11 Makanan Ibu Menyusu Terbaik Supaya Bayi Sihat & Montel!

Thursday, January 07, 2016

Assalamualaikum,


Tahniah anda telah memilih untuk berikan susu terbaik untuk anak. Tapi apakah anda tahu jenis makanan ibu menyusu yang paling baik?


Sumber makanan yang baik sangatlah penting. Ini supaya bayi anda dapat membesar dengan sihat dan juga montel.

Siapa yang tidak sukakan bayi yang montel kan?

Oleh itu, ibu-ibu silalah periksa diet harian anda. Usah sesekali abaikan pengambilan makanan yang sihat. Bayi anda perlukan nutrisi dan vitamin yang cukup untuk perkembangan fizikal dan mentalnya.

Berikut adalah 11 makanan terbaik buat ibu-ibu yang sedang menyusukan:


1- Oat

Oat adalah jenis karbohidrat compleks dan berindek glisemik rendah. Sangat baik diambil sebagai sarapan.

Ianya kaya dengan fiber, zat besi dan protein. Bukan sekadar mengandungi nutrisi dan vitamin penting. Tapi juga mampu membantu anda menurunkan berat badan.

Satu lagi berita gembira, oat juga adalah penggalak susu yang paling baik. Susu badan dapat ditingkatkan dengan memakan oat.

 

2- Telur

Telur adalah sumber protein yang paling mudah didapati. Mengandungi kandungan protein tinggi yang sangat baik untuk menghasilkan susu ibu.

Tahukah anda bahawa protein adalah nutrisi terpenting bagi menghasilkan susu ibu?

Telur mengandungi Omega 3 yang menghasilkan DHA. DHA adalah nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi.

Mungkin inilah masanya untuk anda ‘enjoy' makan telur.


3- Berries

Ada banyak pilihan berries yang ada dipasaran. Namun harganya mungkin agak sedikit tinggi. Bagi anda yang mampu, tambahkan berries dalam diet harian anda.

Berries seperti strawberries, blueberries atau cranberries kaya dengan kandungan anti oksidan. Ini sangat baik untuk menentang radikal bebas. Supaya anda sentiasa sihat dan payah nak terkena jangkitan kuman atau virus.

Selain yang segar, berries kering juga sedap. Oh, tambahkan berries dalam overnight oatmeal anda ya.

 

4- Sayuran Hijau

Anda dan bayi sangat memerlukan vitamin A, zat besi, kalsium dan folik asid semasa tempoh penyusuan.

Sayuran hijau seperti sawi, kailan, bayam adalah sumber yang paling baik. Tapi hati-hati masa memasaknya. Kerana anda mungkin sudah memusnahkan segala sumber nutrisi dan vitamin baik di dalamnya.

 

5- Minyak Kelapa

Bukan hanya baik bagi ibu yang mahu melahirkan anak. Ibu menyusu akan memperolehi kebaikan asid laurik dari minyak kelapa ini.

Minyak ini sangat baik untuk membunuh bakteria dan virus. Selain itu ia juga baik bagi menghalang jangkitan penyakit.

Dan ya, sudah tentu ia sangat baik untuk anda dan bayi.

 

6- Badam

Selain dari rasanya yang sedap, badam adalah makanan ibu menyusu yang baik. Kaya dengan DHA, kalsium dan magnesium.

Dan ramai ibu-ibu yang kata badam mampu menambahkan susu badan. Jadi makanlah ia sebagai snek harian yang menyihatkan.

 

7-Ikan

Laut yang tercemar membuatkan anda perlu berjaga-jaga dengan kandungan merkuri di dalam ikan. Salmon atau siakap adalah pilihan yang baik.

Ikan dari jenis ‘non-oily’ seperti siakap dikatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan protein yang lebih baik.

 

8- Salad Buah-buahan

Lebih pelbagai warna, bermakna lebih banyak nutrisi dan vitamin yang bakal anda dapat. Cuba sebaiknya untuk ambil buah-buahan sewaktu menyusukan anak.

Gantikan snek tak berkhasiat dengan semangkuk buah yang berwarna warni. Tapi pastikan buah anda bebas GMO.

 

9- Avocado

Alpukat atau avocado adalah sejenis buah yang sangat kaya khasiat. Di dalamnya mengandungi banyak folik asid, vitamin E dan C.

Anda boleh memakannya begitu sahaja, atau masukkannya ke dalam masakan. Mungkin anda juga boleh membuat jus avocado yang sedap. Ia juga dikatakan mampu tambahkan susu ibu.

 

10- Yogurt

Makan yogurt adalah cara yang baik untuk anda dan bayi mendapatkan probiotics. Ia adalah mikroorganisma hidup yang baik bagi menghalang penyakit.

Selain itu ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Ia adalah jenis bakteria baik yang anda perlukan.

 

11- Seeds

Seeds ini sangat terkenal sebagai makanan untuk kurus. Tapi ia juga adalah makanan ibu menyusu yang baik.

Sangat kaya dengan nutrisi dan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi. Antaranya adalah fiber, Omega 3 dan juga protein.

Masukkan seeds ke dalam makanan hidangan oat. Dengan pantas ia menjadi makanan ibu menyusu yang bernutrisi tinggi.

Jika ibu benar-benar mengikuti pemakanan yang sihat, tentu saja susu yang terhasil juga adalah yang terbaik untuk si manja. Bukan itu sahaja, berat semasa hamil pun dapat diturunkan.

Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi atau roti. Ambil hanya satu genggam untuk sekali makan. Usah risau tentang cukup atau tidak karbo.
Menurut kata Dr Zubaidi "Ibu yang menyusukan bayi jika mahu kuruskan badan segera, perlu juga kawal makanan sebab pada masa inilah cepat rasa lapar. Banyakkan makan sayuran.

Jangan bimbang kerana bayi akan menggunakan bekalan karbo (dalam bentuk glycogen) yang tersimpan dalam hati dan lemak. Minum air mineral sebanyaknya itu yang penting.”

Siapa kata ibu menyusu perlu makan banyak?

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube