7 Kaedah Betul Anak Bangun Pagi Ke Sekolah Supaya Tidak Buat Perangai

Tuesday, January 05, 2016

Assalamualaikum,


Rasanya ramai lagi ibu ayah yang sedang 'berjuang' kejut anak bangun pagi untuk ke sekolah. Maklumlah dah lama cuti. Sudahlah liat nak bangun, lepas tu buat perangai pulak.


Kalau tak sabar, mahu bertukar menjadi raksasa gorgon.

Sebenarnya MakDara (MD) pun masih hadapi cabaran yang sama. Tahun ni makin mencabar. Sebab kena kejut dua orang. Melalak-lalak masa mandi, macam kena dera.

Tak sanggup nak dengar hari-hari, oleh itu MD nak cuba kaedah yang betul kejut anak bangun pagi. Supaya taklah buat perangai dan 'on time' sampai sekolah.



1- Makan Malam Awal

Cuba untuk makan malam sebelum pukul 7. Dulu MD pelik mengapa jiran yang berbangsa Cina makan malam awal.

Rupanya ia membuatkan makanan terhadam elok. Dan paling penting anak mudah tidur awal. Bila cukup tidur, maka mudahlah bangun pagi.

2- Hadkan Masa Menonton Televisyen

Menonton televisyen hingga lewat malam akan menggangu 'mood' tidur anak-anak. Mereka akan jadi lebih aktif dan sukar tidur.

Ajak anak-anak masuk bilik seawal jam 9.00 malam.

3- Tiada Gadjet

Bahaya gadjet kalau digunakan sebelum tidur. Akibatnya memanglah payah anak nak tidur. Lagilah kalau anak tengah asyik bermain, makin dia mengamuk kalau suruh berhenti.

Tidak payah ambil risiko, jangan berikan gadjet sewaktu malam hari.

4- Berikan Galakan

Sebelum tidur berikan galakan kepada anak untuk ke sekolah. Beritahu yang kawan-kawan sukakan dia dan menanti dia esok pagi. Cikgu pun sangat suka anak yang datang sekolah awal.

Jangan lupa beritahu harapan kita sebagai ibu ayah. Nyatakan yang kita sayangkan dia. Dan katakan ibu dan ayah makin sayang anak yang bangun pagi dengan gembira.

5- Programkan Anak

Sewaktu anak sedang tidur-tidur ayam. Beritahu padanya apa yang anda harapkan dari dia dengan jelas. 

Contoh "esok ibu mahu Rayna bangun terus bila ibu kejutkan" "bangun dengan gembira ya anakku" "selepas bangun, kita mandi, solat, bersiap dan sarapan ye". 

Pesan apa saja yang anda mahu anak lakukan esok hari.

6- Kejutkan Secara Lemah Lembut

Jangan memekik atau menjerit untuk mengejut anak bangun pagi. Picit perlahan ibu kakinya dan goyang-goyangkan sambil memanggil lembut.

Jika belum juga bangun kuatkan sedikit suara dan cuba goyang badan anak. Sambil berikan kata-kata pujian "Pandainya anak ibu ni""Bagus anak ibu terus bangun bila kena kejut" dan lain-lain lagi.

7- Peluk dan Cium

Sebaik sahaja anak bangun, hadiahkan pelukan dan ciuman kepadanya. Supaya mereka tahu bahawa usaha mereka bangun pagi sangat dihargai.

Pada pandangan MD kaedah-kaedah kejut anak bangun pagi ini sangat baik untuk dicuba. Ibu dan ayah mesti ada kesabaran yang tinggi.

Dan juga pengurusan masa mestilah baik. Kalau bangun lewat, jangan haraplah boleh buat kaedah ini. Silap-silap terus angkat anak masuk ke bilik air dan mandikan.

Kaedah ini juga perlu diulang banyak kali, kalau baru sekali buat dan tak berjaya usahlah 'give up'. Cuba lagi sehingga berjaya.

Anak bangun pagi dan tak buat perangai akan membuatkan pagi anda menjadi damai dan gembira. Insyaallah.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube