Hye Disember, Be Good Please!

Thursday, December 01, 2016

Assalamualaikum,

Terasa bergegak gempita semangat pagi ini. Yelah..kan bulan Disember, bulan akhir 2016. Eray nak akhirkannya dengan sesuatu yang GEMILANG.

Tak cukup dengan berjaya turunkan berat ke 59kg. Eray nak catat dengan pencapaian yang HEBAT dalam karier Eray.

Eh sebagai WAHM pun perlu ada target nak capai tahap yang lebih baik tau. Tak cukup sekadar, eh cukuplah ini buat cover beli ikan. Sebab apa? Sebab nilai diri kita tinggi sebenarnya.

Jangan sesekali rendahkan nilai diri. Macam "yelah aku ni suri rumah je...". Put our value higher...then only people will value us.

Atau senang cakap, sayangi dan hargai diri sendiri dahulu. Barulah orang lain akan sayang dan hargai kita.

Ada satu berita baik yang Eray dapat semalam. Tapi Eray nak tunggu masa yang tepat untuk kongsikan dengan korang semua.

Sayang sangat dengan bulan Disember ni. Apa tak nya.....bulan anniversary Eray dan suami. Tahun ke 9 kami bergelar suami isteri. Terima kasih Ya Allah. Diserikan pula dengan 3 anak-anak syurga. Nikmat dunia sangat.

Nikah 08-12-2007

Dari berdua, dah berlima. :)
Doakan moga kebahagian kami bekekalan hingga ke syurga.

Eray nak kongsikan sekali lah...pasal promo Shaklee bulan ni. Memang meleTOP sangat buat si wanita-wanita cantik yang nak kulit muka anjal.

Beli 2 kotak Shaklee Collagen Powder (SCP), dapat 5% diskaun.

Tak pun....beli 6 kotak SCP, dapat PERCUMA 1 kotak lagi. Bukan calang-calang, jimat RM289 kut.

Siap dapat keahlian PERCUMA. Dan Shaklee bagi bonus tunai bulan depan.

Oh ada satu lagi...promosi Carotomax. Ini bagus untuk orang yang ada masalah dengan mata...rabun ke silau. Elok ambil ni. Ia meningkatkan tahap kesihatan dan fungsi mata.

Beli barangan Shaklee dalam RM600 termasuk sebotol Caratomax, dapat PERCUMA 1 botol lagi Carotomax.

Wow sangat tau!

Cadangan Eray untuk kesihatan dan kecantikan optimum, boleh beli 1 Vivix, 1 Carotomax dan 1 Vita Lea with Iron Formula. Lepas tu pula PERCUMA sebotol Carotomax.

Kalau nak, WA/SMS je Eray 0167731892.

Oklah...nak settelkan anak-anak. Sarapan dah..nak ajak mandi pula. Lepas tu bolehlah buat ulangkaji Math sikit. Petang main baking coklat kek pula.

Korang apa plan hari ni? Apa pun Eray doakan semoga korang kekal cantik, sihat dan gembira sentiasa.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube