Bisnes Online Shaklee, Bisnes Paling Senang Yang Pernah Eray Buat

Sunday, October 15, 2017

Sejujurnya Eray nak beritahu pada semua yang baca entry ni, bisnes online Shaklee adalah bisnes paling mudah dan lumayan yang Eray pernah buat.

Macam-macam bisnes Eray pernah buat dari zaman belajar Diploma in Banking di UiTM Melaka. Maklumlah ayah dan ibu sendiri pun pernah ada bisnes gerai makan dan jual satay.

Bisnes dah umpama darah yang mengalir dalam tubuh badan. Teringat masa kecil dahulu, sanggup tak tidur sebab tunggu ayah balik menjual satay. Selesai saja kemas motor roda tiga yang dibawa ronda untuk menjual, Eray mesti ambil bekas duit.

Lekas-lekas kira berapa dapat malam ini.Terasa banyak sungguh duit dalam tangan masa tu.

Cuma Eray rasa kasihan dekat ibu dan ayah. Nampak penat sekali. Siang ayah kerja pejabat, malam lepas solat Maghrib mulalah dia ronda satu taman sambil bunyikan hon.

Susah nak cari duit demi nak suap nasi ke mulut Eray empat beradik.

Eray faham sangat bila orang kata bisnes ni susah. Tapi bila Eray jumpa bisnes online Shaklee, ternyata berbeza sungguh.




Semasa di UiTM Melaka jualkan choco ball kawan, entah mana tah dia dapat supply. Lepas Isya' dia hantar satu bekas, lepas tu Eray bawalah jual dekat blok Camelia.

Tidak habis kat situ, zaman Degree di UiTM Machang pakat dengan kawan jual buah. Keluar modal seorang sedikit, habis kelas dengan kereta antik dia pergi borong buah.

Biasanya kami beli buah mangga, orang Kelantan panggil buoh pauh.

Berkilo-kilo buah, selamba saja kami basuh di bilik air asrama. Selesai, angkat pula masuk ke bilik untuk operasi mengupas dan bungkus.

Tak larat nak jual sendiri, pasang tiga orang kaki. Budak-budak junior lah jadi mangsa, kami upah RM10 ke RM20. Banyak juga untung masa tu dekat RM1,000.00. Bahagi dua, dapatlah RM500.00 seorang. Bolehlah kan?

Adalah lagi bisnes-bisnes lain lagi. 

Sampailah masa Eray lahirkan Rayna. Semasa cuti berpantang lagi sudah terfikir apalah yang bisnes yang aku boleh buat? Tujuan utama nak berhenti kerja dan jaga Rayna sendiri. Tapi masih pegang duit sendiri.

Ditakdirkan bertemu dengan Premium Beautiful. Huh silap besar, bila ikut kata 'mentor' buat pinjaman RM20,000.00. Silap diri sendiri terlampau gelojoh.

Akhirnya bisnes yang dicanang senang tu, tak sesuai langsung dengan jiwa Eray.

Macam mana nak sesuai bila kena keluar malam? Lepak kedai mamak sampai tengah malam sembang 'business plan'.

Tak cukup itu, kena paksa puji upline melambung-lambung untuk nampakkan keteguhan bisnes.

Akhirnya Eray lari. Taubat dah! Tak nak dah buat bisnes lagi.

Nasiblah balik juga modal RM20,000.00. Kalau tak, huh sudah jatuh ditimpa tanggalah pula.

Namun agaknya memang sudah takdir Eray bersama dengan bisnes. Secara tak sengaja kenal dengan Shaklee sebab mahu cari vitamin tambah susu badan. Susu merudum teruk masa Rayna lapan bulan.

Eray beli set percubaan RM80.00, bila makan dalam satu minggu nampak kesannya. Susu yang dipam bertambah kuantitinya.

Lebih mengujakan bila kawan-kawan yang sama mengepam tegur warna susu kuning dan pekat. Eray pun cadangkan mereka cuba sekali.

Makin ramai yang berminat nak cuba bila Eray kongsikan di Facebook. Itulah titik tolak bermulanya Eray dengan bisnes online Shaklee.

Bermula hanya di Facebook, kemudian Eray kembangkan di blog atas nasihat mentor. 3-4 bulan fokus, Eray mula dapat pelanggan dari serata Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Tahun 2017 maknanya sudah 6 tahun Eray membuat bisnes yang senang ini. Impian Eray nak berhenti kerja pun dah tercapai sebelum Rayna masuk darjah satu.

Eray memang sudah memasang azam, mahu uruskan hal elwal persekolahan anak. Hantar dan ambil ke sekolah, sediakan makan tengah hari dan sebagainya. Puas rasanya bila anak di depan mata.

sambil layan Sumayya, siap dah satu entry blog
Walaupun kehidupan Eray semakin sibuk apabila berhenti kerja, bisnes online Shaklee Eray langsung tidak terjejas.

Bisnes tetap saja berjalan, pasti ada saja prospek dan pelanggan yang SMS dan Whatsapp untuk beli produk-produk Shaklee. Walaupun ada ketikanya Eray tidak sempat update blog. 

Apatah lagi nak pegang telefon 24 jam untuk promosikan Shaklee. 

Blog memang platform terbaik untuk bisnes online Shaklee. Hanya pada awalnya kena struggle, paksa diri buat entry setiap hari. Itu pun hanya 3-4 bulan, kalau tahu teknik-teknik tertentu boleh jadi lebih cepat dari itu.

Samalah seperti kita menyemai pokok. Masa kecilnya kita harus baja dan siram setiap hari, tapi bila sudah matang kita hanya mengutip hasilnya sahaja. Sebab itulah Eray katakan inilah bisnes yang paling senang yang pernah Eray buat. 

Sudahlah tak perlu:
  • keluar modal sampai RM20,000.00, hanya RM79.50 sahaja untuk daftar keahlian
  • keluar melepak sampai tengah malam borak pasal bisnes, buang masa
  • duduk menghadap Facebook atau IG 24 jam untuk buat promosi
  • tinggalkan anak-anak demi kerana bisnes, Shaklee is family business
  • puja puji upline untuk tunjukkan bisnes hebat

Lagi sekali, TAK PERLU.

Hanya perlukan usaha yang sungguh-sungguh, sanggup belajar perkara baru dan berhenti beri alasan. Itu saja.

Dan itu saja kualiti dan ciri-ciri downline Shaklee yang Eray nantikan.

Apa guna ilmu kalau disimpan saja, Eray mahu curahkan semuanya supaya korang juga akan dapat nikmati apa yang Eray dapat dengan bisnes Shaklee ini. Atau mungkin lebih lagi.

Kalau korang cari bisnes goyang kaki, tiba-tiba duit jatuh dari langit. Ini bukan bisnesnya, pergilah belajar menjahit sana.

Tapi kalau korang mahu bisnes yang boleh mengubah hidup dan meningkatkan kualiti hidup, inilah bisnesnya, bisnes online Shaklee.

Mana tahu hati terpanggil untuk memulakan perniagaan online ini, boleh terus saja WA/SMS Eray ke 0167738192. I wait for you.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube