaruhi, seperti profession ibu, tahap stress, pemakanan, supplemen dan pelbagai lagi.
No harm to try. Mana tahu ianya berkesan kan?
Usah terlalu dengar kata-kata orang. Percayakan gerak hati mu, ibu. Andalah orang yang paling hampir dan mengenali bayi mu. Bukan orang lain.
1- Menyusukan 'On Demand'
Tak perlu tunggu 2-3 jam sekali untuk menyusukan anak. Ketika anak menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu, dakaplah dia dan susukan.
Mungkin juga anda baru saja sudah menyusukan 15 minit yang lalu. Ia tak mustahil bayi anda mahukannya lagi.
Ketahuilah ada banyak sebab mengapa bayi mahu disusukan. Posisi menyusu adalah posisi yang paling aman selepas dia lahir ke dunia. Tak selesa, bising, atau takut membuatkan bayi minta disusukan.
Ya, ianya bukan mudah. Sangat memenatkan, tapi yakinlah ianya pasti menjadi momen terindah dalam hidup anda.
Pengalaman sendiri, boleh dikatakan 24 jam penuh si kecil tu nak menyusu saja. Walaupun mata terpejam, tapi bila tarik puting keluar menangislah dia macam kena dera.
Kena dodoi pun tak jalan. Akhirnya, terpaksa cari jalan 'win-win situation'. Saya baring atas katil, dan tiarapkan bayi atas dada. Huh, barulah rasa lega dan rehat.
2- Pam Selepas Menyusukan
Ini yang saya lakukan masa menyusukan anak kedua. Perangai menyusu Sofhea, tak sama macam kakaknya dulu.
Bila kenyang, dia sendiri akan lepas. Dan tidur sendiri.
Oleh itu, saya ada banyak masa untuk mengepam selepas menyusukannya. Fungsinya adalah untuk mengosongkan payudara. Bila sudah kosong sepenuhnya, otak akan menghantarkan signal supaya payuadara dapat hasilkan lebih banyak susu.
Bagaimana mahu pastikan ianya benar-benar kosong? Anda akan merasa payudara menjadi lembik, dan bila anda cuba picit menggunakan jari, tiada susu yang keluar.
Usah bimbang, susu sempat di'refill' dan sedia untuk diminum semula.
3- Makan Nasi
Berpantang bukanlah waktu yang sesuai untuk diet. Tapi ia juga tak bermakna kena makan berpinggan nasi untuk tingkatkan susu ibu.
Makan nasi secukupnya. Pastikan ianya adalah hidangan yang lengkap. Ada protein dan juga banyak sayuran.
Pernah cuba tidak mengambil nasi di waktu tengahari, nampak susu agak berkurang. Lepas tu, takut untuk tinggal nasi.
4- Minum Air Semasa Menyusukan Anak
Sediakan sebekas air semasa menyusukan anak. Bukan minum terus sampai perut kembung. Tapi minumlah sedikit-sedikit.
Pada saya tips ini memang berkesan untuk tambah susu badan. Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu.
Teknik ini juga boleh diaplikasi ketika anda mengepam susu.
5- Supplemen Menyusukan
Selain daripada menjaga pemakanan harian, saya juga mengambil supplemen menyusukan anak.
Saya amalkan Vitalea, B Complex, SR Vita C, Alfalfa Complex dan Ostematrix. Kesan yang paling ketara saya nampak, susu badan lebih pekat.
Kalau sebelum ini, susu nampak cair kerana hindmilk tak banyak. Hindmilk ini adalah susu yang keluar selepas foremilk. Ianya kaya dengan lemak dan berfungi membuatkan bayi rasa kenyang dan berat bertambah.
Mungkin inilah antara sebab anak pertama dulu suka mengempeng, dia tak puas menyusu. Masa anak kedua, awal-awal lagi dah amalkan supplemen menyusu ini.
Walaupun banyak kali tak dapat tidur lena waktu malam. Alhamdulillah, badan tetap rasa cergas dan tak letih. Anak nak menyusu banyak kali pun tak kisah, positif memanjang.
6- Bertenang
Bertenang akan membuatkan anda jadi lebih waras. Apabila stress, biasanya kita akan bersikap terburu-buru.
Bila anak menangis saja, terus gelabah dan salahkan susu badan tidak cukup. Mungkin saja, ada yang ambil jalan mudah. Putus asa dan berikan susu formula.
Jangan tau. Selagi anda susukan anak, susu ibu pasti ada. Stress hanya membuatkan susu terbantut untuk keluar. Apa-apa pun cuba untuk bertenang.
7- Percayakan Diri
Usah pernah ragui kebolehan badan menghasilkan susu. Allah Itu Maha Adil, Dia yang menjadikan anak, maka Dia juga yang menjadikan makanan untuk anak.
Yakinlah anda juga mampu hasilkan susu badan secukupnya.
Elakkan dari fikir susu tak cukup, bayangkan susu banyak dan anak puas menyusu. Paling penting jangan bandingkan diri anda dengan ibu menyusu yang lain.
Saat anda mula membanding, itu adalah saat dimana anda mula tak bersyukur.
Yakin, usaha dan usaha lagi. Insyaallah anak anda takkan menangis kerana susu tak cukup.
Terdapat 7 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan memerah susu. Berikut adalah faktor-faktor tersebut:
1- Refleksi Ejeksi Susu
Juga dikenali sebagai MER (milk ejection reflex). Ia sangat penting untuk memastikan susu dari dalam payudara dapat dikeluarkan dan diberi kepada bayi.
Rata-rata ibu yang menyusukan atau memerah susu dapat merasa proses MER ini berlaku. Tetapi ada juga ibu yang tak rasa apa-apa ketika MER terjadi.
Antara tanda ibu mengalami MER:
Sakit di kawasan abdomen akibat pengecutan rahim berlaku
Susu mengalir keluar dari payudara yang sebelah lagi
Terasa suam atau seperti sesemut di bahagian payudara
Tampak susu keluar dari celah mulut bayi
Ibu terdengar bunyi bayi menelan susu
Emosi ibu merasa tenang dan aman
Jika ibu memerah susu, dapat dilihat pancutan susu dari puting
MER boleh berlaku kesan dari:
penyusuan susu ibu
Terdengar ketawa atau tangisan bayi dan juga melihat gambar atau video
Aktiviti yang meransang hormon oksitosin, seperti hubungan seks
Tetapi ibu perlu juga ketahui, terdapat juga perkara yang menghalang MER dari berlaku.
Sudah tentu pengeluaran tidak dapat berlaku dengan baik. Bayi mungkin tak dapat susu yang cukup. Kesan masa panjang pula, kuantiti susu akan semakin berkurang.
Berikut adalah sebab MER terbantut dari berlaku:
Tak cukup privasi semasa menyusu atau memerah
Ibu stress
Ibu merasa letih
Emosi tak stabil seperti sedih, marah atau segan
Hisapan bayi tidak betuk
Ibu ragu dan tak yakin untuk menyusukan
Tindakbalas dari ubatan, rokok ataupun alkohol
2- Waktu Mengepam Susu
Ini juga mempengaruhi kuantiti susu yang diperah. Antara waktu yang paling baik adalah di awal pagi.
Ia diantara pukul 3.00 - 6.00 pagi. Ketika ini penghasilan hormon prolaktin (hormon penghasilan susu) yang tinggi.
Jadi jumlah susu yang berjaya diperah juga lebih banyak berbanding waktu lain.
Kalau ibu belum pernah cuba memerah waktu ini, apa kata mulakan sekarang. Selepas bayi menyusu, bangun sebentar untuk sambung memerah.
3- Keselesaan Ibu
Ibu yang selesa akan lebih berjaya memerah susu. Oleh itu tempat mengepam juga memainkan peranan.
Keselesaan juga berkait dengan perasaan ibu pada masa tersebut. Cari tempat yang selesa supaya proses memerah lebih lancar.
4- Jumlah Susu Ibu Yang Terhasil
Sudah tentu jika lebih banyak susu yang dihasilkan, maka lebih banyak hasil susu yang diperah.
Menambah kekerapan 'direct feeding' dapat menambah penghasilan susu badan.
5- Stress
90% kegagalan ibu memerah susu adalah disebabkan stress. Oleh itu, sebaik mungkin ibu perlu mengawal stress.
Makanan yang mempunyai vitamin B Complex sangat membantu ibu untuk lebih tenang. Kesannya hasil perahan akan bertambah.
6- Kemahiran Ibu
'Practise makes perfect', selalukan kita dengar ini. Ibu yang baru melahirkan anak pertama, mungkin kurang mahir berbanding ibu yang sudah ada 2-3 anak.
Paling penting ibu terus memerah untuk menjadi lebih mahir. Bergaullah dengan ibu-ibu lain supaya dapat belajar tips dan tricks memerah.
7- Tempoh Masa Perahan dan Penyusuan atau Waktu Memerah Sebelumnya
Jika ibu memerah sebaik sahaja menyusukan anak, sudah pasti hasil susu perahan tidak banyak berbanding ibu memerah 2-3 jam selepas menyusukan. Susu yang dihasilkan terkumpul, menjadikan hasil perahan banyak.
Tetapi ibu perlu ingat, mengumpul susu atau menunggu payudara merasa berat hanya akan membuatkan penghasilan susu semakin berkurang untuk jangka masa panjang.
Selain itu, menunggu lama sebelum memerah akan menyebabkan lebih banyak 'foremilk' berbanding 'hindmilk'. Oleh itu, perahlah susu 2-3 jam sekali supaya penghasilan susu yang cukup terjamin.
Faktor kejayaan memerah susu ini sangat membantu ibu untuk 'check and balance' apa yang ibu telah lakukan. Ingat ye, usah sesekali membanding hasil perahan diri sendiri dengan ibu yang lain.
Selain itu, perlu ibu fahami bahawa kuantiti susu yang berjaya di perah bukanlah ukuran tepat susu yang dihasilkan oleh payudara. Tingkatkan MER, supaya ibu berjaya hasilkan susu yang cukup untuk di kecil.
Apabila anak yang baru dilahirkan masuk NICU, sudah tentu ibu akan menjadi sedih dan stress. Perkara ini boleh menyebabkan susu tak cukup. Tentu ibu bertambah tertekan.
Ditambah lagi dengan keletihan akibat melahirkan anak. Hormon yang masih tak berfungsi dengan betul. Semua ini akan memburukkan keadaan. Impian ibu mahu berikan sepenuhnya susu badan pada anak serasa seperti berkecai.
Tak ada harapan!
Sabar ibu-ibu. Insyaallah ada jalan penyelesaian untuk masalah susu tak cukup ini.
MakDara (MD) pun pernah menghadapi masalah yang sama. Pengalaman anak pertama dimasukkan ke NICU akibat komplikasi kelahiran.
Tak sempat nak dukung anak lepas dia dilahirkan. Terus ke masuk NICU. Tambah lagi proses kelahiran yang panjang, hampir 12 jam. Memang rasa macam dah nak habis nyawa.
MD harap tips yang bakal dikongsikan ini dapatlah membantu ibu-ibu yang sedang melalui saat-saat sukar ini. Jangan putus asa, harapan masih ada.
7 Tips Tambah Susu Tak Cukup, Stress Sedih Anak di NICU!
1- Bertenang
Ibu perlu bertenang, lagi-lagi apabila diuji begini. Bila tenang barulah ibu boleh berfikir dengan baik. Dan dapat fikirkan tindakan yang dapat dibuat untuk selesai masalah susu tak cukup.
Insyaallah anak sedang dijaga rapi oleh jururawat dan doktor. Fikirkan betapa pentingnya susu yang cukup, supaya anak dapat kuantiti susu yang sepatutnya.
Dan ibu mesti tahukan yang susu ibu adalah 'ubat' untuk anak. Jadi bertenanglah.
2- Minta 'Room In' Dengan Anak
Tanyakan pada pegawai yang bertugas untuk 'room in' atau duduk sekali dengan anak di hospital. Ada hospital yang menyediakan bilik dan kemudahan untuk ibu.
Jika ada kemudahan ini, maka ibu cuba susukan anak 2-3 jam sekali. Dan jika bayi tidur, bangunkan dia untuk menghisap susu.
Tapi tak semua anak yang masuk ke NICU dapat disusukan. Ada yang tak boleh disusukan kerana proses rawatan yang diberikan oleh pihak hospital.
Jika begitu, ibu perlu mengepam dan berikan susu yang dipam kepada hospital.
3- Berikan Kolostrum Ibu
Sewaktu awal kelahiran, ibu selalu keliru dengan susu tak cukup ini. Kadang-kadang bukan tak cukup, tetapi ibu salah faham tentang susu ibu.
Semasa bayi baru dilahirkan 0-7 hari, kebiasaanya susu yang keluar adalah kolostrum. Ia adalah susu awal yang pekat dan berwarna kuning emas. Kuantitinya pula memang sedikit.
Kolostrum susu ibu inilah yang mempunyai 101 khasiat, dan sudah tentu sangat baik untuk anak yang di dalam NICU.
Hanya selepas 7 hari, barulah susu matang akan keluar. Susu ini lebih bersifat susu, berwarna putih dan cair.
Bagi yang tak dapat menyusukan secara terus. Ibu boleh mengepam kolostrum ini dan berikan pada pihak hospital untuk diberikan kepada anak.
4- Mengepam Susu
Jika anak di NICU mengepam susu adalah sangat penting bagi tangani susu tak cukup.
Sebaiknya ibu dapatkan pam yang bergred hospital atau pam yang ada kemudahan 'double pumping'. Kajian menunjukkan mengepam susu secara serentak dapat meningkatkan penghasilan susu.
Jika ibu boleh 'room in' dengan anak, boleh mengepam 10-15 selepas bayi menyusu. Bagi ibu yang tak boleh menyusukan anak kerana anak 'tube feeding' atau tak dapat berada di hospital dengan bayi. Ibu perlu mengepam dengan lebih kerap.
Pam susu sekali diantara 2-3 jam dan ulang. Lebih kurang 8 kali sesi mengepam dalam sehari. Bagi meningkatkan penghasilan susu tak cukup ini, ibu boleh lakukan 'hands on pumping'. Teknik ini terbukti dapat mengandakan susu ibu.
5- Dapatkan Sokongan
Sokongan untuk ibu menyusu sangatlah penting. Tanpa sokongan mungkin ibu akan menyerah kalah dan 'redha' dengan susu formula.
Beritahu pada suami dan mintalah sokongan dia. Banyak yang suami boleh lakukan. Antaranya beri kata semangat, basuh dan sediakan alatan mengepam, urut badan ketika pam susu dan banyak lagi.
Tapi kalau suami pun tak menyokong, ibu jangan mengalah. Cuba hubungi kawan yang juga menyusukan anak. Insyaallah dia akan menyokong anda.
Atau cari kumpulan sokongan penyusuan di dalam Facebook. Insyallah ibu pasti bertambah semangat untuk terus 'fight' susu tak cukup.
6- Pantau Kesihatan Ibu
Ibu yang baru melahirkan 'fragile' dari segi emosi dan fizikal. Oleh itu, janganlah sesekali abaikan kesihatan diri.
Kalau ibu sakit, macam mana dengan anak di NICU? Macam mana anak nak minum susu ibu?
Jaga diri dengan cara makan makanan yang berkhasiat setiap hari. Alih perhatian dari risau dan stress memikirkan anak di dalam wad. Juga minum air yang secukupnya, minimum 2 liter sehari.
Ibu juga boleh mengambil makanan-makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Seperti lobak putih, kurma dan sebagainya.
Bagi memastikan ibu kekal sihat dan bertenaga, anda boleh mengambil supplemen. Seperti B- Complex yang dapat membantu ibu mengawal stress. Atau Energizing Soy Protein yang dapat membekalkan tenaga berpanjangan. Sesuai dengan ibu yang sibuk ulang alik ke hospital menjenguk anak hingga tak sempat nak makan.
7- Berdoa
Berdoalah dan yakin bahawa Dia akan membantu memudahkan yang sulit. Setiap ujian itu adalah untuk mengangkat martabat kita di sisi-Nya.
Mintalah supaya anak sihat dengan cepat dan dapat keluar hospital cepat. Doakan juga supaya air susu ibu dapat menjadi 'ubat'yang menghilangkan kesakitan anak.
Pinta juga supaya susu tak cukup menjadi cukup. Sehingga dapat susukan anak hingga cukup tempoh penyusuan.
Yakinlah, ujian ini pasti berakhir.
Dan anak tercinta akan kembali ke pangkuan ibu.
breastfeeding
14 Tips Tambah Susu Pantas Selepas C-Sect Supaya Bayi Tak Lapar
Thursday, September 17, 2015
Menyusukan anak dan c-sect memang sesuatu yang sukar. Emosi dan hormon yang bercelaru, badan kesakitan luka c-sect, keletihan dan stress. Semua ini boleh memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu.
Susu yang tidak cukup membuatkan bayi meragam dan lapar. Dan lebih serious berat badan bayi tak bertambah, malah kurang. Walaupun bayi lahir melalui c-set, masih ada jalan untuk ibu menyusukan anak hanya dengan susu ibu.
Tapi ini semua boleh diatasi dengan 14 Tips Tambah Susu Pantas Selepas C-Sect Supaya Susu Cukup. Dan bayi taknak menangis kelaparan.
Insyaallah bukan saja boleh menyusukan anak dengan baik lepas c-sect. Malah, ada lebihan susu yang boleh dipam dan dijadikan stok.
1- Susukan Bayi Secepat Mungkin
Usah lengah untuk susukan bayi sejurus ibu sudah siap 'dijahit'. Ini kerana hormon menyusu masih tinggi pada ketika ini.
Buat skin-to-skin dengan bayi (ibu dan bayi tanpa baju) supaya momen menyusukan anak menjadi lebih lancar. Hangat badan ibu akan membuatkan bayi tenang. Dakap dan susukanlah.
2- Skin-To-Skin 48 Jam
Tiarapkan bayi (hanya pakai lampin) di atas dada ibu (tanpa baju). Dan hanya tutupkan menggunakan selimut.
Endorphins akan dikeluarkan semasa skin-to-skin. Ianya membantu badan ibu mula menghasilkan susu.
cara untuk skin to skin |
3- Susukan Bila Bayi Minta
Walaupun dia bukannya nak susu 'for real'. Kadang-kadang bayi hanya nak disusukan untuk merasa selesa. Syokkan kena peluk dan merasa hangat badan ibu.
Bukan saja bayi akan dapat kolostrum yang kaya dengan 1001 khasiat, tetapi ikatan anak ibu mula erat, bayi berlatih menyusu dan mengeluarkan oxytocin. Hormon oxytocin ini berfungi sebagai 'milk ejection'.
4- Makan Banyak Oat
Oat memang terkenal sebagai makanan tambah susu badan. Jadi cuba untuk amalkan makan oat dalam kuantiti yang baik.
Sekali semasa sarapan pagi dan juga sebagai minum petang. Oh sekarang sudah ada cara hebat untuk nikmati oat, it is overnight oat.
5- Minum Jus Nenas
Jus nenas juga memberikan kesan seperti oat, ambil satu gelas setiap hari. Dan selain itu nenas juga kaya vitamin C dan bagus untuk merawat luka c-sect dengan cepat.
Tahu tak yang nenas juga baik untuk turunkan berat badan kerana seratnya yang tinggi.
6- Minum Air Secukupnya
Air adalah elemen terpenting bagi menghasilkan susu. Oleh itu minumlah air yang cukup. Sebaiknya ambil 2 liter air sehari.
Oh air ini tak termasuk air yang berkalori tau.
7-Makan Secara Sihat dan Kerap
Aduh macam mana nak diet? Ini bukan masa yang sesuai untuk fikirkan tentang diet. Ibu mesti fokus untuk jadi lebih sihat dan cuba sebaiknya untuk menyusukan anak.
Ibu perlukan makanan yang baik untuk tambah susu supaya dapat menampung keperluan bayi. Tahu tak yang 500 kalori akan terbakar bila ibu menyusukan anak.
Bestkan bonus menyusukan anak.
8- 10 Minit!
Tips tambah susu ini juga penting. Pastikan anak menyusu 10 minit pada setiap payudara supaya setipa payudara dapat dikosongkan dengan baik.
Payudara yang betul kosong akan menggalakkan lebih penghasilan susu. Jika bayi ibu-ibu suka tertidur semasa menyusu, pastikan bayi tidak berada dalam keadaan selesa.
Buka bedung dan stokin yang dipakainya. Atau boleh cuba untuk usap-usap tapak kaki atau kawasan lain supaya bayi tak tertidur. Dan akhir sekali kalau bai masih nak tertidur, tukarkan lampinnya.
Bayi yang sedar dan aktif menyusu adalah 'breastpump' terbaik.
9- Guna Kedua Payudara Sepenuhnya
Pasti ibu dan bayi ada payudara kegemarannya. Biasanya ini berlaku tanpa sedar bila mana ibu rasa selesa menyusukan pada belah kanan atau kiri. Begitu juga dengan bayi.
Oleh itu sentiasa mulakan sesi penyusuan dengan belah payudara yang berbeza. Jika tadi dah mulakan dengan yang kanan, sesi seterusnya mulakan dengan yang kiri.
Jika tidak ibu akan dapati payudara jadi besar sebelah. Dan kuantiti susu yang dihasilkan juga amat berbeza. Oleh itu gunakan sepenuhnya kedua-dua payudara ibu.
10- Pam Susu
Ini adalah alternatif bagi bayi yang kerap tidur semasa menyusu. Ibu boleh mengepam susu bagi mengeluarkan lebihan susu pada payudara. Dan boleh juga teknik hands-on pumping jika dirasakan sesuai dengan keadaan ibu.
Tapi ingat, ketika bulan-bulan awal kelahiran baik tips tambah susu terpantas adalah penyusuan secara terus.
11- Selesakan Diri
Cari 'spot' atau posisi yang ibu rasakan paling selesa untuk menyusukan bayi. Ini kerana jika ibu stress atau merasa sakit ketika menyusukan, kesannya susu tak dapat keluar dengan baik.
Nursing pillow antara gajet penyusuan yang terbaik dan sangat membantu ibu yang lepas c-sect. Selain ia dapat memberikan keselesaan dan lega di kawasan pembedahan.
Bantal ini juga akan membuatkan kedudukan bayi pada paras yang baik ketika menyusu. Dan akhirnya bayi dapat lekapan dan menyusu dengan baik.
12- Lactation Cookies
Semasa menyusukan ibu tentu akan rasa lapar. Dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Lactation cookies adalah snek yang paling baik.
Lactation cookies ini adalah biskut yang kaya dengan kandungan 'milk booster'. Seperti oat, kurma dan pelbagai lagi bahan yang hebat.
Biskut ini juga ada dijual di IG dan FB. Atau nak lebih ekonomi, buat sendiri. Boleh rujuk resepi ini.
13- Supplemen Untuk Tambah Susu
Ada banyak yang ada di pasaran antaranya Alfalfa Complex Shaklee dan Energizing Soy Protein. Kesan yang boleh dilihat lepas mengambil supplemen ini susu bertambah dari biasa. Dan tekstur susu juga menjadi lebih pekat.
Membantu bayi untuk mudah kenyang dan tiada masalah tak puas susu. Lebihan susu yang ada, ibu boleh buat stok sebagai persediaan naik kerja nanti.
14- Relax
Nikmati saat indah menyusukan bayi. Masa berlalu dengan begitu pantas.
Renung matanya, usap rambut, tangan kecilnya dan kakinya yang comel. Masa takkan dapat berputar kembali.
Cuba sebaiknya untuk menyusukan anak, tapi kalau keadaan memaksa dan ibu terpaksa juga gunakan botol susu. It's ok.
Berjaya menyusukan sepenuhnya atau tidak, ibu tetap menjadi the most wonderful and beautiful person to your baby.
Rujukan:
breastfeeding
Teknik Tambah Susu Ini Buat Hasil Perahan Sampai Dua Kali Ganda!
Tuesday, September 08, 2015
Pernah tak rasa, alangkah bagusnya kalau dapat lagi banyak susu. Teknik tambah susu apalagi yang nak diguna supaya susu bertambah.
Dan dah tak perlu risau stok susu tak cukup untuk anak waktu bekerja.
Apa yang diperlukan untuk melakukan teknik ini adalah TANGAN anda sahaja. Mudah bukan? Dan ianya percuma. Teknik ini dipanggil sebagai 'hands-on pumping'.
Selepas ransangan dari mulut bayi, tangan adalah peransang terbaik untuk badan menghasilkan lebih banyak susu. Corong plastik dari pam susu tidak akan pernah sama kesannya dengan menggunakan tangan.
'Skin-to-skin' terjadi bila anda menggunakan tangan bagi mengeluarkan susu. Ianya akan membuat ibu merasa lebih relax dan hasilnya susu lebih mudah keluar.
Berbeza dengan pam susu. Adakalanya ibu merasa tidak selesa dengan bentuk corong pam susu. Ataupun merasa sedikit sakit ketika proses memerah susu berlaku dek kerana tarikan atau hisapan yang kuat dan kasar.
Ditambah lagi dengan faktor luaran seperti stress, letih dan sebagainya. Ini akan membuatkan proses pengeluaran susu terbantut.
Bagaimana Melakukan 'Hands-On Pumping'?
1-Guna Pam 'Double Pumping'
Pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam masa yang sama. Boleh juga guna 'single pump', cuma menurut kajian pakar mengepam serentak kedua-dua belah akan menambah kuantiti susu ibu yang diperah.
Untuk proses ini menjadi lebih baik, dapatkan 'hands-free bra' ataupun alat bantuan lain. Ini kerana tangan ibu diperlukan untuk melakukan 'hands-on pumping'. Tangan perlu bebas dari memegang corong pam susu atau botol susu.
2-Urut Payudara
'Let down reflect' atau juga dikenali 'milk ejection reflect' akan berlaku semasa mengepam. Sebelum mula mengepam, urut dahulu payudara.
Letakkan jari secara mendatar di payudara dan mula mengurut secara bulatan. Mulakan dari atas payudara hingga ke kawasan puting susu.
Buat pada kedua-dua belah payudara bagi menghasilkan lebih banyak susu.
3- Mula Mengepam
Pam susu seperti biasa sehingga tinggal sedikit atau hanya titis-titis susu yang keluar. Biasanya dalam 15-20 minit jika menggunakan 'double pumping'.
Berhenti mengepam dan ulang semula urutan di kawasan payudara. Cuba rasa dan cari kawasan yang masih tegang (tepat susu berkumpul). Boleh juga gunakan teknik 'breast compression'. Teknik ini juga bagus untuk menambah susu ibu.
Sambung mengepam sehingga tiada lagi titisan susu ibu yang keluar.
4- Pam Cara Mermet
Cara mermet adalah teknik pam susu menggunakan tangan. Bagi teknik 'hands-on pumping' ini ia akan diakhiri dengan teknik mermet.
Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pam menggunakan tangan adalah lebih efektif untuk tambah susu yang kurang. Gunakan jari untuk mengesan kawasan yang masih tegang dan tekan sehingga susu keluar.
Biasanya pada strage ini susu yang tertinggal adalah susu yang mengandungi lemak yang tinggi. Buat pada kedua-dua belah payudara.
Berikan tumpuan yang lebih pada kawasan luar payudara (berhampiran dengan lengan). Teruskan mengepam sehingga payudara rasa lembut dan tiada lagi susu yang menitis.
Option kepada teknik mermet ini, boleh gunakan 'single pumping'.
Mungkin agak payah. Tetapi jika selalu dilakukan maka teknik tambah susu ini akan menjadi lebih mudah. Dan yang penting ianya berkesan bagi ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu badan.
Selain dari itu boleh klik sini untuk tips lain bagi tambah susu badan.
Selamat mencuba. Kalau rasa kurang paham atau perlukan bantuan boleh je Whatsapp MD di 016 773 1892.
Rujukan: http://www.bellybelly.com.au/
A combination of
positive pressure and negative pressure work to squeeze and suck the
milk from the breast. When we hand express, we use positive pressure to
squeeze out the milk from the ducts under the areola.
When we use a breast pump, it uses negative pressure to suction the milk
out from those ducts. When you combine the two techniques by
compressing the breast tissue with your hands while pumping, you get the
results of both. - See more at:
http://www.bellybelly.com.au/breastfeeding/double-the-amount-of-milk-you-express/
A combination of
positive pressure and negative pressure work to squeeze and suck the
milk from the breast. When we hand express, we use positive pressure to
squeeze out the milk from the ducts under the areola.
When we use a breast pump, it uses negative pressure to suction the milk
out from those ducts. When you combine the two techniques by
compressing the breast tissue with your hands while pumping, you get the
results of both. - See more at:
http://www.bellybelly.com.au/breastfeeding/double-the-amount-of-milk-you-express/
A combination of
positive pressure and negative pressure work to squeeze and suck the
milk from the breast. When we hand express, we use positive pressure to
squeeze out the milk from the ducts under the areola.
When we use a breast pump, it uses negative pressure to suction the milk
out from those ducts. When you combine the two techniques by
compressing the breast tissue with your hands while pumping, you get the
results of both. - See more at:
http://www.bellybelly.com.au/breastfeeding/double-the-amount-of-milk-you-