9 Sebab Kenapa Wajib Anak Bawa Bekal Ke Sekolah. Lagilah Kalau Darjah 1!

Wednesday, January 13, 2016

Assalamulaikum,


Siapa yang masih bertahan masak untuk anak dan bawakkan bekal ke sekolah? Tahniah! Anda memang ibu yang hebat.


Kipidap dan dongibab! Bagi ibu-ibu yang ada niat, tapi belum terlaksana, eloklah bertindak segera. Buat yang belum ada niat mahu beri bekal untuk anak, ayuhlah sama-sama tanam niat.

Mudah-mudahan dipermudahkan. Tak perlu comel-comel. Paling penting dalam bekal itu makanan berkhasiat dan cukup mengenyangkan anak.

Mungkin selepas membaca 9 sebab mengapa WAJIB bawa bekal ke sekolah, membuatkan anda buka mata. Dan mula bangun awal untuk masak bekal.



1- Kantin menjual makanan segera yang tak berkhasiat. Seperti sosej dan nugget. Anak-anak lebih tertarik mahu membeli makanan 'sampah' ini. Kalau bawa bekal, sudah pastilah makanan itu bersih dan berkhasiat. Paling penting air tangan ibu.

2- Semua makanan dan minuman dijual dengan harga RM1. Sampaikan air sirap segelas pun RM1. Entah apalah air yang digunakan buat bancuh sirap.

3- Anak membayar dengan duit besar, tapi tiada duit yang dikembalikan. Apalah anak yang kecil ini tahu, maka berlalulah dia pergi.

4- Apabila anak bertanyakan harga sebelum membeli, orang kantin terus jawab "dua, seringgit'. Padahal dia boleh menjawab "satu, lima puleh sen".

5- Mungkin anak hanya perlukan sebiji kuih tapi sebab sudah terpaksa. Maka terkebil-kebil si anak nak menghabiskan makanan yang dibelinya. Atau mungkin, sebiji saja yang dimakan dan lagi sebiji masuk tong sampah.

6- Pembaziran! Misalan harga sebiji kuih RM0.50. Yang dimakan sebiji, lagi satu masuk tong sampah. Jumlah duit hangus RM0.50 x 215 = RM107.50. Boleh beli dua pasang baju tahun hadapan.

7- Waktu rehat adalah waktu kelam kabut. Si anak beli mee goreng 'kosong', baru nak usung pinggan cari tempat duduk. Tak sempat apa-apa, terlangkup pinggan atas lantai. Bayangkan kalau dia cuma bawa RM1.

8- Cikgu seorang, hampir tak logik kalau dia boleh perhatikan setiap muridnya waktu rehat. Maka, adalah anak yang baru nak membeli, tapi dah habis waktu. Kesian, mesti dia kelaparan nak tunggu waktu balik nanti.

9- Tak payah buang masa. Waktu rehat singkat. Kalau dah bawa bekal, anak terus saja cari tempat duduk dan makan. Tak payah beratur dan berebut-berebut nak beli makanan. Lepas makan, boleh dia relax-relax berborak-borak dengan kawan.

Anak kita tu baru saja 7 tahun. Jadi usahlah anggap yang dia tahu buat semua. Mungkin ada yang sentap pasal isu ini. Tapi kena fikirlah, ibu ayah makan sedap-sedap waktu rehat. Tapi anak? Silap-silap tak makan.

Bekal ini simbolik kasih sayang ibu dan ayah. Tentu-tentulah bila si anak buka bekal, teringatkan rupa ibu dan ayah. Teringat pula pesan suruh belajar rajin-rajin.

Jangan nak banding bekal anda dengan ibu-ibu yang memang hebat buat bento. Asalkan anak suka, nasi goreng letak telur pun dan cun sangat.

Jom bawakkan bekal untuk anak!


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube