set hamil
Inilah Vitamin Mengandung Eray Ambil Sejak Hamil Anak Kedua, Itupun Setelah...
Wednesday, December 21, 2016
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih mampu duduk depan SOHO. Lain macam sikit kehamilan kali ini. Lebih mencabar. Loya mual macam mana pun Eray takkan tinggalkan vitamin mengandung sejak anak kedua.
Maklumlah, masa anak pertama tak kenal lagi vitamin ini. Terpaksalah telan Obimin. Bila setiap kali jumpa doktor, HB rendah. Terpaksa pula telan pil zat besi.
Tapi begitu jugalah HB, rendah! Sampailah akhir kehamilan.
Rupanya bahaya HB rendah. Bila sendiri dah kena, barulah tahu.
Vitamin mengandung yang Eray dah amalkan sejak anak kedua memang elok. HB cantik saja sepanjang kehamilan. Doktor pun siap kata "Bagus vitamin yang awak makan ni, teruskan ye..".
Jimat pun ya. Beli sekali, tahan 2-3 bulan. Tapi itu tak penting sangat. Apa yang lebih penting, Eray rasa 'fabulous' masa mengadung.
Kalau nak ikutkan rasa badan, memang rasa lemah sangat. Tapi bila baring lama-lama pun rasa tak kena.
Memang mual, loya. Tapi paksa juga diri telan vitamin mengandung. Alhamdulillah, rasa badan lebih 'steady'. Trimester pertama memang sangat menguji kan?
Oh cepatlah ianya berlalu. Biasanya masuk trimester ke dua, inilah masanya tahap kesihatan ibu di tahap paling baik. Korang yang dah pernah hamil mesti tahu kan?
Sempat urut kepala yang dah mula pening ni. Syukurlah kerja sendiri kat rumah, kang bila rasa tak larat rehat kejap.
Eray masih tak buat 'appointment' dengan doktor. Tunggulah bayi besar lagi sikit. Lagipun setakat ini tak ada apa-apa masalah. 'Morning sickness' tu biasa saja.
Mana tahu diantara korang pun sama macam Eray, sedang hamil. Kalau tengah tercari-cari vitamin mengandung apa yang paling elok, bolehlah ambil yang serupa yang sedang Eray amalkan.
Vitamin-vitamin ini melengkapkan keperluan nutrisi penting. Bukan saja untuk ibu, tapi untuk bayi yang sedang membesar dalam rahim.
Kekurangan nutrisi, boleh membantutkan tumbesaran bayi tau. Jangan ambil sambil lewa. Kalau boleh masa hamil inilah kita mahu berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi yang dikandungkan. Setuju?
Biasanya waktu pagi, selepas sarapan Eray akan ambil Vita Lea with Iron Formula, B-Complex dan SR Vita C.
Elakkan ambil masa perut kosong, silap-silap boleh muntah.
Masa sarapan tu, kalau tengah mual-mual ambil roti atau biskut. Jangan paksa makan nasi lemak pula. Perit tekak kalau termuntah.
Air pula, minumlah jus buah-buahan. Elak kopi atau teh. Eray lalu minum air sejuk saja. Tak pun bancuh Performance Drink, lega sikit loya sebab rasanya masam-masam manis.
Vita Lea with Iron Formula dah lengkap dengan semua vitamin asas. Elok untuk badan supaya tak lemah-lemah.
Kalau anak pertama, mungkin ada peluang nak baring saja. Tapi kalau macam Eray yang dah mengandung anak ke empat ni, memang payah sikit.
Tambah musim cuti sekolah. Kejap-kejap nak makan, kejap-kejap nak main. Kena gagahkan diri juga melayan anak-anak.
B-Complex mengandungi folik asid yang mencukupi. Ini baik bagi mengelakkan bayi dari terkena spina bifida. Salah satu punca kecacatan ini adalah akibat kekurangan folik asid.
SR Vita C pula baik untuk tingkatkan sistem imunisasi ibu. Insyaallah, sepanjang kehamilan tak mengalami masalah kesihatan teruk. Kalau demam atau selsema pun sekejap saja.
Tidaklah Eray jamin 100%, paling tidak kita dah berusaha sebaiknya untuk merasa kehamilan yang baik-baik saja.
Oh ada satu lagi. Sebelum tidur, Eray ambil pula Ostematrix. Ini pula bagi melengkapkan sumber kalsium harian. Kalsium penting tau semasa hamil. Baik untuk ibu dan juga bayi.
Paling Eray suka kesan ambil Ostematrix ni, tak ada masalah kaki kejang sepanjang mengandung. Ada satu lagi, urat-urat halus (yang macam spider web) pun tak timbul. Elok saja kaki, macam masa sebelum mengandung.
Eray tak mahu kejadian mendebarkan masa anak pertama terjadi lagi. Ini adalah salah satu ikhtiar Eray. Supaya dapat merasa saat mengandung dan melahirkan yang baik.
Eray rasa korang pun mengimpikan perkara yang sama bukan?
Bersama-samalah kita menikmati saat-saat yang indah ini.
Kalau korang nak order vitamin mengandung yang Eray amalkan ini. Boleh terus WA/SMS 0167731892.
Insyallah, Eray akan sertakan sekali cara makan yang paling ideal. Barulah vitamin-vitamin ini dapat beri kesan yang optimum.
Tak payah fikir lama-lama. Benda baik, kena cepat-cepat bertindak.