5 Cara Atasi Anak Cirit Birit Seminggu Supaya Punggung Tak Melecet Teruk!

Wednesday, January 20, 2016

Assalamulaikum,

Cirit birit adalah penyakit biasa untuk anak kecil. Tapi bila anak cirit birit seminggu atau lebih, itu bukan perkara biasa. Bukan setakat anak jadi tak selera makan dan meragam. Lebih teruk bila punggung pun mula melecet.


Sampai terkoyak kulit yang lembut. Membersihkan najis akan menjadi lebih sukar, sebab anak rasa pedih dan sakit.

Apa Itu Cirit-Birit?


Cirit birit ini biasanya berlaku apabila anak mula masuk ke umur setahun. Kerana waktu ini anak sudah mula makan pelbagai makanan. Makanan yang tercemar sering kali menyebabkan anak mengalami cirit birit.

Jangkitan kuman dari makanan ini akan memberi infeksi kepada usus. Lapisan dalaman usus akan terjejas. Di mana ia akan akan mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan tanpa menyerap sebarang nutrisi.
Terdapat juga punca lain, antaranya adalah:
  • antibodi badan yang lemah, mudah sangat terkena jangkitan bakteria
  • alahan kepada susu
  • kuman seperti Rotavirus

Tanda Anak Terkena Cirit Birit

Bagi anak yang berusia setahun ke atas dan masih menyusu badan. Pembuangan najis 5 kali sehari adalah perkara yang normal. 

Bagi anak yang minum susu formula pula, kebiasaannya hanya akan membuang sekali sehari. Jika jumlah pembuangan lebih, mungkin anak sudah terkena cirit birit.

Tanda-tanda lain:
  • kurang selera makan
  • turun berat badan
  • lemah
  • demam 
  • dan dehidrasi teruk (jika gagal dikesan diperingkat awal)

Cirit birit ini jika tak diatasi segera ianya berisiko mengancam nyawa anak anda. Segeralah bertindak jika tanda-tanda di atas telah dikesan.

7 Cara Atasi Anak Cirit Birit Seminggu Supaya Punggung Tak Melecet Teruk

anak cirit birit, anak cirit birit seminggu, anak cirit birit berdarah, anak cirit birit berdarah, anak cirit birit tukar susu, anak cirit birit lama

1- Segera berjumpa doktor jika anak cirit birit lebih dari tiga hari. Doktor akan menilai tahap kesihatan anak dan akan berikan rawatan yang sebaiknya.

2- Berikan anak minum air kosong bagi mengelakkan cirit birit berulang. Cecair yang cukup amat penting bagi mengelakkan anak terkena dehidrasi. Dehidrasi ini akan membuatkan anak menjadi lemah.

3- Usah berikan jus, glukos atau minuman berkarbonat. Ini hanya akan memburukkan keadaan. Gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus dan mencetuskan kembali cirit birit. 

Bagi anak yang payah untuk minum air kosong, anda boleh cuba berikan Performance Drink. Ia adalah minuman elektrolit dan mempunyai mineral tinggi tanpa gula. Rasanya seperti air oren jenama Tang.

Performance Drink ini akan mengekalkan bendalir di dalam tubuh dan mencegah dehidrasi dari berlaku. Kesannya anak tetap kelihatan bertenaga dan mengelakkan cirit birit dari berlaku semula.

4- Usah berikan ubat anti cirit.

5- Pastikan anak mengambil makanan.Boleh gunakan BRAT diet sebagai panduan pemakanan untuk anak yang cirit birit. B=banana, R=rice, A=apple dan T=toast.

Pisang mengandugi potasium yang baik supaya usus dapat menyerap air. Pectin di dalam apple pula baik untuk memekatkan makanan di dalam usus.

Berikan juga nasi dengan lauk yang sedehana seperti sup. Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak. Roti bakar dengan sapuan jem nipis pun baik untuk meredakan cirit birit.

Masukkan juga makanan yang mengandungi prebiotik dan zinc. Nutrisi dan galian ini sangat baik untuk merawat cirit birit. 


Mealshake Shaklee mengandungi kedua-duanya. Prebiotik tinggi ini diperolehi dari acacia gum. Dan ia adalah bahan utama Mealshake. Jumlah zinc di dalamnya juga cukup bagi mengatasi cirit birit segera

Selain itu, kandungan protein dan vitamin C sangat baik bagi merawat luka melecet dengan segera. Dan yang lebih penting lagi anak dapat kembali sihat seperti biasa.

Penting juga bagi ibu ayah menjaga kebersihan. Basuh bersih-bersih tangan yang digunakan untuk membersihkan najis. Ini bagi mengelakkan ia berjangkit.

Jika tak dirawat awal, anak mungkin masuk hospital dan dipasangkan IV drip. Aduhai kesiannya. Tak sanggup rasanya melihat jarum besar ditusukkan ke tangan anak. Sakit!

Jangan pandang remeh, rawatlah dengan segera.

Order Performance Drink dan Mealshake? SMS/WA 016 773 1892 SEKARANG!

Setiap pembelian layak untuk mendapatkan bimbingan cara makan yang tepat dan konsultasi eksklusif.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube