5 Terbaik Makanan Elak Sembelit Selepas Bersalin

Tuesday, October 17, 2017

Sembelit saja sudah menyakitkan, apatah lagi sembelit selepas bersalin. Bayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung ibu yang baru melahirkan anak ini.

Nak meneran kuat takut jahitan luka terbuka. Cuba teran perlahan-lahan, tetapi hampa. Terpaksalah membawa sakit sembelit berhari-hari.

Tak termasuk lagi penderitaan berjam-jam di tandas. Sangat memenatkan dan stress.

Oleh itu, jika anda sudah memasuki fasa akhir mengandung jagalah pemakanan sebaiknya. Kerap ambil makanan elak sembelit supaya tenang semasa berpantang nanti.



Berikut adalah 7 jenis makanan elak sembelit selepas bersalin:

1- Prune

Makanan ini kaya dengan fiber. Nutrisi yang terkandung di dalamnya membantu anda mengeluarkan najis yang sudah terkumpul.

Cuma jika anda ada kencing manis ketika hamil, hadkan pengambilannya. Ini kerana ia mengandungi gula tambahan yang tinggi.

2- Kiwi

Buah kimi mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula. Buah yang rendah gula adalah bagus untuk mengelakkan masalah perut kembung.

Ia juga kaya dengan vitamin C yang berkesan menyelesaikan masalah sembelit. Sifat vitamin C yang larut air akan menarik kandungan air ke usus. Lalu ia akan melembutkan najis yang mahu dikeluarkan. 

3- Popcorn

Usah terperanjat ya, popcorn atau bertih jagung adalah makanan elak sembelit selepas bersalin. Ini kerana popcorn kaya dengan fiber.

Apa saja makanan yang kaya fiber, ianya pasti bagus untuk elak sembelit.

Sebaiknya makan popcorn kosong, elakkan yang banyak mentega dan gula.

4- Oat

Oat mengandungi fiber tidak larut dan larut. Keduanya bagus untuk lancarkan proses pembuangan najis.

Fiber yang tidak larut ini berfungsi melancarkan proses penghadaman. Manakala fiber larut pula membantu melancarkan proses mengeluarkan najis.

Membuang najis tanpa meneran adalah tanda anda mempunyai sistem penghadaman yang baik.

5- Yogurt

Kandungan nutrisi di dalam yogurt adalah sangat baik bagi mengelakkan sembelit dari terjadi. Ia juga makanan yang baik untuk kesihatan usus.

Yogurt ada kandungan probiotik yang menambah bilangan bakteria baik di dalam usus. Terdapat kajian menunjukkan bahawa yogurt meningkatkan pergerakan najis di dalam usus. Selain itu, ia juga melembutkan najis dan memudahkan proses membuangnya. 

Sedap-sedap bukan makanan yang membantu elak masalah sembelit ini? Jadi pergilah ke pasaraya dan beli untuk buat stok di rumah.

Jangan tunggu sudah sembelit. Teruk kalau dah sembelit, nanti boleh jadi buasir pula. Masukkan makanan-makanan ini dalam diet harian anda.

Anda mahu mengelakkan sembelit dengan lebih baik lagi? Tambahkan Ostematrix sebagai suplemen harian.

Bukan hanya tak sembelit lagi. Ia melengkapkan keperluan kalsium harian buat anda yang sedang hamil. Masalah kejang kaki, sakit gusi, lenguh pinggang dan lenguh kaki dapat dihilangkan.

Mahu beli Ostematrix? Boleh WA atau SMS saya di 0167731892 untuk maklumat lanjut.


You Might Also Like

1 comments

  1. saya pernah lihat sendiri bagaimana azabnya isteri sembelit selepas bersalin...

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube