5 Azam 2016 Seorang WAHM

Friday, January 01, 2016

Assalamulaikum,

Syukur 2015 berakhir dengan baik sekali. Tahun kedua bergelar working-at-home-mom (WAHM). Ianya bukan mudah. 

Bekerja sendiri memerlukan diri untuk jadi lebih berdisiplin. Ia bukanlah tiket untuk baring tergolek-golek di rumah. Penat dua kali ganda masa bekerja di pejabat dulu.

Tapi MakDara (MD) puas. Impian untuk bekerja sambil mengasuh anak-anak sendiri dah jadi realiti. Ianya tak mustahil. 

Kalau anda pun ada impian yang sama. Genggamlah ia dan yakin impian bakal tercapai.

MD saja nak kongsikan azam tahun baru di blog kesayangan ini. Nanti mudah nak 'trace' balik, tercapai atau tidak.

1- Solat Awal Waktu
Nampak macam senang, tapi diri selalu terleka. Dengar azan, tapi masih teruskan kerja. Jadi tahun ini MD berazam nak terus solat bila dengar azan.

Di dalam Surah Ash-Shuraa, ayat ke 20 "Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberikannya mendapat tambahan pada faedah yang dikendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak".

2- Khatam Al-Quran
Ibrah bulan Ramadan, boleh pula khatam dalam masa sebulan. Kalau tak puasa, Masyaallah payah betul nak khatam.

Jadi tahun 2016 MD berazam nak khatam beberapa kali. Harap dapatlah khatam 6 kali dalam masa setahun. Mentor MD pesan, cara nak beli masa dengan Allah adalah dengan banyakkan membaca Al-Quran.

Cukup masa walaupun banyak perkara yang nak dibuat.

3- Bangun Sebelum Subuh
Antara waktu paling intim dengan Allah adalah di sepertiga malam. Solat sunat dua rakaat yang ringkas sebelum azan Subuh sangat mempengaruhi kehidupan harian.

Waktu itulah 'me time' yang paling seronok bagi WAHM macam MD. Anak-anak masih tidur, jadi MD boleh fokus siapkan tugasan-tugasan untuk bisnes yang dijalankan.

Syarat nak bangun awal bertahajud adalah dengan tidur awal waktu. Dan sebelum tidur tanamkan azam sungguh-sungguh mahu bangun.

4- Jujur Pada Diri
Terkadang bila bisnes sendiri membuatkan MD jadi mengelat. Patut kerja kena buat 10, tapi buat 7 saja. Inilah yang boleh menjerumuskan diri ke lubang kegagalan.

MD berazam mahu lebih jujur pada diri sendiri. Jadi WAHM, sendiri bos dan sendiri kuli. MD harap 2016 menjadi tahun kejayaan buat semua.

5- Menabung
Ini pun baru MD nak lakukan. Seronok tengok rakan-rakan yang ada tabung.

Bila ada keperluan ambil duit dari tabung saja. Tak perlu usik duit gaji atau duit bonus. MD rancang nak buat tabung hijau RM5 dan RM20.

Set dalam kepala yang duit RM5 dan RM20 itu tak laku. Bila dapat simpan elok-elok dan masuk ke dalam tabung. Kalau mengelat, buatlah denda atas diri sendiri.

Sebenarnya banyak lagi azam lain. Tapi inilah 'the best 5' yang MD nak kongsi dengan semua. Tulislah 365 lembaran 2016 dengan kisah bahagia dan kejayaan. 

Insyaallah, tercapailah azam-azam kita semua.





You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube