8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat, Supaya Susu Cukup

Thursday, October 19, 2017

Cuti berpantang hampir habis? Ini ada panduan yang betul untuk anda memerah susu ibu di pejabat. Ikuti kesemuanya supaya cukup bekalan susu buat anak di rumah pengasuh.

8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat


1- Buat Jadual Mengepam

Jadual mengepam sangat penting supaya anda tidak terlupa untuk mengepam susu. Buatlah jadual yang bersesuaian dengan masa bekerja.

Sebaiknya cuba untuk mengepam 2-3 jam sekali.

Jadual yang dah siap nanti, tampalkan supaya mudah untuk anda lihat.

2- Perah Selepas Menyusukan Anak

Cuba untuk memerah susu ibu selepas menyusukan. Cuti berpantang dan bersama anak di rumah menjadikan anda sudahpun ada jadual menyusu yang khusus.

Jadikan ianya sebagai panduan untuk anda membuat jadual memerah susu di pejabat nanti.

3- Perah 3 Jam Sekali

Jika anda terpaksa berjauhan dengan anak sekali 8-9 jam sehari, cuba untuk mengepam 3 jam sekali. Kurang mengepam boleh membuat susu semakin kurang.

4- Perah Di Rumah

Cukup hanya untuk memerah sebanyak dua kali. Sekali di awal pagi sebelum pergi ke pejabat dan sekali lagi sebelum tidur.

Ini akan menambahkan kuantiti stok EBM (expressed breast milk).

5- Pam Secara Konsisten

Mengikuti jadual pam secara konsisten, ia lebih menjamin penghasilan susu yang berterusan. Namun, jika jadual kerja sukar dijangka pamlah walaupun sekejap.

Ini lebih baik dari terus meninggalkannya.

6- Pilih Pam Yang Bagus

Pilih pam yang boleh mengepam kedua-dua payudara dalam masa yang sama. Ini sangat sesuai buat ibu yang sibuk dan tidak ada banyak masa untuk memerah susu ibu.

7- Bijak Mengurus

Jika ada mesyuarat atau perjumpaan, awalkan 15 hingga 20 minit waktu mengepam. Atau, minta kebenaran untuk keluar mengepam sebentar.

8- Gantikan Waktu Memerah Susu

Ada ketika anda tidak dapat ikut jadual yang sepatutnya. Usah risau, hanya gantikan waktu memerah susu ibu sambil menyusukan anak.

Atau boleh juga mengepam di waktu tengah malam. Ini penting supaya cukup bekalan susu untuk keesokkan harinya.  


Mungkin susah diawalnya, tapi apabila sudah terbiasa pasti mudah.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube