7 Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer Supaya Cepat Baik
Monday, October 16, 2017
Penjagaan luka bersalin czer ternyata lebih teliti. Ini kerana lukanya lebih besar dan begitu dalam berbading dengan luka bersalin secara normal. Samaada luka akibat terkoyak atau episotomi.
Berikut adalah 7 tips penjagaan luka bersalin czer supaya cepat baik:
1- Pergerakan Lebih Awal
Apabila pulang ke rumah, cuba untuk melakukan pergerakan seawalnya. Iaitu dengan berjalan disekeliling katil atau bilik.
Pergerakan ini membantu pengaliran darah yang baik. Bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Jika takut untuk berjalan sendiri. Minta bantuan ahli keluarga. Ini juga boleh mengurangkan risiko darah beku.
2- Makan Makanan Sihat dan Seimbang
Pemilihan makanan semasa berpantang amat penting. Makanan yang sihat dan seimbang bertindak menggantikan tenaga, protein dan darah yang hilang semasa proses pembedahan czer.
Protein adalah zat yang penting bagi mencantum dan menyembuhkan luka. Kekurangan zat ini membuatkan luka lambat tercantum, dan mengundang risiko terkena jangkitan kuman.
Pilih protein yang baik dari ikan, ayam dan juga daging. Jika mahukan protein bebas kolestrol, anda boleh masukkan soya dalam diet harian.
Boleh cuba minuman Energizing Soy Protein (ESP). Bukan saja luka cepat baik, malah membantu meningkatkan dan memekatkan susu badan.
Makanlah banyak sayuran dan buah-buahan. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral bagi proses penyembuhan yang cepat. Lengkapkan keperluan vitamin dan mineral ini dengan Set Postnatal dari Shaklee.
3- Minum Air Secukupnya
Pastikan minum air yang cukup, sekurang-kurangnya 2 liter. Jangan risau rahim kembang atau bengkak, ini hanya mitos semata-mata.
Air penting bagi membuang toksin. Kurang air boleh memyebabkan sembelit dan kekurangan penghasilan susu badan.
4- Pengambilan Suplemen Pil Multivitamin
Pilih pil multivitamin yang mengandungi zat besi seperti Vita Lea with Iron Formula dari Shaklee. Ambil hanya dua biji sehari selepas sarapan.
Tujuan utama pengambilan multivitamin ini adalah untuk menambah darah merah yang telah banyak hilang semasa proses pembedahan. Ia juga dapat membantu luka segera sembuh.
5- Ubat Tahan Sakit
Ini juga membantu penjagaan luka bersalin czer. Ambil jika sakit yang melampau. Ini akan membuat pergerakan lebih selesa dan mudah untuk menyusukan anak.
6-Pastikan Luka Kering dan Bersih
Jangkitan kuman lebih mudah terjadi jika luka basah dan kotor. Ini membuatkan risiko luka terbuka dan sukar untuk bercantum dengan baik. Kalau bercantum pun, ianya tak nampak cantik.
Lindung luka ketika mandi. Bersihkannya jika perlu. Sesekali dedahkan luka kepada angin supaya kawasan luka kering.
7- Berbengkung
Ibu yang czer juga boleh berbengkung. Pilih bengkung yang yang lembut dan menyerap peluh. Berbengkung akan memberikan sokongan pada abdomen dan kawasan yang telah dibedah.
Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit ketika batuk atau bersin. Selain itu, perut juga akan menjadi kempis. Angin dalam usus juga dapat dikeluarkan.
Masih ada wanita yang tidak menyangka menyusukan anak juga adalah tips penjagaan luka bersalin czer yang penting. Ini kerana semasa menyusukan, hormon oxytocin akan dikeluarkan. Hormon inilah yang membantu mengecutkan dan menyembuhkan rahim yang tercedera.
Nikmati waktu berpantang, tidak perlu terkocoh-kocoh. Berikan masa dan ruang supaya badan dirawat dan kembali pulih seperti sebelum hamil. Bukankah lama lagi badan mahu digunakan?
Love yourself.
Tak sanggup tungu lama untuk luka czer sembuh? Saya cadangkan untuk ambil Vivix sesudu kecil sehari. Boleh WA/SMS untuk dapatkan Vivix.
0 comments